Maharani Seira

Hai, nama kita Seira.

Tapi tu nama glamer la. Nama asal sebenarnya Serabut. Nama sekarang, Maharani Balu Seirabut Al Kucar Kacir hahahaha.. dapat gelaran maharani balu sebab kita takde suami, tapi bunting sewaktu direscue kikiki.. Emm.. kakak cakap, kawan dia yang bagi idea suruh letak nama Seirabut. Sebab masa mula-mula tinggal dengan kakak, kita memang serabut pun serupa hantu.

Tak percaya? Nah bukti ?

Comel atau menyeramkan?

Dah, dah, tak payah nak tergagap gagap jawab. Kita sendiri pun seram tengok gambar ni masa kakak tunjuk. Rasa macam nak buang je henpon kakak masa tengok gambar ni sebab seram sangat hahahaha..

Masa kakak rescue kita, kita tengah mengandung. Emmm.. apa nak buat, itulah nasib kucing jalanan. Kalau kita ada duit sendiri, dah lama kita pegi vet mintak doktor spay (mandulkan) kita. Tapi apakan daya, jangankan nak ada duit simpanan (drama kejap), nak isi perut pun kena mintak belas ihsan orang. Dengan rupa paras kita yang scary macam zombie, bukan senang nak dapat makan ye.. dapat penyepak dengan kaki tu mungkin lebih mudah dari dapat makan.

Nasib baik dapat makan free kat Sookie’s Store hahahaha.. tu pun kadang-kadang kena bersaing dengan kambing jugak.

Betul la, kita tak tipu.

Sekarang percaya?

Kadang-kadang kita geram dengan kambing ni. Yelah dia kan boleh makan rumput. Nape nak makan kibbles jugak?

Pada suatu hari.. kakak mengambik keputusan untuk bawak kita masuk ke dalam kedai. Kakak cakap kesian kat kita. Dah la mengandung, ada kurap, ada fungus, ada kutu, kulit kering dan kusam tidak bermaya, tona kulit tidak sekata, bulu tak berseri, rambut bercabang, macam macam lah masalah.

Lalu kita pun hepi lah kan. Dapat dok dalam aircond pulak. Lama dah berangan tau hehe..

Kakak letak ubat kutu dan bagi kita ubat cacing sambil tanya bila agaknya kita nak beranak ni? Kita pun lupa la pulak bila due date kita beranak sebab tak pegi check-up pun sepanjang mengandung hik hik..

Selepas dua hari tinggal di Sookie’s Store, kita merasa sungguh bahagia seperti dunia ini ana yang punya hahaha.. yelah, makan sedap, takyah susah payah mintak plak tu. Hari-hari ada je makanan tak penah habis. Lepas tu minum air bertapis emm sedapnyaaa.. dulu minum air longkang je. Dengan jentik jentik sekali kita bedal, ahhh lantak la janji hilang dahaga kan. Badan rasa bersih sangat sebab kakak dah bersihkan kita. Kaum kerabat kutu pun semua telah terkorban di dalam satu operasi pembasmian kutu besar besaran oleh kakak. Yakni dengan meletakkan Advantage Spot On, dalam masa 24jam semua kutu, ratu kutu, anak kutu dan telur kutu sekali telah meninggalkan dunia yang fana ini.

Tidur pun sedap je terlentang, bertuahnya la jadi kucing indoor kan. So kucing kucing indoor sekalian, jangan la buat perancangan nak lari dari rumah ke, cubaan nak merayap tengok dunia luar ke. Takde apa yang menarik pun. Bahaya je yang banyak kat luar tu. Kereta, motor, lori, basikal, binatang liar, penyakit, orang jahat pun banyak. Baik dok dalam rumah je tengok kartun lagi best.

Eh sambung semula.. selepas dua hari, kita rasa macam nak beranak la pulak. So hari tu kita bad mood sangat. Sebab perut sakit nih. Kakak dan stafnya rasa mungkin dah sampai masa kita nak beranak agaknya. So kakak suruh asingkan cage kita. Letak kat belakang supaya tiada gangguan kucing lain.

Maghrib tu yakni pada 11 Disember, kita berjaya melahirkan 2 puteri dan 1 putera.

Jangan jeles kita ada 3 baby hikhik

Masa ni kita keletihan baru pas beranak. Badan kita nampak je cam gemok tu padahal rasa tulang je. Nampak gemok sebab baru lepas beranak kot. Kakak pun masa baru lepas beranakkan Syazriq dulu gemok jugak hahaha.. eh termengumpat pulak hihi..

Kakak tolong tukarkan pet sheet kita. Dia cakap dia tolong tukarkan pet sheet yang kesan berdarah darah tu supaya kita dan baby dapat tidur lena di ruang yang bersih dan lebih selesa.

Hihi..

Kakak cakap baby kita comel. Sambil puji kita pandai beranak. Heii mestilah terer beranak, dah berpuluh kali kot beranak maklum la kucing jalanan takde sape hirau kita bunting ke beranak ke.. sedih tak? Kita rasa hepi sebab kakak sayang kita. So kita sondol kepala dekat kakak hahah..

3 ketul bayi yang dinamakan Jaja, Jiji, Juju

Kakak cakap dekat kita, lepas baby pandai makan nanti, boleh lah kakak hantar kita ke vet untuk di-spay. Kita rasa nak melonjak keriangan. Finally kita tak payah dah beranak. Kita jaga anak-anak kita bebaik. Susukan dan ajar diorang cara hormati orang yang lebih tua. Hahaha tu tipu je.

Kita dah semakin sihat

Kakak bagi kita makan kitten food selama kita menyusukan anak. Supaya susu kita banyak dan badan kita tak kurus. Bulu pun semakin tumbuh dengan jayanya.

alololo tengok anak kita bulat

Kakak dah start bagi ubat cacing pada baby kita seawal usia 3 minggu. Katanya biar sihat. Takde cacing. Kita okay je. Apa yang kakak buat semua demi kebaikan kami.

Bersih dah muka kita masa ni kan?

Siang malam kita menyusukan anak supaya mereka cepat besar. Nasib baiklah kita ni ibu mithali pandai jaga anak. Kita taknak susahkan kakak kena bottle feed baby kita pulak. Kesian kakak. Dia nak makan pun kekadang takde masa.

Cakkk!!

Eh ehh nak tergolek pulak hihi

Kita rasa sungguh bertuah sebab sumorang sayang kat kita dan anak-anak kita. Kekadang terfikir apalah nasib anak-anak kita yang dulu. Kakak cakap, dia selalu nampak kita asik bunting je masa dulu.

Haiii dari tiga budak comel

Sekejap je anak kita dah besar, pandai makan dan kakak pun menunaikan janji dia.. yakni menghantar kita ke vet untuk di-spay. Terima kasih kakak.

Walau sudah di-spay.. naluri keibuan kita tetap ada. Anak-anak kita sangat manja dengan kita sampai mereka besar. Masih nak tidur bersama dan berpelukan.

Bila anak-anak kita cukup umur dan telah divaksin penuh, mereka juga dimandukan. Kakak tak mahu kucing di bawah jagaannya membiak. Kakak bukan penternak kucing! Niat kakak menyelamatkan kucing terbiar ialah supaya mereka dapat kehidupan yang lebih baik.

Ini Juju

Umur Juju tak panjang. Juju ada masalah saraf dan akhirnya kembali kepada penciptanya. Kakak sedih sangat. Kakak menangis. Kakak menangis setiap kali kucingnya mati. Kesian kakak. Masa tu kakak sedang mengandungkan Syazriq. Nenek pujuk kakak jangan menangis sangat nanti kesian kat baby dalam perut bila ibu terlampau sedih.

Juju masa kecik.. huk huk.. rindunya..

Lebih kurang 2 minggu sebelum Juju meninggalkan kami

Juju dah tak boleh jalan dengan betul. Jalan senget dan jatuh. Akhirnya tak boleh bergerak langsung. Selera makan juga dah hilang. Doktor ajar cara untuk bagi Juju eksesais. Kami buat semua yang doktor suruh. Namun akhirnya Juju pergi jua.

Kita sedih bila Juju mati. Tapi kita tahu, kakak lebih sedih. Kakak sayangkan semua kucing dia macam keluarga sendiri. Kakak sanggup berhabis demi nak merawat kami. Tak pernah kami dibiarkan sakit tanpa rawatan. Jadi kita tak salahkan kakak atas kematian Juju. Mungkin itu yang terbaik untuk Juju. Sekarang Juju dah tak sakit lagi. Dia mungkin tengah main lari-lari dengan kengkawan yang lain dengan gembiranya.

Jaja sewaktu bayi

Jaja kini sudah dewasa hehe. Cantik macam emaknya bukan? Heheh..

Tapi kalau Jaja tengok emaknya masa zaman dahulu, mesti dia histeria hahahaha..

Jaja ni ada iras iras kita tak?

Jijie boy, anak bujang kita yang selamanya bujang trang tang tang. Handsome kan?

Dah dah la enterprem tu nak oi.. ni entry mak ni, biarlah gambar mak je banyak hahaha..

Gambar kita paling latest. Adeh.. perut berat tak larat nak bangun, tolong!!

217492_wahre_liebe_f_r_graue_eminenzen_verpackung_ohne_grammangabe_12_2013_2

Buat masa sekarang ni diet kita ialah Wahre Liebe Senior.

Yakni makanan yang dirumus khas untuk kucing 5 tahun ke atas. Makanan ni dah lengkap vitaminnya untuk meow yang veteran. Dah siap dah untuk jaga bulu, jaga buah pinggang dan sebagainya. Kandungan protein dan fat yang bersesuaian untuk meow veteran.. Umur kita ialah anggaran macam tua skit dari Bella Belon. So maybe dalam 8-9 tahun macam tu.

Tua tua kita pun, tua lagi Mak Jemah oiii..

Haaa.. apa sebut Mak Jemah ni? Ngumpat eh?? Siapa tua?

Mak Jemah ni disaspek sudah berusia anggaran 10 -12 tahun gamaknya. Tapi tetap ayu seperti budak tadika lagaknya hihi (jaga hati)

Kita sedang demo cara bermain hehe

Ini la cara bermain untuk meow yang gendut. Main sambil baring. Best tau tak perlu kejar butterfly tu. Hanya perlu tampar dan gigit jika mahu hahaha..

Posing gaya Kim Kardashian.. kena bagi bontot je kat kamera haha..

Ok lah rasanya dah berkajang kajang dah karangan kita. Semoga kita bertemu lagi dua tahun dari sekarang hahahahaha.. gurau je.. kakak cakap dia akan cuba istiqomah update blog sekerap mungkin mih mih mih..

Comments

comments

Comments are closed.