Archive of ‘Kitties’ category

Kucing & Kegagalan Buah Pinggang a.k.a Chronic Kidney Disease (CKD)

Kami ada seekor kucing yang ada sakit buah pinggang sejak bulan July 2017. Yang follow blog ni sejak berabad yang lepas, mungkin kenal lah dia ni. Nama dia Mak Jemah ataupun nama manjanya Babygirl. Dulu masa Mak Jemah masih conduct kelas yoga, kita panggil dia Lady Jemah hahaha.. Kalau la korang ingat lagi kan, Mak Jemah tu kucing yang kami rescue masa dia lepas beranak tu. Siap berlawan dengan sudip tu, hahaha..

Boleh klik link-link di atas untuk baca cerita pasal MJ Babygirl.

Gambar latest Babygirl

Sebelum ni, si Mak Jemah (MJ) ni memang duduk kat rumah. Bebas bermain dengan Bobbi. Asal petang je, kami bawak dia masuk.. Tido kat dalam. Semuanya nampak normal sehinggalah saya diberitahu yang MJ takde selera makan dan lebih banyak tidur. At first ingatkan dia memang tak berapa rajin nak berjalan kan, sebab dah makin tua. Tapi terasa badan dia susut sangat.

Lalu bawak dia ke klinik. Doc suggest buat blood test sebab MJ dah tua, takut ada masalah dengan liver (hati)  ataupun kidney (buah pinggang). Berdebar. Rasa tak sedap hati. Hasilnya, bacaan fungsi buah pinggang MJ memang dah tak cantik. Doc sahkan MJ ada Chronic Kidney Disease (CKD). Atau biasa juga orang sebut sebagai Kidney Failure (Kegagalan Buah Pinggang)

CKD ialah penyakit buah pinggang yang biasa dihidapi kucing yang dah tua. Mengikut perkiraan doktor, MJ berkemungkinan sudah berusia  lebih kurang15 tahun.

Masa tu lagi beberapa hari nak start cuti raya. Risau hati bukan kepalang, macam mana nak uruskan MJ? Lalu semua staff yang bertugas secara bergilir-gilir sepanjang cuti perayaan tu kena tahu macam mana nak handle MK. Macam mana nak bagi makan, bagi makan ubat, dan sebagainya.

Ni antara ubat yang MJ kena makan waktu tu.

Nefrotec kena makan 1 biji, 2 kali sehari

Saya tanya doktor, kenapa kena bagi Nefrotec sebab MJ bukan ada masalah nak kencing. In fact, kencing dia lawas sesangat sebab setiap kali scoop, seketul besar macam bom tu haa.. Rupanya kucing yang ada CKD memang kena makan supplement untuk bagi kencing dia lawas sebab buah pinggang dia tak dapat nak proses protein dalam air kencing dengan baik. Lebih kurang macam tulah. Kalau tak makan, nanti protein dalam air kencing tu akan buat salur kencing dia tersumbat. Kang kena batu karang atau infection pada salur kencing pulak.

Ada lagi 1-2 jenis ubat lagi. Untuk tambah darah dan antibiotik. Sebab masa tu MJ lemah sangat. Taknak makan apa-apa pun. Tapi ubat tu makan kejap je macam dalam seminggu.

Ini pulak RC Convalescence Support

Dalam dia macam susu tepung. Vet suruh bancuh pekat-pekat macam nestum dan bagi dia makan. Kalau dia taknak makan sendiri, kena syringe feed. MJ memang tak mahu makan awal-awal tu. So kami memang syringe feed dia. Guna syringe besar yang 10ml tu, suap sampai dia tolak taknak telan dah.

Sambil tu kena lah sulam dengan air masak juga, untuk tambah water intake dan sekaligus cuci bahagian dalam mulut dia. Sebab kucing yang kena paksa makan ni, biasanya dia taknak bersihkan mulut dia sendiri. Maklum la kucing sakit kan. Kalau bahagian dalam mulut tu tak bersih, nanti mudahlah kena jangkitan lain pulak.

MJ sangat dehydrated masa tu. Sampaikan sehari sebelum kami start cuti raya tu, doc subcut bagi masuk air. Dan kena datang lagi masa hari raya ketiga kalau dia masih dehydrated.

Kalau sebelum ni MJ tinggal kat rumah, sejak sakit tu, dia memang tinggal kat kedai supaya dapat extra attention dari kami semua. Siap halakan CCTV kat cage MJ supaya kami dapat perhatikan dia selalu.

Setiap hari staff akan update pasal semua kucing kat kedai, dan keadaan MJ juga. Paling risau bila MJ langsung tak makan. Wet food taknak, dry food taknak. Memang bergantung kat RC Convalescence Support tu je. Tapi manalah cukup kan, kalau lapar macam mana? Staff memang datang check 2 kali sehari, tapi kita ni risau la kalau dia lapar tetengah malam ke apa kan.

Sedih, nampak dah tua sangat dia.. Dah la kaler hitam, uban-uban tu memang obvious dah

Hari raya ketiga, staff bawak MJ ke klinik untuk subcut lagi. Macam biasa, diorang akan update keadaan MJ. Makan ke tak, berak banyak mana, kencing banyak mana, minum air sendiri ke tak. Masa MJ sihat, berat badan dia 4.6kg. Masa kali pertama bawak dia ke vet waktu sakit tu, berat badan dia cuma 3.4kg.

Lepas 2 minggu macam tu, kami nampak perubahan positif pada MJ. Dia dah mula minum sendiri. Tapi minum yang amat banyak. Kucing CKD memang banyak minum. Sebab buah pinggang dia tak dapat nak proses air tu dengan baik. Dia minum banyak, dia akan kencing banyak jugak. Jadi selalu rasa dahaga. Takpe lah, janji minum kan. Kalau tak minum kang, dehydrated pulak lagi susah. Makan masih belum. Jenuh la kami dok tukar-tukar wet food. Dari tuna ke ayam, ke turkey, ke salmon. Ehh memacam flavor la. Konon nak tengok yang mana satu kesukaan dia. Kalau dia boleh cakap dia nak makan apa kan senang. Hahaha..

Staff begitu eksaited bila nampak MJ minum sendiri. Siap snap amik gambar pastu hantar kat Whatsapp group bagi sumorang tengok. Maka bersorak sorailah kami semua haha..

Imagine la kitorang sampai kira berapa bijik kibbles dia makan. Letak 20 bijik je, lepas tu setiap hari kira berapa banyak yang luar, berapa banyak yang jatuh, berapa banyak yang patah. HAHAHAHA!. MJ makan Royal Canin Renal, so far dia memang suka. RC Renal ni, vet prescription diet, so memang klinik veterinar sahaja yang jual. Petshop takde jual tau.

Makanan kucing yang ada sakit macam CKD ni, kita tak boleh sesuka hati tukar makanan dia. Baik dry food, atau wet food. Better consult dengan vet dulu, sebab kena bagi makanan yang sesuai untuk kucing CKD jugak.

Sehinggalah lebih kurang 2 bulan kemudian, kami nampak air liur dia asyik meleleh. Bawak ke vet, doc cakap gigi dia reput dan rosak. Doc suggest cabut giginya, kami setuju je lah kan, sanggup buat apa je untuk kucing asalkan dia happy dan sihat.

Tetapi, tidaklah kami tahu bahawa ubat bius sangatlah merbahaya untuk kucing tua apa lagi penghidap CKD 🙁

MJ collapsed selepas settle prosedure cabut gigi tu. Amik masa yang lama untuk sedar, dan lepas sedar tu, dia tak bergerak! Duduk je macam patung sampai kami takut nak pergi sentuh dia, takut dia dah tak bernyawa 🙁 Kami bawak dia ke vet, doc test darah dan bacaan kidney dia masa tu dah sampai Stage 3 dah! Sedihnya, tak payah cakap. Bacaan darah dia sampai terkeluar dari graf sebab tinggi sangat.

Doc subcut MJ, sebab dehydrated sangat.

Tapi subcut buat badan MJ jadi sejuk. Kami dah kecut perut. Janganlah jadi apa-apa dekat dia. Melilau carik heating pad. Bila time carik tu, mula la tak jumpa kan. Kalau tidak, merata-rata je nampak orang jual heating pad tu. Akhirnya dapat juga order.

Sementara tunggu heating pad sampai, kami letak air panas dalam botol dan balut dengan towel untuk panaskan badan MJ.

Hati berdebar toksah cakaplah. Rasa bersalah pun ye jugak. Adakah aku berdosa sebab setuju untuk cabut gigi MJ? Tapi kalau tak cabut, dia rasa sakit dan tak boleh makan, satu penyeksaan juga tu. Malam tu tak boleh tidur, asyik teringat macam manalah MJ kat kedai. Macam manalah bila air tu dah sejuk nanti kan, mesti badan dia sejuk semula.

Tapi MJ ni sangat kuat semangat. Dia lah kucing yang paling tua bawah jagaan kami, tapi dialah yang paling kuat. Few days bertarung nyawa, MJ gagah semula.

Dapat bangun makan berdiri pun perlu direport juga hihihi..

Sekali lagi kami bersorak sorai pabila mengetahui yang MJ semakin sihat lepas pegi follow-up check-up 🙂

Sekarang ni, kami dah tukar supplement MJ. So far nampak dia serasi sangat dengan supplement tu.

Zendin ni supplement untuk urinary health – sesuai untuk anjing dan kucing

Fungsi dia sama macam Nefrotec, juga sesuai untuk kucing yang kena batu karang atau crystal. Yang buat ia berbeza, Nefrotec kena makan 2 kali sehari, tapi Zendin cuma sehari sekali dan ubat dia pun kecik je. Bulat dan nipis. Kaler purple sebab dia mengandungi ekstrak Cranberry.

Sebotol ada 60 biji. So kalau makan sehari sekali je, dapat la tahan untuk 2 bulan kan. Harga dia dalam RM56 sebotol.

Ini pula Cordy Plus

Cordy Plus ni pulak fungsi dia untuk menyegar dan menyihatkan buah pinggang, paru-paru, dan boleh bertindak sebagai supplement untuk hilangkan tear stain. Tear stain ni yang mata sentiasa berair macam kucing Persian flat face tu. Boleh juga mengawal immune system kucing.

Cordy Plus ni pun ada 30 biji sebotol. makan 1 hari sekali je. Harga dalam RM55.

Setakat ni MJ memang serasi dengan dua jenis supplement yang dia kena makan seumur hidup ni. Dedua pil yang kecil dan nipis, makan sehari sekali je. Kesian juga kalau kena makan ubat sampai 2 kali sehari, dah la kena makan sepanjang hayat kan. Kang stress pulak.

Kalau korang ada kucing yang tua macam 7 tahun ke atas, better tukarlah makanan diorang. Bagi yang Senior diet pulak. Sebab senior diet biasanya kandungan protein dan phosphorus tak tinggi supaya dapat jaga buah pinggang. Macam kes MJ, dari mula kami bela dia, memang dia makan RC 7+ untuk kucing tua. Bayangkan kalau kami tak jaga pemakanan dia, maybe dah lama dulu dia sakit kot?

Pastu kan, ni nak share lah simptom atau tanda-tanda kucing kena CKD, dan MJ pun memang tunjukkan kebanyakan tanda-tanda ni masa dia sakit dulu.

  • kerap kencing dengan banyak
  • kuat minum air. Kalau minum air tu lama sangat
  • berat badan merosot dengan mendadak
  • muntah atau cirit birit atau kencing berdarah
  • ulser pada mulut terutamanya pada gusi atau lidah
  • mulut atau nafas berbau
  • bulu sangat kering dan tidak terurus
  • sembelit
  • lemah badan

Berehat dalam banglo 2 tingkat beliau

Seronok layan MJ ni. Sebab dia seekor kucing yang sangat ayu, manja dan bersopan santun. Cage dia paling kemas. Takde pasir bertaburan, makanan tak bertabur, air tak tumpah. Selalu bersih je. Air MJ memang kami letak 2 bekas masa dia sakit dulu. Sebab dia banyak sangat minum air masa tu. Kalau memain dengan dia pun tak pernah keluar kuku. Kekadang dia pegang muka kita, terharu sangat. Memang jauh sungguh beza dengan perangai dia masa sebelum rescue dulu. Makan ubat pun relax je takde nak melawan ke apa.

Jangan taktau kami siap boleh main cak cak dengan dia tau hahaha.. kelakar pulak rasa main cak cak dengan kucing tua. Sebab dia baik sangat macam baby kan.. so kena la main cak cak 🙂

Kalau kita lepaskan dia memain, dia akan jalan slow je meronda sana sini. Lepas tu kalau kita tak jumpa carik dia, hanya perlu panggil, “Babygirl… mana babygirl ni..?” – nama je MJ tapi sumorang panggil dia Babygirl ok -_-

Dan muncullah beliau dari tempat persembunyiannya hahaha..!!

Sekarang ni alhamdulillah MJ nampak sihat, makan selera dan cergas. CKD ialah penyakit yang takkan sembuh, tapi sekurang-kurangnya kita berusaha supaya dia dapat hidup lebih lama. Doakan MJ terus sihat dan happy selalu ya 🙂

Macamana Nak Pelihara Kucing Sewaktu Kita Hamil?

Artikel ini dibawakan khas oleh Sookie’s Store, Kuantan
 

Artikel di bawah ialah berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Pendapat dan pengalaman orang lain sewaktu hamil, mungkin berbeza-beza, jadi berlapang dada lah
 

Hai semua, entry ini kakak update lagi sebab dulu ada satu baby, sekarang dah ada dua baby hehe.. Syazriq dah jadi abang sejak 28 Februari 2017 yang lalu, jam 12:10pm

Ni la Syazran, waktu umur dia 24jam.. baru lahir je dah double chin hahaha

Ramai pencinta kucing yang mungkin tertanya-tanya adakah selamat untuk kita bela kucing sepanjang pregnancy, dan selepas bayi dilahirkan. Jom kakak nak kongsi pengalaman mengandung dan menjaga baby dan para meow yang penyibuk :p

Kadang-kadang sebak bila tengok kat group group kucing, ada yang bila disahkan mengandung je, terus letak kucing for adoption. Dengan alasan, “Orang cakap tak boleh bela kucing masa mengandung, nanti keguguran,”

Padahal sebelum mengandung, kucing tulah yang kita belai, yang kita sayang, yang tidur sekatil sebantal dengan kita, yang kita minta doakan sekali supaya kita murah rezeki dan dikurniakan zuriat..

Pada bulan March 2015, kakak disahkan pregnant 6 minggu. Gembiranya hati bukan kepalang. Sebab menunggu si kecil hadir dalam hidup kami hampir 5 tahun. Bila dah menunggu lama, pastilah nak jaga kandungan sebaik mungkin, betul tak?

imageInilah Syazriq masa baru dilahirkan pada 8 November 2015, 2:50pm, 3.5kg beratnya.

Jadi masa first visit dengan doktor, memang kakak terus inform pada doktor yang kami ada lebih 60 ekor kucing, dan ada yang tidur sekatil dengan kami. Adakah ianya selamat untuk kakak dan kandungan?

Doktor cakap, tak ada masalah. Cuma dinasihati jangan uruskan litter box kucing. Sebab najis kucing mungkin ada sejenis parasit yang dinamakan Toxoplasma gondii. Kuman ni boleh menjangkiti janin dan menyebabkan keguguran. Jika terpaksa uruskan litter box, pastikan pakai sarung tangan. Begitulah kata doktor.

“Mungkin” ada bukan bermaksud semua taik kucing ada parasit ni ya. Kena paham kat situ..

Toxoplasmosis is a disease caused by the parasite Toxoplasma gondii, which can be found in garden soil and raw meat. Cats can get toxoplasma infection by killing and eating infected prey. 

Cats most often become carriers of toxoplasmosis by killing and eating wild animals who have been infected.

Kebanyakan kucing menjadi pembawa toxoplasmosis apabila ia membunuh dan memakan haiwan liar yang telah dijangkiti.

Once a cat is infected, the parasite multiplies in his intestines until immature eggs called oocysts are shed in his feces.

Setelah kucing itu dijangkiti, parasit tersebut akan membiak dalam usus kucing itu sehinggalah telur telur yang tidak matang yang dinamakan oocysts keluar melalui najis kucing.

Although people can be infected through contact with cat feces, the far more common way for someone to have contact with the parasite that causes toxoplasmosis is through unhygienic handling of raw or undercooked meat, drinking contaminated water and exposure to garden soil or sandboxes where infected cats may have defecated. People do not get the disease through direct contact with the cat himself.

Haa.. sekarang nampak tak kat mana parasit Toxoplasma ni datang? Dari tanah dan daging mentah pun boleh. So kalau kucing kita indoor dan kita tak bagi makan raw meat, tak perlulah kita risau. Satu lagi contoh, kita ni takde bela sekor kucing pun. Tapi kita ada tanam sayur belakang rumah, lepas tu ada kucing jalanan yang dijangkiti Toxoplasma ni berak kat tanah kita. Tanaman kita pun terdedah dengan “oocyst” dan boleh menyebabkan Toxoplasmosis tau.

Syazran senyum dengan mata sekali senyum 🙂

Walaupun manusia boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan najis kucing, tapi sebenarnya cara jangkitan paling biasa untuk seseorang itu dijangkiti Toxoplasmosis ialah melalui daging mentah atau sayur-sayuran yang tidak diuruskan dengan bersih, daging yang tidak dimasak sepenuhnya, minum air tercemar, dan terdedah pada tanah di mana kucing yang dijangkiti tu berak. Kucing itu sendiri tidak akan menjangkiti manusia melalui sentuhan.

Jadi kenapa harus kita menjauhkan diri dari kucing? Tak berdosa pun kucing tu. Kesian la tak pasal pasal je kena adopt out la.. kena jual la.. paling parah kalau kena buang. Kena tuduh bawak penyakit, bawak maut pada baby 🙁

Dan untuk pengetahuan semua, kakak tanya pasal kucing ni pada 3 orang doktor sakit puan yang berlainan. Semua jawapan yang diterima adalah sama – tak ada masalah nak bela kucing as long as elakkan handle litter box. Pakai glove jika terpaksa.

Tak ada doktor yang suruh kakak buang kucing ke, bagi for adoption ke, jual kucing ke.. semua ok je walaupun kakak cakap kami tidur sekatil dengan kucing. Muka doktor pun relax je bila kakak bagitahu ada banyak kucing. Takde pun terperanjat ke apa bila kakak cakap ada berpuluh kucing.

wp-1474957127135.jpg

tengok la kain bedung pun tak muat.. haha.. masa ni Syazriq dalam 5 bulan kot umur dia

Ni pulak Syazran masa umur 5 bulan

Kalau sebelum mengandung, si isteri yang uruskan litter box.. suami boleh la tolong amik alih tugas isteri tu. Ataupun kalau tinggal dengan family, upahlah adik adik tolong uruskan litterbox meow, hehe.. Kalau nak, 1000 daya, tak hendak, 1000 dalih betul ke tak betul?

Alahan? Ya kakak pun kena alahan yang teruk pada trimester pertama. Teruk sangat sampai rasa macam tak boleh bangun. Bila bangun je nak tumbang. Selalu pitam. Bila tak makan, lapar. Bila makan, muntah pulak. Dalam handbag sentiasa ada minyak angin.

Tapi alhamdulillah tak ada alahan yang teruk dengan bulu kucing. Sebab kami memang letak ubat kutu dan bagi ubat cacing pada semua kucing setiap 3 bulan. Tak perlu tunggu ada kutu baru nak letak. Memang itulah rutinnya. Kucing kami hampir 60 ekor semuanya indoor, langsung tak jejak tanah dan semuanya telah dimandulkan. Memey adalah yang paling manja dengan kakak sepanjang kakak pregnant. Teman kakak selalu. Bila kakak berehat, dia takkan lepaskan peluang duduk atas perut. Dari perut kecik, sampailah dah dekat nak beranak pun dia tetap setia jaga perut kakak, hahaha.. Sekarang ni, Memey, Syazriq dan Syazran berebut-rebut nak duduk atas pangku. Pantang ada kekosongan atas pangku, siapa cepat, dia akan dapat duduk atas pangku kakak.

advantage

kami bagi meow kami semua pakai Advantage Spot On ni

Advantage Spot On ada 2 size.. Size S untuk kucing below 4kg.. Size M untuk kucing above 4kg.

Sepanjang mengandungkan Syazriq dan Syazran, kakak tetap menguruskan kucing-kucing yang sakit dan perlukan attention. Kakak tahu, kucing-kucing tu pasti doakan yang baik-baik jika kita ikhlas bantu mereka. Tidak dinafikan immune system kakak sangat menurun sepanjang pregnancy. Mudah demam, mudah selsema, batuk, dan siap kena keracunan makanan lagi sampai kena warded 4 hari. Masa tu dah pregnant Syazriq 6 bulan.

Doktor cakap, sewaktu mengandung memang immune system kita akan jadi rendah. Tapi bukanlah sebab kucing kot. Tak pernah terlintas pun nak salahkan kucing. Doktor cuma nasihat makan makanan berkhasiat, jangan skip waktu makan dan makan ubat yang dibekalkan. Ubat yang doktor bagi tu jangan buat perhiasan. Ingat anak yang dalam kandungan tu yang perlukan ubat tu ok. Jangan nanti if jadi apa-apa, salahkan kucing pulak. Padahal diri sendiri yang tak mahu makan ubat yang doktor bagi.

Ingat lagi, kakak tak boleh makan Folic Acid. Setiap kali makan, mesti akan pening kepala melampau, muntah, loya dan macam-macam lagi. Bila rujuk pada doktor, doktor suruh makan ubat tu waktu malam. Lepas makan ubat, terus rehat baring atas katil atau tidur. Alhamdulillah, memang lepas tu kakak ok, sebab lepas makan ubat, terus tidur.

Bahaya tak bagi kucing rapat dengan baby? Takutlah nanti anak kena allergy pulak.

Credit: Saryah Othman Facebook – terima kasih

Nampak tak point 1, 2 dan 3 kat bawah sekali tu? “Pet exposure in early infancy does not increase the risk of allergy.” Yang penting, kita sebagai parents kepada baby dan kucing tu, kena la amik langkah berjaga-jaga. Kesihatan anak kena jaga, kesihatan dan kebersihan kucing pun kena jaga. Takde masa nak mandikan kucing? Pergilah hantar grooming, kita pun tak penat nak uruskan kucing mandi dan keringkan dia ye tak? Ubat kutu dan ubat cacing tu jangan culas nak bagi ikut rutin yang sepatutnya.

Syazriq dengan abang Jeyiboy

imageSyazriq dengan kakak Memey

imageSyazriq dengan abang Ciko

Syazriq dah diperkenalkan dengan kucing kami sejak kakak dalam pantang lagi. Hari ke 30. Sebab selama 28 hari selepas melahirkan, kakak duduk kat Tendercare Confinement Centre. So balik rumah masa hari ke 30. Memang kami takde la nak suruh kucing tidur luar ke apa. Semuanya seperti biasa.

Akan tetapi, opkos la kakak jadi cctv sentiasa perhatikan baby dan meow. Sebab masa tu first experience kan.. Kita pun sepanjang masa dok pesan pada meow jangan kacau adik sleep, jangan usik adik, sayang adik.. diorang pun seperti mendengar kata. Sehingga ke hari ni, Syazriq dan Syazran tak pernah kena cakar ke atau kena gigit dengan meow ke.. semua sayang kat dia.

Kalau Syazriq, masa hari ke 30 baru jumpa meow, Syazran masa dua tiga hari lepas dilahirkan, dah tidur dengan Kakak Memey, sebab kali ni kakak berpantang kat rumah, amik pakej jagaan lepas bersalin dari Natalis Mother Care & Beauty Spa, so berpantang kat rumah je sebab confinement lady duduk sekali kat rumah 🙂

Kakak Memey memang dari zaman Syazriq, dia suka jaga baby. Kakak pun sangat percayakan dia, so biar je dia nak menempek dengan baby. Baby pun suka rasa body heat meow kan, lena je tidur.

Abang Ciko pun boleh jaga baby, tapi dia prefer jauh sikit sebab adik tidur lasak hahaha

Adik dah besar sikit baru tidur rapat serapat yang mungkin

Kakak nak share tips pada mereka yang baru nak intro baby atau kanak-kanak dengan kucing. Boleh juga digunakan bagi mereka yang baru first time nak bela kucing tapi ada anak kecil di rumah.

Pilihlah untuk membela kucing dewasa. Elakkan pelihara kittens jika rumah kita ada baby atau kanak-kanak di bawah usia 8-9 tahun.

Ala kenapa nak kena bela kucing dewasa? Kittens la cute. Anak saya suka kittens, sebab tu saya nak bela kittens.

Ye cute memang cute. Tapi kittens ni behaviour dan temperament diorang lain berbanding kucing dewasa. Kittens tak pandai bertenang. Kittens tak tahan tengok benda yang bergerak gerak macam kaki dan tangan baby. Nanti dia nak terkam sebab dia ingat orang ajak dia main. Kuku kittens sangatlah tajam sampaikan dia boleh panjat dan berpaut pada kaki kita macam tu je. Sangkut kuku dekat kulit. Haaa.. dah terbayang tak pedihnya macam mana? Dan boleh bayang tak kalau badan baby yang kena kuku kittens tu? Sakit berganda kot. Siapa bela kittens dan tak pernah kena paut dengan kuku kat kaki tu, memang terrer laaa :p

Kanak-kanak bawah usia 9 tahun pulak biasanya terlebih excited dengan kittens. Nanti kittens tu pulak yang trauma kena picit la, kena tarik ekor la, kena campak la, rendam dalam air la. So sebagai ibu bapa, kita kena la consider kebajikan haiwan, dan keselamatan anak kita, betul tak? Kucing pun bernyawa tau. Jangan kita ingat kucing tu suka kena buli dengan anak kita, mementang kucing tu takleh bercakap kan. Dan jangan fikir perbuatan anak membaling kucing, tarik ekor kucing tu benda yang kelakar. Jangan biarkan anak kita abuse haiwan.

Selain dari itu, kittens juga suka bermain dengan benda kotor. Contohnya, bermain dalam litter box, terutama jika kucing tu duduk dalam sangkar. Memang litter box akan jadi tempat permainan dia, kadangkala tempat tidur. Jadi tentulah tak bersih jika dibiarkan bermain dengan anak-anak kita pulak kan. Kucing dewasa biasanya akan masuk litter box untuk melepaskan hajat je.

wp-1474957019695.jpg

Kucing dewasa juga lebih relaks. Lebih bertenang. Lebih mendengar kata. So kalau adik kecik tu goyang kaki macam mana pun depa buat derk je hahahaha. Kita pun tak risau sangat sebab kucing dewasa badannya lebih besar, takde la fragile sangat macam kittens.

“Abang Ciko, ibu citer masa kekecik, abang Ciko ni penakut, betul ke? HAHAHA”. Sebagai abang yang handsome, abang Ciko iyekan je la sebab abang Ciko malas nak gaduh dengan Syazran :p

Bila baby atau kanak-kanak tak merasai kenangan pahit atau trauma kena cakar ke atau kena gigit kucing ke, mereka akan membesar sebagai seorang yang tidak takutkan kucing dan pandai bergaul dengan kucing. Dia akan faham yang kucing tu kawan, bukan mainan yang boleh dibaling atau dirosakkan.

wp-1474957064237.jpg

Syazriq je kemain ceria, abangnya muka whatever sangat hihihi.

Kita pun kenalah pastikan kuku meow sentiasa pendek bila rumah kita ada baby atau kekanak. Wajarkah kita pukul atau buang kucing sebab dia tercakar anak kita, padahal anak kita yang tarik ekor dia? Lepas tu salah kita pulak sebab tak potong kuku kucing tu.

Kakak Sookie tolong jaga Syazran.

Tapi selalunya, beliau pun akan terlentang sama haha

wp-1474956960688.jpg

Syazriq belajar merangkak dengan kakak Sookie

Ya, sampai satu stage baby akan jadi sangat lasak dan mungkin dia yang akan buli meow tu. Masa stage ni, kita kena nasihat anak kita pulak. “Kena main baik-baik dengan meow. Jangan kasar, tak baik.. kesian meow. Meow tu sayang adik..” Kena tegur anak kita kalau dia tarik bulu kucing, pukul kucing atau apa-apa aksi yang menyakitkan kucing tu. Kakak sendiri pun sound Syazriq dan Syazran kalau diorang start nak main kasar dengan kucing, walaupun kucing kami memang sangat sangat pasrah time main dengan adik. Ingat baby tak faham ke kalau kita tegur dia? Kalau kita suruh dia tepuk tangan, pastu dia tepuk tangan, maksudnya dia boleh faham la apa kita cakap jika kita ulang dan ulang benda yang sama setiap hari. Betul tak?

wp-1474956892890.jpg

Bila anak kita dah besar dan kita yakin sepenuhnya yang mereka akan sayang kucing tu, haa masa tu boleh la consider nak adopt kittens pulak hehe..

wp-1474956840529.jpg

Abang Ciko sayang kita ke, sayang ibu? Haa.. jawab la, jawab!

wp-1474957156855.jpg

Syazriq masa kecik tidur berhimpit dengan kakak Sookie. Siap pegang tangan hahaha..

Oh nasib baik tak lupa.. ni untuk mereka yang ada masalah alahan dengan bulu kucing atau resdung sewaktu pregnancy. Kakak faham alahan mengandung ni memang luar biasa peel dia, masa belum pregnant ok je semua, bila time pregnant je mula la nak resdung la, tak tahan bulu la.. (kakak dulu tak tahan bau shampoo ok, masa mandi je wek wek sana, wek wek sini.. menahan loya sebab tak tahan bau wangi hahahah)

Haa.. ni nak share, korang boleh gunakan nasal spray ni. Doktor yang suggest dan ianya selamat digunakan sewaktu mengandung. Kakak pun pakai jugak sebab kakak pun ada resdung. Letih tau bersin bila mengandung ni. Kadang rasa sampai nak terkencing sebab pundi kencing ibu mengandung kan memang rendah hahaha..

image

Gunakan spray ni sehari sekali, setiap hari. Memang nampak improvement. Selepas satu bulan consume, doktor cakap bahagian dalam hidung dah kurang bengkaknya. Sebelum pakai nasal spray ni, doktor cakap bahagian dalam hidung kakak bengkak sebab kerap sangat bersin dan hembus hingus.

Nasal spray ni sapa sapa pun boleh guna. Kot suami yang resdung ke, bolehlah ikhtiar guna nasal spray ni. Eh tapi jangan share plak. Belilah yang baru. Cari kat farmasi. Nak kata sembuh terus tu takdelah sembuh, tapi at least takde la dok bersin sepanjang masa. Sangat suffer ok. Hahahaha..

Oklah, dah panjang ni.. kakak akhiri entry kali ni dengan ucapan tahniah kepada mereka yang bakal menimang cahaya mata, ingatlah bahawa kucing itu bernyawa, kucing itu keluarga, janganlah dibuang sesuka hati macam sampah bila kita tak perlukannya lagi. Semoga kita semua dilimpahi rezeki bila kita berbuat baik pada binatang.

Salam sayang dari Syazriq dan Syazran

Sookie’s Store terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan. Buka jam 12 tengahari hingga 11 malam. Tutup setiap Isnin
 

Source: Toxoplasmosis in Cats

Tracker Dikyuh

Sookie’s Store terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan. Sila layari Facebook kami Sookie’s Store
 

Hai semua, hari ni Dikyuh the fashionista take over blog kakak hari ni. Sebab Dikyuh ada benda best nak kongsikan dengan semua pecinta kucing semua.

Click here to Read More

Maid Tuan Ihsan

a3ccbb15-eece-4218-851e-2d58e4ee18b5

Ini Cindebella

Cindebella merupakan anak sebatang kara yang telah kehilangan ibu kandungnya. Beliau dibesarkan oleh ibu tiri garang yang juga telah meninggal dunia kerana sakit tua. Cindebella mempunyai seekor kakak tiri yang bengis lagi bengkeng bernama Cindymon. Cindebella sangat takut dan benci pada kakak tirinya yang kerap kali mendera beliau dengan memaksa Cindebella makan. Ya, itulah cara paling keji yang dilakukan oleh Cindymon untuk memastikan Cindebella selalu sakit perut dan cirit birit akibat makan berlebihan. Muahahahaha!!

Click here to Read More