Maid Tuan Ihsan

a3ccbb15-eece-4218-851e-2d58e4ee18b5

Ini Cindebella

Cindebella merupakan anak sebatang kara yang telah kehilangan ibu kandungnya. Beliau dibesarkan oleh ibu tiri garang yang juga telah meninggal dunia kerana sakit tua. Cindebella mempunyai seekor kakak tiri yang bengis lagi bengkeng bernama Cindymon. Cindebella sangat takut dan benci pada kakak tirinya yang kerap kali mendera beliau dengan memaksa Cindebella makan. Ya, itulah cara paling keji yang dilakukan oleh Cindymon untuk memastikan Cindebella selalu sakit perut dan cirit birit akibat makan berlebihan. Muahahahaha!!

IMG_0736Inilah Cindymon yang kejam tu

Selepas habis darjah enam, Cindebella telah dipaksa mencari kerja supaya dapat menampung perbelanjaan keluarga mereka. Macam-macam kerja dah Cindebella pernah buat. Cuci pinggan, cuci kereta, kerja di pam minyak, jadi cashier di petshop pun Cindebella pernah tau. Semakin dewasa, Cindebella nak cari kerja lain pulak untuk memanjangkan resume-nya. Cari punya cari punya cari, akhirnya Cindebella diterima bekerja di rumah Tuan Ihsan sebagai kucing gaji yakni maid lah!

f364382e-3adc-4369-8009-84cd159aefb2Tuan Ihsan yang kacak

07dc5897-676c-4dab-bd57-79bd70d948afLagi gambar kacak Tuan Ihsan

1bf7003d-d7cd-49c6-ac7d-8c32531eca67Dan lagi pose yang menggetarkan tulang rusuk kucing-kucing betina

Tuan Ihsan menjadi pujaan dan kegilaan semua kucing-kucing kampung, kucing bandar, kucing Scotland (Scottish), kucing Parsi, kucing Bombay, kucing Singapura dan kucing-kucing yang sewaktu dengannya. Tuan Ihsan ni sudahlah baik hati, hensem, pandai mengambil hati wanita, berpenampilan menarik, eh pendek kata memang material suami dan menantu yang perfect, nyum! Apakan daya Tuan Ihsan telah pun beristeri, Cindebella pun takde chance.

Tuan Ihsan mempunyai 3 ekor anak jantan yang sangat nakal nauzubillah, tetapi comel. Tuan Ihsan tidak pernah memarahi anaknya, mungkin sebab tulah semuanya jadi spoil brat.

08165382-d1a9-4563-b39c-49f3fae407d3Anak pertama bernama Abdul Wahab, kedua Abdul Wahib dan ketiga Abdul Wahub

Ketiga-tiga Abdul ini sangat sayang kepada Cindebella lebih daripada isteri Tuan Ihsan sendiri, iaitu Cik Puan Seira. Cik Puan Seira bekerja sebagai usahanita dan mempunyai sebuah butik pakaian berjenama. Mungkin kerana kurang meluangkan masa dengan anak-anaknya maka sebab itulah anak-anaknya lebih sayang kepada Cindebella yang telah menjaga mereka sejak mereka masih dalam kandungan lagi.

wp-image-942193540jpg.jpgCik Puan Seira memang sentiasa menjaga penampilan diri dan selalu kelihatan anggun.

Bulan Ramadhan menjelma lagi. Cindebella mulai resah. Beliau takut kakak tirinya memaksa beliau makan dengan banyak setiap kali berbuka puasa. Cindebella tak paham kenapa kakak tirinya suka benar menganiaya dirinya. Mungkin kerana Cindebella comel sikit dari Cindymon? Setiap kali selepas waktu berbuka, pasti Cindebella akan kerap berkunjung ke tandas akibat makan terlalu banyak.

dc317403-8ef0-4248-bcd7-6f874f500d20Cindebella tertidur setiap kali mengenang nasibnya yang malang berkakak-tirikan Cindymon yang kejam

71332ee5-e41b-459f-82fe-355a8d09b159“Cik Puan Seira nak makan apa hari ni?”, tanya Cindebella kepada Cik Puan beliau selepas bangun dari tidur. Nasib baik tak terlajak tidur, fuh!

e9258ff9-c982-4252-8148-d32968c13879“Hari ni uols buat masak lemak cili padi ketam, sayur kacang buncis goreng, dan sambal belacan cukup lah Bella, Masak banyak-banyak pun bebudak tiga Abdul tu bukannya nak makan kat rumah pun, last-last nanti bagi makan kat kucing je,”¬†bebel Cik Puan Seira pada maid kesayangannya. Beliau seakan lupa yang beliau juga seekor kucing. Yang membezakan cuma beliau tu vogue sikit je dari kucing lain.

26cd4f07-4b89-423c-94fa-4ee08573c930“Biasalah tu Cik Puan, bebudak muda, kita dulu pun pernah muda jugak, mommy cik puan cakap, cik puan dulu pun kaki ronggeng jugak,” Cindebella cuba membela tiga Abdul kesayangannya sambil Cik Puan Seira membuat muka whatever

6c4c4c93-b597-4625-9426-e8a5c39342d3Ini driver Tuan Ihsan, Ahmad Zorro Shahbudin namanya

Driver Tuan Ihsan ni la kawan berbual Cindebella waktu di dapur. Selepas menghantar Tuan Ihsan ke pejabat, dan bebudak tiga Abdul ke kolej mereka, Ahmad Zorro Shahbudin akan melepak sambil bersembang ataupun bergossip bersama Cindebella sambil tolong potong kentang, siang ikan, dan sebagainya.

Antara topik yang selalu dibincangkan ialah mengenai kes buang kucing yang semakin menjadi-jadi di kawasan perumahan mereka. Setiap hari ada je report dari Skuad Rukun Tetangga tentang kes buang kucing. Ahmad Zorro Shahbudin yang amat menyokong pemandulan sering meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana masih ada segelintir masyarakat yang tidak mahu memandulkan kucing mereka atas alasan kesiannnnn.. padahal hukum memandulkan kucing itu menurut JAKIM adalah harus!

Cindebella menyokong semua yang diperkatakan Ahmad Zorro Shahbudin. Beliau sendiri nyaris dibuang ke longkang satu ketika dulu, angkara ibu tirinya yang kejam.

Tanpa disedari jam telah menunjukkan pukul 7:16 petang. Wow sudah masuk waktu berbuka!

“Cik Puan, Tuan Ihsan, jom makan jom. Dah masuk waktu dah ni,” panggil Cindebella.

Selesai berbuka puasa, kakak tiri Cindebella datang bertandang melalui pintu dapur.

“Assalamualaikummmm..!!”

Cindymon menjenguk di pintu dapur

“Bella, aku nak hang perabih semuaaa lauk ni, jangan tinggaikan sikit pun. Biaq hang sakit perut, muahahahaha!!” gelak besar Cindymon. Dia mula dahhhhh, detik hati Cindebella.

“Malam satgi aku datang semula, pastikan hang dah perabih semua lauk ni okek!” Cindymon memberi amaran.

Cindebella berlalu pergi. Malas dia nak layan otak mereng Cindymon tu. Lebih baik dia pergi mop lantai dan vakum rumah. Siang-siang tak larat nak buat maklumlah puasa kannn.. hik hik..

Sambil mengemop bilik Abdul Wahub, Cindebella terpandangkan sebuah bingkai gambar

1724523c-32f8-4596-8720-295e4aaa43c6Abdul Wahub

Cindebella tak dapat lupakan saat Abdul Wahub merajuk kerana dimarahi Cik Puan Seira, Abdul Wahub telah menyorok di dalam enjin kenderaan pacuan empat roda Tuan Ihsan. Jenuh Cindebella memujuk agar Abdul Wahub keluar. Tapi hanya tangisan nyaring Abdul Wahub yang kedengaran. Sentap benar dia dengan ibunya itu. Masa tu Abdul Wahub kecik lagi.. mungkin baru berusia dua bulan.

“Dah besar dah Abdul Wahub, fashionista sangat sekarang,” kata Bella dalam hati sambil tersenyum lalu terus mengemop. Matanya beralih pada bingai gambar seterusnya

40cebf1d-9523-44e1-bad8-a461f48ed004“Dah ke kolej dah sekarang kau nakkkk, kekecik dulu nak pegi tadika pun sampai kena heret. Sekarang ni sikit lagi dah nak ke menara gading,” ejeknya di dalam hati kih kih kih

990662d0-c072-4deb-91ad-09db0931521b“Cindebella oiiiii.. ooo Cindebella!! Mu masok gapo dio arinih? Aku lapo ni tadi trepik jem dok dang nak makang. Aku isap vape je takdi buat batal posa,” jerit Black, bodyguard Tuan Ihsan yang sado.

Sape yang tak kenal dengan Black yang berasal dari Terengganu, sangat digeruni oleh kucing-kucing sekitar. Nama Black je pun dah cukup menggerunkan, ditambah pula dengan tatoo putih di bahagian perut, fuh menakutkan sangat. Nak tanda kawasan kat pagar rumah Tuan Ihsan? Jangan mimpilah. Nanti sampai ke taman sebelah nanti kucing tu dikejar Black. Lagenda mengatakan yang Black pernah menganggotai sebuah kumpulan kongsi gelap. Tapi taktau la sejauh mana kebenaran kisah tu, Cindebella tak berani nak viralkan, bimbang tersalah nanti, terjejas pula hubungan baiknya dengan Black. Bagi Cindebella, Black jauh lebih baik dari kakak tirinya si Cindymon tu.

abba13c5-13b9-4e95-9348-a4191e93c7ef“Adoi aku dah nak tido hang baru sampai Black? Pi lah dapoq nun, bawah saji tu ada lagi lauk berbuka tadi”, jawab Cindebella sambil bergolek di atas katil dan menonton Astro Ceria, channel kegemarannya.

Kesian Black, kelaparan betul dia. Bukak posa dengan vape berperisa mango lassi je. Habis licin semua makanan dibedal Black. Patut la badan sado.

Ting tong!!

Loceng rumah berbunyi. Cindebella bagai boleh meneka siapa yang datang.

IMG_20150121_004537_thumb.jpg

Cindymon!

Tepat sekali jangkaan Cindebella. Seperti yang dijanjikan, Cindymon datang untuk memastikan yang adik tirinya itu menghabiskan semua makanan lebihan waktu berbuka tadi. Dengan terkedek-kedek beliau terus menuju ke dapur dan membuka tudung saji.

“Hah!! Puas hati aku. Nasib baik hang perabih semua makanan ni macam yang aku suruh Bella. Kalau tak, tau la hang aku kerjakan,” Cindymon acah-acah bengkeng

Cindebella diam dan menundukkan kepala.

Dalam hatinya ketawa kerana Cindymon tak tau yang makanan tu dihabiskan oleh Black.

4c88d990-8d1e-4059-84b6-283517af5f93Her her her..

TAMAT

Yay! terima kasih ibu sebab bacakan adik cerita dongeng istimewa ni. Esok cerita lain pulak ya?

Comments

comments

Comments are closed.