Neutering: Macamana Nak Jaga Kucing Selepas Pemandulan

Artikel ini dibawakan khas untuk anda oleh Sookie’s Store, Kuantan
 
Artikel ini dibuat berdasarkan pengalaman kami sendiri. Pendapat dan pandangan individu lain mungkin berbeza.
 

Zaman sekarang ni, sudah semakin ramai pecinta kucing yang semakin terbuka tentang betapa pentingnya pemandulan kan? Jom, hari ni kita share macam mana nak jaga kucing, terutamanya kucing betina selepas proses pemandulan. Kakak pilih topik ni sebab selalu dapat whastapp dan message tanya macam mana nak jaga kucing selepas pemandulan.

Tapi sebelum tu, bagi mereka yang masih samar-samar dan masih belum mengerti sepenuhnya kepentingan pemandulan, kakak akan cerita serba ringkas kat sini ya.

Pemandulan binatang peliharaan seperti kucing dan anjing dalam bahasa Inggerisnya digelar sebagai “neutering”. Proses pemandulan boleh dilakukan ke atas kucing jantan dan kucing betina. Masing-masing ada kepentingan tersendiri.

Proses pemandulan kucing jantan dinamakan “castration”. Yakni testikal kucing jantan akan dikeluarkan melalui satu pembedahan yang sangat ringkas dan hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Kadang-kadang doktor suruh tunggu je, lepas tu terus boleh bawak balik.

Proses pemandulan kucing betina pula dinamakan “spaying”. Bukan pembedahan ringkas. Agak major juga. Perut kucing akan dicukur untuk memudahkan proses. Satu potongan berukuran lebih kurang 2 ke 3 inci dilakukan di bahagian bawah pusat, dan uterus serta ovari kucing akan dikeluarkan sepenuhnya. Kemudian dijahit semula.

Jangan risau, kedua-dua proses castration dan spaying ini akan menggunakan ubat bius. Kucing akan pengsan sepanjang surgery. Hey kakak pernah baca orang cakap kucing dimandulkan tanpa bius tau. Nak pengsan rasa. Hahahahahaha.. common sense kot. Pembedahan kan. Takkan tak bius. Kita nak bagi kucing makan ubat pun bersilat, inikan pula nak potong perut dia, nak cari uterus dengan ovari lagi. Ish jangan mengarut lah.

Doktor nak picit bisul kucing pun kadang-kadang terpaksa bius sebab kucing mengganas tak tahan sakit. Inikan pulak nak bedah?

spay-and-neuter

Macam ni la waktu pembedahan dijalankan (Image: Google)

Memang nampak meow tu bukak mata. Tapi bukan maksudnya dia sedar tau. Pengsan tuu.. hahaha..

20140104_114633.jpg

Ni kucing kami, nama dia Ipad.. dipengsankan sebab kena bisul kat paws. Masa tu dia kena gigit dengan Aoi. Doktor kena bius dia sebab susah nak buat kerja. Lepas pengsan je baru la dapat buang nanah pada bisul tu dengan mudah.

20141112_175127

Ini Cindy.. Dia pun pernah kena bisul kat pangkal ekor. Puncanya kena gigit jugak. Punnn kena sedate waktu doktor nak keluarkan nanah

Kenapa lidah kucing terkeluar macam tu? Memang doktor sendiri yang buka mulut kucing tu dan keluarkan lidah dia, supaya kucing tu mudah bernafas. Lagipun jika kucing tidak dipuasakan terlebih dahulu sebelum diberi bius (bagi kes kecemasan), dikhuatiri kucing akan muntah selepas tersedar dari pengsan tu. Jadi kalau mulut dah sedia terbuka macam tu, takde la kucing tercekik waktu muntah tu.

Bergantung pada klinik vet masing-masing, ada yang menawarkan pakej 2 hari 1 malam untuk pemandulan, ada yang tidak. Pengalaman kami masa first time hantar kucing untuk pemandulan, seminggu kakak warded diorang. Sebab takut nak jaga sendiri, bimbang tersalah langkah nanti terbuka jahitan la, infection la. Takut kucing sakit la, maklumla kucing kesayangan kan. Tapi sekarang takde warded ke apa dah, jaga sendiri je..

Kos pemandulan kucing adalah berbeza. Biasanya vet kerajaan adalah lebih murah berbanding vet swasta. Ni rate yang biasa orang sebut lah.

1. Vet kerajaan

  • Jantan – antara RM50 ke RM80
  • Betina – antara RM60 ke RM120

2. Vet swasta

  • Jantan – antara RM80 ke RM150
  • Betina – antara RM120 ke RM250

Kos ni berbeza-beza bergantung pada pakej yang vet sediakan. Ada yang mahal skit, tapi dia bagi pakej 2 hari 1 malam. Ha gitulah kan. Kena rujuk dengan vet kesayangan masing-masing hahaha. Ok sekarang baru kita sampai ke point pertama tentang macam mana nak jaga kucing selepas proses pemandulan. Penjagaan kucing jantan dan betina tak sama. Yang jantan lebih mudah.

Cara menjaga kucing jantan selepas dimandulkan.

1. Selepas pulang dari klinik, biarkan kucing terus sambung tidur dan berehat dulu dalam carrier pun takpe. Tak perlu keluarkan lagi. Sebab dia masih pening walaupun dah sedar. Kami biarkan je dalam carrier sebab dah alas dengan pet sheet sesiap dalam carrier, so kalau kucing terkencing pun, dia tak messy.

2. Kucing yang dah tak pening biasanya akan mengiau panggil mintak nak manja dan dikeluarkan. Biasanya selepas 1 jam.

3. Tak perlu bagi makanan lagi. Bagi air je dulu. Ye tahu, dah sepanjang hari kesayangan kita berpuasa kan? Takpe, tahan sikit je lagi. Kalau kita terus bagi dia makan, nanti dia muntah lagi kesian kan

4. Selepas 3 atau 4 jam baru bagi dia makan. Belilah jiwa skit, bagi dia makan wet food favorite dia hehehe..

5. Kucing boleh berak dan kencing seperti biasa. Nak biar dia guna litter box pun takde hal. Kalau risau, alas je litter box kita dengan pet sheet.

6. Pastikan kucing tidak tidur atau lepak di dalam litterbox untuk mengelakkan habuk atau litter sand melekat pada luka yang boleh menyebabkan infection.

7. Perlu kurung dalam cage tak? Tak perlu pun tak apa. Hanya pastikan kucing tidak keluar dari rumah.

8. Kucing akan kembali aktif dan nakal seperti biasa pada keesokan harinya. Kami pernah je lepaskan balik stray cat jantan sehari selepas dimandulkan. Alhamdulillah semakin kacak lepas tu hehe..

toti

Ini Totie, dulu lepas mandulkan dia, kami lepaskan semula jeesokan harinya.. semakin lama semakin kacak lepas tu kakak adopt dia terus sebab sayang dan sebab handsome sangat hahahaha..

Cara menjaga kucing betina selepas dimandulkan.

Step 1 hingga 6 adalah sama macam kucing jantan. Berikut ialah step tambahan. Banyak cerita sikit kalau kucing betina ni hehehe..

1. Kebanyakan vet akan bekalkan antibiotik untuk memastikan tiada infection berlaku. Sebagai pemilik kucing, jangan lupa inform pada doktor sekiranya kucing kita ialah seekor diva atau terlebih manja di rumah, kerana doktor akan membekalkan pain killer untuk mereka hehehe.

Apa akan berlaku sekiranya kucing diva kita tak diberi pain killer? Mereka akan terlebih monyok, tiada selera makan dan muka nampak sedih sepanjang masa, mungkin terasa sakit pada luka jahitan.

Situasi ini memang sangat berbeza dengan kucing stray yang dimandulkan. Oleh kerana mereka bersifat survival sepanjang hidup mereka, luka jahitan spay seolah tidak memberi kesan pada mereka. Makan tetap selera. Muka tetap ceria. Sekurang-kurangnya lebih bahagia dari hidup di jalanan betul tak?

2. Pastikan antibiotik dan pain killer (jika ada), diberikan mengikut jadual yang ditetapkan oleh doktor. Antibiotik mesti habiskan tau.

3. Jika kucing kita jenis suka menjilat luka jahitan, pakaikan beliau Elizabethan collar, atau dalam bahasa ringkasnya ia dipanggil sebagai e-collar.

dscn6981-800x600 dscn6986-640x480

teka siapa ni? HAHAHAHA.. Inilah Sookie masa lepas di-spay waktu umur dia 6 bulan. Masa ni muka belum hangus ye. tapi badan dah start debab

Janganlah kita berduka lara jika kucing kesayangan kita kelihatan seperti tiang lampu kerana memakai e-collar tersebut. Hanya untuk beberapa hari je. Kalau luka terbuka akibat kuat menjilat tempat jahitan, nah amik kau kena jahit semula dan dijamin mestiii kena pakai e-collar selepas tu. Anda pilih yang mana? Nak jadi tiang lampu sekejap ke, nak jadi tiang lampu lebih lama siap pakej kena makan ubat la itu la ini la. Hihi..

4. Jahitan ada dua cara. Sama ada dari luar (nampak benang), atau jahitan dari dalam (tak nampak benang)

Sepanjang pengalaman kami, menjaga luka jahitan yang dijahit dari dalam adalah jauh lebih mudah dari jahitan luar. Benang jahitan dari dalam akan terserap ke dalam kulit terus. Jadi tak perlu ke klinik untuk buka jahitan. Kucing juga kurang menjilat luka sebab dia tak rasa rimas ada benang kat perut dia.

dogspayincision_postop640

Ni kalau jahit dari dalam (image: Google)

20090580cat_spayed_12days_ago_wound_closed_singapore_toapayohvets

Ni kalau jahit dari luar (image: Google)

Jahitan dari luar ni, kita nampak lah benangnya. Selepas jahitan bercantum dengan sempurna, jahitan perlu dibuka semula dan benang tersebut akan dibuang. Pengalaman kami, kucing suka jilat kalau yg jahitan dari luar ni. Mungkin rasa tak selesa dan cuba nak tanggalkan benang tu.

5. Pastikan luka sentiasa kering. Tiada sebarang discharge (nanah atau air) atau bau yang kurang enak dari tempat jahitan. Sama macam kucing jantan jugak, jangan biarkan kucing tidur atau melepak dalam litterbox sebab kita taknak pasir atau debu dari litter sand mengakibatkan jangkitan pada luka jahitan.

Perlu sapu apa-apa cream atau spray? Tak perlu sebenarnya. Tapi jika kulit kucing kita sensitif dan nampak merah seolah-olah macam dia rasa gatal (tapi tiada sebarang discharge dari tempat jahitan), gel sapuan Wound Protector ini boleh digunakan. Bau serai wangi dan struktur dia macam jelly, sejuk je. Sapu atas luka jahitan.

wound protector

Bukan luka jahitan je, tapi semua jenis luka boleh apply gel ni tau

6. Perlu ke kurung kucing dalam sangkar? Ok yang ni kita sebagai tuan kucing (eh tuan ke orang suruhan? Hahaha) lebih mengetahui. Kalau kucing jenis lasak, suka memanjat sana sini, suka nak lari dari rumah, maka adalah lebih elok biar dia berehat dalam cage hingga luka bebetul sembuh sepenuhnya.

Macam kucing kami di Sookie’s Store, nakal sesikit tu biasalah. Tapi still under control. Jadi walaupun kami dah pernah hantar lebih dari 100 ekor kucing untuk dimandulkan, kami tak kurung diorang sepanjang proses penyembuhan. Memang bagi free roaming, main-main dan tidur sesuka hati diorang, untuk mengelakkan stress.

7. Perlu pantang makan apa-apa tak? Hehehehe tak perlu. Boleh je makan dry food atau wet food seperti biasa.

Sepatutnya luka jahitan akan becantum sepenuhnya dalam masa 7 hingga 10 hari. Lagi molek perangai kucing tu, lagi cepat la sembuh.

Jadi sekianlah majlis ilmu kita untuk kali ini ya. Kalau ada apa-apa topik nak kita bincangkan kat sini, silalah ke page Contact Me tu ya. Kadang-kadang kakak pun pening taktahu nak cerita pasal apa hihihi…

Comments

comments

Comments are closed.