Semenjak kami adik beradik ni semua dah bekeluarga, bila nak bercuti ramai-ramai mesti pening fikir nak duduk hotel ke, nak duduk homestay. Hotel ke homestay, hotel ke homestay.
Zaman dulu tak banyak lagi homestay nih. So biasanya kami akan book hotel, cari family room, connecting room. Tu kalau dapat connecting room. Kalau tidak, jauh la berjalan dari bilik ke bilik. Budak-budak la yang kurang seronok sebab tak dapat berkumpul reramai nak main sepanjang masa ?
Sekarang ni dah mudah nak cari homestay. Tambahan pulak sekarang kita boleh menempah homestay semudah A, B, C je dengan aplikasi Airbnb.
Ok meh nak cerita kenapa kami suka duduk di homestay berbanding hotel bila bercuti ramai-ramai.
1. Jimat
Tinggal di homestay jauh lebih murah dari di hotel. Bayangkan kalau homestay, kita dapat sebiji rumah 4 bilik dengan hanya RM250 satu malam. Ni contoh ya. Kalau hotel? RM250 satu malam cuma dapat 1 bilik je.
2. Boleh masak-masak
Bukan la nak masak macam kenduri. Tapi boleh laa kalau mak nak buat nasik goreng ke, mee goreng ke. Sebab di homestay biasanya ada disediakan kelengkapan memasak. Lagipun sedikit sebanyak, dapat juga menjimatkan kos.
3. Boleh cuci kain
Kalau duduk hotel, berlambak laa kumpul pakaian kotor. Kalau terdesak sangat, kena la pegi dobi layan diri. Tapi kebanyakan homestay ada mesin basuh. Kan senang tak payah pegi dobi? Just beli sabun je dekat kedai, pastu cuci la sepuas hati, sehari nak cuci 3 ke 4 load pun takde sape larang.
4. Tak perlu packing banyak barang
Oleh kerana boleh cuci kain di homestay, maka tak perlu la hangkut banyak beg kan? Bukankah kita paling tak kuasa nak bawak beg banyak-banyak bila pegi holiday? Sebab tu la elok pilih homestay daripada hotel.
5. TV banyak channel
Beratus kali duduk hotel, tapi kebanyakan hotel mesti channel tv dia tak clear, ataupun channel sikit sangat. Kadang tu Astro pun takde. Kebanyakan homestay sekarang menawarkan tv dengan pilihan saluran yang banyak. Mudah untuk hiburkan kanak-kanak. Bila kita bercuti, mood kanak-kanak yang paling kita kena jaga, once dia buat perangai kang, jenuh nak melayan.
6. Selesa
Boleh dikatakan tahap keselesaan duduk homestay ni lebih kurang hotel je. Ada aircond, ada water heater, wifi, facilities pun ok.
7. Dapat eratkan hubungan kekeluargaan
Bila adik beradik tinggal berjauhan, duduk serumah waktu percutian macam ni lah dapat eratkan hubungan, terutamanya kanak-kanak dapat jumpa sepupu kan, happy tak terkata. Tidur pun nak ramai-ramai.
Ok cukup dulu. Jom nak cerita macam mana nak tempah homestay dengan cara yang mudah menggunakan aplikasi Airbnb. Melalui website pun boleh.
1. Download aplikasi Airbnb secara percuma di GooglePlay (pengguna Android) atau AppStore (pengguna iOS).
2. Pilih lokasi atau nama homestay tu pun boleh juga. Kemudian pilih tarikh daftar masuk dan keluar. Seterusnya berapa orang tetamu, lepas tu tekan “Save”. Airbnb akan senaraikan semua homestay yang menepati ciri-ciri yang kita dah pilih tu.
Jom pilih 18 Lodge. Kita boleh tengok dulu apa yang menarik di homestay ni sebelum buat bayaran.
3. Pertama sekali kita mesti tengok review dan rating yang diberikan oleh tetamu yang pernah menyewa di situ.
Baca setiap review supaya kita boleh dapat gambaran tentang rumah tu dan host (tuan rumahnya) sekali. Senang nak berurusan ke tak. Easy check in/out ke tak. Kelengkapan dalam rumah macam mana. Semua boleh tengok kat review tu.
4. Boleh “contact host” kalau perlu tanya apa-apa
5. Tengok “About this home”. Kat sini kita boleh tengok apa yang host tawarkan pada penyewa dia. Haa kat sini la kita nak check homestay ni ada wifi ke tak, ada water heater ke tak, ada mesin basuh ke tak.
Host 18 Lodge siap bagitahu sekali berapa jauh nak pergi ke tempat-tempat tertentu dari homestay beliau (contohnya Hospital, klinik, lapangan terbang, pasar malam, McDonalds dan sebagainya). Jadi takde la kita terpinga-pinga dok imagine tempat ni jauh ke tidak kalau nak pegi ke mana-mana ye dok?
6. Bila dah habis baca semua maklumat tentang homestay ni dan berpuas hati, maka boleh la kita klik “Book” dan kemudian ikut je arahan untuk pembayaran. Boleh guna credit atau debit card untuk buat pembayaran. Selesai pembayaran, Airbnb akan bagi confirmation melalui e-mail. Step berikutnya bergantung kepada host anda.
Macam host 18 Lodge, selepas confirm booking di Airbnb, beliau Whatsapp satu PDF file yang mengandungi maklumat mengenai 18Lodge, macam alamat penuh, map, GPS coordinate, password Wi-Fi, house rules dan cara-cara bagaimana nak self check-in.
Sejurus selepas booking disahkan, dapat pula email dari Igloohome yang mengandungi access pincode untuk key box
Email ni pulak diterima satu jam sebelum check-in, mengandungi access pincode.
Inilah igloohome key box yang dimaksudkan
Host 18 Lodge guna system self check-in/out untuk memudahkan tetamunya. Gunakan nombor PIN yang diberikan untuk buka key box ni. Nombor PIN ini akan expired selepas penyewa check-out.
Tada! Ambil kunci
Mudah sangat kan self check-in macam ni. Memudahkan tuan rumah dan penyewa sekali. Tanpa key box ni, mungkin kita perlu berjumpa dengan tuan rumah di mana-mana untuk ambil kunci ataupun tuan rumah terpaksa tunggu penyewa tiba untuk serahkan kunci. Kan leceh tu?
Safety guideline ditampal di beberapa tempat di dalam rumah.
Masuk je rumah ni, wanginya macam kat hotel plak hehe. Salah satu sebab orang suka tinggal di hotel ialah sebab persekitaran yang wangi. Mesti kita pun tak selesa kalau duduk di homestay yang berbau seperti rumah lama kan? Jadi bila host create suasana yang best macam kat hotel, kita sekeluarga pun senang dan puas hati.
Ruang tamu yang selesa. TV ada Astro Njoi
Sofa dan coffee table
Ruang makan untuk 6 orang. Selebihnya sila duduk bersila atas lantai hahahaha
Baby chair pun ada.
Ada safety gate!! Di bawah dan di atas. Thanks host 18 Lodge. Sesuai bebenor la untuk iols yang ada anak tengah lasak ni. Dalam pada ada safety gate pun dia boleh heret tangan ibu ajak naik tangga, maklum la rumah sendiri takde bertangga haha ??
Peti pertolongan cemas. Boleh digunakan ketika anda cemas ? Ada handyplast, pembalut luka, petroleum jelly dan beberapa alatan bantuan kecemasan di dalamnya.
Microwave ada. Setakat nak buat kek milo ke, memang takde hal lah. Sap sap soi je masuk microwave hehe.
Periuk nasik ada, toaster ada, cerek elektrik ada, thermos ada, dapur ada, kuali, pinggan mangkuk, sudu garpu, peti sejuk, mesin basuh, semua ada. Maggi dan sardin pun ada hahaha. Pendek kata kalau nak duduk seminggu ke dua minggu ke, memang takyah risau apa-apa la. Duduk kat homestay yang serba lengkap macam ni boleh bantu save budget anda! Uols beli bahan nak masak je, dan boleh dikatakan hampir kesemua barang dalam rumah ni serba baru.
Mesin basuh fully automatic. Campak je baju, isi sabun, tekan butang start, lepas tu pegi la tengok tv ke, tido ke. Sedar-sedar je baju dah siap dan boleh dijemur. Kat porch kereta ada ampaian baju.
Tandas tingkat bawah. Ada water heater
Bilik tingkat bawah. Katil single. Tapi bawah katil tu boleh tarik extra bed. Ada aircond dan bilik mandi.
Di tingkat atas ada ruang menggosok (extra iron board dan seterika juga disediakan kat bawah tangga), meja study (atau buat kerja) dan kanak-kanak riang yang penyibuk. Yang mesin air tu membekalkan air panas dan sejuk. So kalau rasa tak kuasa nak masak air untuk bancuh milo, naik je tingkat atas untuk ambik air kat situ.
Bilik air tingkat atas. Ada water heater jugak.
Master bedroom. Luas. Ada tv dan bilik mandi jugak. Water heater ada di setiap bilik mandi. Begitu juga aircond. Semua bilik ada.
Bilik kedua di tingkat atas
Bilik ketiga di tingkat atas
Tips untuk host: Nak bagi homestay anda nampak classy macam hotel? Jangan gunakan cadar berwarna-warni atau beropol-ropol. Biar satu warna sahaja dan seragam di kesemua bilik. Lagipun kan sedap mata memandang.
Host 18 Lodge juga ada sediakan baby bath tub tau. Selama kami menginap di homestay setiap kali bercuti, belum pernah lagi jumpa homestay yang sediakan baby chair dan baby bath tub. So kami yang ada anak kecik ni takde la pening memikir cara nak mandikan baby.
Selain dari sesuai untuk penginapan keluarga, homestay juga sesuai untuk syarikat yang nak hantar staff bekerja di luar kawasan. 1 rumah dah dpt 4 bilik dah, 4 orang staff boleh duduk sekali. Kalau 4 bilik hotel dah berapa kan. Perlukan Internet dengan kelajuan hebat? Unifi WiFi 100mbps ada di sini. Dapat rumah selesa, lengkap semuanya, murah pun murah! Lagi lama tempoh sewaan, boleh dapat diskaun tau ?
Untuk keselamatan, kawalan CCTV 24 jam ada di porch kereta dan bahagian belakang rumah.
Masa nak check-out pun mudah, masukkan je balik kunci rumah ke dalam igloohome key box dengan pincode yang sama masa kita memula check-in tu. Lepas tu tutup pagar. Mudah kan?
18 Lodge terletak di Lorong Bukit Setongkol 46, Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang.
Gunakan aplikasi Airbnb untuk booking 18 Lodge hari ini. Sebarang pertanyaan boleh contact host terus ya di 0135971969 (Encik Izhar)
Airbnb: 18 Lodge
Whatsapp: Encik Izhar
FB: The 18 Lodge
Instagram: 18 Lodge