Khasiat Quinoa Kepada Kucing

Artikel ini dibawakan khas untuk anda oleh Sookie’s Store, Kuantan
 

Kakak cakap beliau tujukan makanan Zoe Weight Control ni pada Aching. Sebab badan Aching dah macam buah pear katanya. Ada ke patut?

Memula Aching protes la sebab Aching rasa dah cukup hot dah size badan Aching ni, taknak la makanan diet kan. Lepas tu kakak terangkan, rupanya Zoe Weight Control ni bukannya untuk buat Aching kurus macam makan pil kurus tu. Tapi untuk kawal supaya Aching tidak semakin membadak yang turut akan mengundang pelbagai penyakit. Sangat sesuai untuk kucing yang telah dimandulkan macam Aching ni. Khasiat dalam makanan Zoe Weight Control tetap yang terbaik dan tiptop sebab ia mengandungi Quinoa 👍🏻👍🏻

Tahukah uols yang Quinoa (cara sebut Keen-wah) kini semakin trending dan menghampiri taraf superfood? Superfood ialah makanan yang mempunyai sangat banyak kebaikan untuk kesihatan. Antara kebaikan Quinoa untuk kucing ialah:
.
📌 Quinoa mengandungi protein dengan 9 asid amino (amino acids) yang membantu membina otot meow (muscles)
📌 Quinoa ada kandungan fiber yang tinggi, yang dapat membantu proses penghadaman kucing. Kalau meow kita makan makanan yang kurang kandungan fiber, masalah hairball, penghadaman dan sembelit mudah berlaku.
📌 Mengandungi Manganese & Copper yang boleh membantu kucing menentang kanser. Ingat manusia je boleh kena kanser?

Tapi kan kucing sejenis karnivor, boleh ke consume Quinoa yang merupakan kaum keluarga gandum (grain) ni?

📌 Quinoa bebas gluten (gluten free), bermaksud ianya lebih mudah dihadam oleh perut kucing berbanding jenis-jenis gandum yang lain. Dan kuantiti Quinoa yang dimasukkan dalam makanan kucing adalah selamat untuk dimakan meow kesayangan kita.

Akan tetapi, Quinoa selamat dimakan oleh meow apabila ianya telah dimasak dengan matang (fully cooked) dan kuantiti yang diperlukan hanyalah sedikit (ni kalau nak campurkan Quinoa dalam wet food atau raw food lah). Jika kucing makan Quinoa yang mentah atau tak cukup masak, ia boleh menyebabkan sakit perut.

Makanan kucing Zoe baru sahaja dilancarkan di Malaysia dan mempunyai 3 variasi, iaitu Daily Nutrition, Indoor dan Weight Control. Ketiga-tiga ni sesuai untuk semua peringkat umur. Zoe datang dalam size 1.36kg dan 2.5kg.


🐱 Zoe Daily Nutrition
Protein 30%, Fat18%. Fibre 3.5%
Kalori 3900 kcal/kg
sesuai untuk semua peringkat umur
sesuai diberi pada anak kucing
sesuai diberi pada ibu kucing yang sedang bunting atau menyusukan anak


🐱 Zoe Indoor Formula
Protein 28%, Fat 16%, Fibre 4%
Kalori 3800 kcal/kg
membantu mencantikkan bulu
mengurangkan bau najis


🐱 Zoe Weight Control
Protein 28%, Fat 14%, Fiber 4.5%
Kalori 3675 kcal/kg
membantu mengawal berat badan
sesuai untuk kucing yang telah dimandulkan
sesuai untuk kucing yang mengalami masalah obesiti

Jom dapatkannya di Sookies! Buka 12pm-11pm. Tutup setiap Isnin.

Comments

comments

Comments are closed.