Off to the Rainbow Bridge

Selepas hampir setahun Mak Jemah menanggung penyakit buah pinggang, ia tinggalkan kami jua akhirnya. 1 May 2018, pagi yang sangat menyedihkan buat kami semua.

Tetapi kakak takkan cakap yang Mak Jemah menderita menanggung sakit, sebab kami jaga dia dengan sepenuh kasih sayang, setiap hari. Tiada satu hari pun yang kami tak berikan kasih sayang padanya. Mak Jemah sentiasa, selalu dan sepanjang masa disayangi. Kami panggil dia babygirl sebab kemanjaannya. Mak Jemah pergi pada usia lebih kurang 14-15 tahun.

Kami peluk Mak Jemah setiap hari. Kakak perhati dan tengok dari camera macam mana sayangnya staff kakak pada Mak Jemah. Berdukung, berpeluk, bermain. Terharu. Dan berterima kasih. Di saat kakak sibuk dengan urusan kerja, staff kakak tak pernah abaikan Mak Jemah.

Kakak takkan cakap yang Mak Jemah terseksa sebab kena makan ubat setiap hari sepanjang ia sakit. Sebab Mak Jemah bukan jenis kucing yang susah nak makan ubat. Bukan jenis menggelupur atau mengamuk bila makan ubat. Tidak pernah air liurnya keluar hingga berbuih mulut bila makan ubat. Tidak pernah luahkan kembali ubatnya.

Mak Jemah tidak mati dalam keadaan kurus kering. Ia masih comel, chubby dan debab.

Gambar 28 April 2018, beberapa hari sebelum kematiannya, bulat lagi.

Click here to Read More

Comments

comments

Comments are closed.