Archive of ‘Homestay’ category

Tips Memilih Homestay Dengan Airbnb

Semenjak kami adik beradik ni semua dah bekeluarga, bila nak bercuti ramai-ramai mesti pening fikir nak duduk hotel ke, nak duduk homestay. Hotel ke homestay, hotel ke homestay.

Zaman dulu tak banyak lagi homestay nih. So biasanya kami akan book hotel, cari family room, connecting room. Tu kalau dapat connecting room. Kalau tidak, jauh la berjalan dari bilik ke bilik. Budak-budak la yang kurang seronok sebab tak dapat berkumpul reramai nak main sepanjang masa 😂

Sekarang ni dah mudah nak cari homestay. Tambahan pulak sekarang kita boleh menempah homestay semudah A, B, C je dengan aplikasi Airbnb.

Ok meh nak cerita kenapa kami suka duduk di homestay berbanding hotel bila bercuti ramai-ramai.

Click here to Read More

Hafza Homestay -Taman Bertam Setia, Melaka

24 Disember 2011.

Kami sekeluarga ke Melaka untuk hadiri kenduri sambut menantu anak Pak Uda.

Hahaha.. Cam diary pulak rasanya siap letak date. Poyo nak mapuh. Kitorang bertolak dari rumah pukul 7 pagi. Lepas tu pergi breakfast dekat Restoran Zaman. 20 minit dia beratur untuk mendapatkan dua bungkus nasik lemak. Kat restoran tu memang semua orang beratur sana sini. Nak nasik lemak, beratur. Nak roti canai, beratur.

Gerak ke Melaka pukul 8.45 pagi. Ikut Segamat highway. Jalannya, jilaka betul. Berlubang sana sini. Dalam pulak tu lubangnya. Eeee.. aku pulak yang seram sejuk. Sebab baru je dua minggu lepas suami terpaksa tukar sport rim kereta dia sebab bengkok, akibat terlampau banyak langgar lubang. Jalan Kuantan – Kuala Terengganu memang juara la, paling banyak lubang. Kalau harga rim tu tiga posen sebijik tu takpe la. Hoh.

Maka dari Kuantan ke Segamat, aku rasa macam naik kereta Tamiya. Sebab kejap elak kiri, kejap elak kanan. Phew~

Sampai Melaka, pergi kenduri dulu. Dekat pukul 4 baru check-in homestay. Kali ni kitorang duduk kat Hafza Homestay, dekat Taman Bertam Setia. Owner Hafza Homestay ni namanya Haji Zakaria, bapak mertua kepada Encik Halim, owner Homestay Cheng.  Dia pun yang rekemen kat aku sebab homestay dia dah kena booked 🙁

DSCN8930 [640x480]

Hall rumah – cukup besar dan selesa

Family aku terkagum melihatkan keselesaan rumah ni. Tapi bagi aku yang pernah pergi homestay Cheng tu, of course aku compare kan. Bagi aku, rumah ni lebih simple dari homestay Cheng. Facilities dia cukup dan family aku sangat berpuas hati. Seterika pun ada.

Tapi homestay Cheng lebih lengkap. Macam kat dapur homestay Cheng ada perencah nasik goreng, maggi, hehe.. Dalam peti sejuk ada telur, kicap, sos cili. Bebetul macam rumah sendiri. Washing machine pun ada. Dalam bilik siap ada wardrobe. Water heater pun ada, so tak la menggigil bila mandi, heheh.

Apa pun aku percaya homestay ni pun nanti mesti akan di-upgrade sikit demi sikit. Biasalah baru lagi, takkan nak lengkap semua kan, kenalah rolling dulu modal tu.

DSCN8932 [640x480]

 

DSCN8934 [640x480]

 Dapur

Dapurnya lengkap, ada semua keperluan. Haji Zakaria siap bilaskan pinggan mangkuk dan tolong masakkan air panas lagi untuk kitorang, haha.. Sebab bila kitorang pergi dapur, tengok pinggan mangkuk dah dicuci dan air dalam kettle pun panas 🙂

DSCN8939 [640x480]

Bilik tidur utama

Selesa.. sangat selesa dan luas. Boleh masuk lagi 2 bijik katil size queen kalau mahu 🙂 Tiada wardrobe, tapi ada console table, cermin besar, sejadah, dan rak penyangkut baju. Setiap bilik diberi 2 helai tuala. Dalam bilik air, dah siap ada shampoo dan shower gel. Along ambik bilik ni.

DSCN8941 [640x480]

Itu ialah bilik kedua dan ketiga, pandangan dari bilik tidur utama

Yang ada alas kaki tu ialah bilik air. So dua bilik ni, berkongsi bilik air yang sama, di luar. Bukan sharing macam connecting room tu ye. Both bilik macam lebih kurang sama besar. Bezanya satu bilik katil  queen, satu bilik lagi, ada dua katil single.

DSCN8943 [640x480]

Aku anggap ini bilik kedua, hehe. Aku dan suami duduk kat bilik ni

DSCN8942 [640x480]

Bilik ke tiga – dua katil single

Bilik ke empat kat tingkat bawah. Agak kecil, tapi masih boleh fit katil queen. Sesuai kalau keluarga yang bawa mak ayah atau orang tua yang tak mampu nak naik tangga ke tingkat atas.

DSCN8937 [640x480]

 Selesa juga 🙂

Bilik bawah ni kitorang bagi kat mak dan abah. Kaki mak tak berapa kuat, so tidur kat bilik bawah la lagi senang. Toilet pun ada kat tingkat bawah ni. Sebelah bilik ni je.

Taman Bertam Setia takdelah jauh sangat dari bandar Melaka. Tapi kena tempuhi banyak traffic light. Haritu kitorang sangkut kat jem sebab traffic light je dekat sejam. Sabar jelah. Dah la lapar, hahaha.

Setakat 24 Disember tu, Taman Bertam Setia ni tak masuk lagi dalam GPS. Sebab perumahan baru. Masa kitorang carik rumah ni, kitorang cari Taman Paya Emas, based on Haji Zakaria punya guide. Taman Bertam Setia ni dalam 1 kilometer di hadapan Taman Paya Emas.

Haji Zakaria ni ada 3 bijik rumah kat situ, nombor 37, 39 dan 41, Jalan BS 11, Taman Bertam Setia. Hebat kan? Satu bijik rumah pun aku rasa lebih 250 ribu. Pandai betul Haji Zakaria buat pelaburan 🙂

So kalau korang pergi Melaka, takyah la sesusah duduk kat hotel. Mahal lagi membazir. Membazir tu amalan syaitan. Baik korang cari homestay macam ni ha. Satu keluarga boleh duduk. Rate dia haritu ialah RM250, aku rasa ini rate weekend. Kalau weekdays, tak silap aku dalam RM230 kot.

Kalau berminat nak booking homestay ni, boleh call Haji Zakaria kat 0123661134 atau Hajah Siti Hawa kat 012-9182575

Aku yakin kalau lebih ramai orang buat homestay macam ni, bisnes hotel mesti rugi, hehehe.

Homestay Di Melaka

Last Friday, saya dan dua orang kawan pergi ke Melaka untuk menghadiri majlis perkahwinan bekas rakan serumah, Anis Hartini.

Anis dengan baik hatinya telah menyediakan sebuah homestay untuk kitorang duduk. So tak payah la susah-susah nak carik hotel kan.

So malam tu, lepas rehearsal kat rumah Anis (siap ada rehearsal tau, jangan main-main hehe), kitorang pun bertolak ke Taman Cheng Setia. Mari tengok gambar dulu ok.

Ini master bedroom, merangkap bilik kitorang untuk dua malam. Percaya tak kitorang bertiga tidur kat atas katil tu? hehehe..

Bilik ni sangat besar gila. Walaupun dah lengkap dengan perabot, pun masih besar lagi. Kitorang punya la excited masa masuk bilik ni. Yelah, tak sangka dapat ‘hotel’ enam bintang. Bilik hotel pun tak selesa macam ni.

 

Siap ada almari. Almari tu tiga pintu, so kitorang amik sorang satu. Lengkap dengan hanger sekali 🙂

 

Ini bilik ayor kat master bedroom.

Ada water heater yo! Masing-masing mandi dengan riang gembira, maklum la sekarang kan musim sejuk (wah feeling winter, haha). Kalau takde water heater, konfem sorang mandi 5 minit je. Shampoo dengan shower gel pun ada 🙂

 

Ini bilik kedua. Selesa kan? Tapi takde orang tidur kat bilik ni.. sebab semua nak menyempit tidur bersama, hehe.

 

Ini bilik ke tiga. Ala sebenarnya bilik kedua dan ketiga sama besar je, tapi bilik ni dia letak single bed. Bilik ni diduduki Aziel, photographer Anis from Cherita Pictures.

Baik tau Azeil ni, dia tolong buatkan milo untuk kitorang hehe. By the way, bilik kedua dan ketiga share bathroom. Tapi aku pun taktau kenapa Azeil tak duduk bilik kedua tu. Syok sikit katil besar leh golek-golek kan, hehe.

 

Ini bilik ke empat, yakni di tingkat bawah. Selesa gila kan?

Err.. bilik ni macam tak berapa kemas sebab gambar diambil lepas team Cherita Pictures check-out. Ini bilik sorang lagi photographer 🙂

Kalau la rumah ni didiami sebuah keluarga yang ada maid, bilik ni kiranya bilik maid la. Selesa gila ok. If maid dapat bilik camni punya besar, confirm tak ingat nak balik kampung dah, hehehe.

 

Ini ialah ruang tamu. Lihatlah betapa besar dan selesa..

 

TV dan hi-fi pun ada.

Menurut tuan rumah, tak lama lagi dia plan nak pasang Astro pulak 🙂 Hari tu kitorang plan nak beli dvd, konon nak tengok. Tapi taktau pulak mana nak carik. Nak cari Jonker Street pun berpusing-pusing, inikan pulak nak carik dvd. Last-last tengok tv aje lahhh.

 

Itu ialah Aidura yang feeling macam kat tepi swimming pool sebab lepak kat kerusi malas itu, haha. Gambar diambil selepas pulang dari majlis Anis, maka semua tengah kepenatan.

 

Ini pula sebuah dapur yang complete. Lebih complete dari rumah bujang saya di KL ni.

Periuk nasik, thermos, kettle, pinggan mangkuk, periuk belanga, kuali semua cukup. Paling best, siap ada beras, maggie, telur, perencah nasik goreng segera, kunyit, garam, gula, minyak, kicap.. ehhh semua ada lah. Mengalahkan rumah mak kau. Tengok tu, tudung saji pun ada.

Biskut tiger pun ada. Ini kitorang buat breakfast, cicah ngan milo. Besttt.. Makanan, dan segala benda dalam rumah ni, korang boleh guna without additional charges.

Pendek kata kalau duduk rumah ni, bawak baju ngan spender je.

Lagi gambar dapur dari angle yang berbeza.

 

Tengok, kalau nak cuci kain pun boleh. Dengan washing machine sekali ada. Tu barang-barang mencuci kalau-kalau korang terlebih rajin nak tolong mop segala, hehe

Kalau kat hotel, kan ada orang housekeeping datang bersihkan bilik, tapi homestay takde la. Lepas kau check-out baru dia datang bersihkan rumah. So kalau kau duduk seminggu, janganlah nak buat perangai pemalas kau tak kemas bilik or tak cuci pinggan. Takde orang kenit yang nak datang tolong kemaskan ok.

Aku suka sangat rumah ni sebab tuan rumah dia pemurah gila. Barang semua lengkap. Kau tengok la barang-barang dalam rumah semuanya baru (kecuali dapur). Tengok washing machine pun ada plastik lagi.

Okay, sekarang waktu untuk maklumat yang lebih detail.

Homestay ni terletak di Taman Cheng Setia. Dekat dengan Tesco Cheng. Bila dah jumpa Tesco Cheng sebelah kanan kau, so kat traffic light simpang empat tu, masuk kiri. Lepas tu kat traffic light pertama, masuk kiri lagi, terus nampak signboard Taman Cheng Setia. Jarak dari bandar Melaka ke rumah ni ialah dalam 20 minit rasanya, sebab banyak traffic light. Ala normal la tu kan, takde la jauh sangat.

Rumah ni kat Jalan CS 6, Taman Cheng Setia. Balcony size resakse. Besar gila. Nak buat bbq party kat balcony pun boleh, hehe.

Rate satu malam untuk satu rumah bagi tahun 2011 ialah RM200. Imagine la RM200 kau dapat satu rumah yang sangatlah selesa! Kalau hotel, dapat satu Deluxe Room je. Jadi sangat la berbaloi kan, terutama untuk orang yang nak ke Melaka dengan ahli keluarga. Mak, abah, kakak, abang, adik, tok, nenek, semua boleh muat dalam satu rumah dengan hanya RM200. Kan ke berbaloi-baloi tu? Lagi berbaloi dari pakej Celcom, haha.

Tuan rumah bernama Encik Halim. Boleh contact beliau di talian 019-650 6191. Baik orangnya. Kalau contact dia, jangan lupa bagitau kau tahu pasal homestay ni dari blog izyahya 🙂

Okay bye-bye.