Archive of ‘Kuantan’ category

Macamana Nak Bagi Bilik Kucing Tak Berbau?

Artikel ini dibawakan khas untuk anda oleh Sookie’s Store, Kuantan
 
Artikel di bawah ialah berdasarkan pengalaman kami sendiri. Pendapat dan pengalaman orang lain sekiranya mengamalkan teknik yang sama, mungkin berbeza-beza, jadi berlapang dada lah
 

Semua yang pelihara kucing pasti hadapi masalah macam mana nak make sure rumah kita takde bau yang kurang menyenangkan, betul tak? Bela seekor pun kalau salah tekniknya, boleh menyebabkan satu rumah berbau, apatah lagi kalau bela berpuluh ekor kan?

Kita rasa malu bila tetamu datang rumah dan buat muka berkerut-kerut macam tahan napas. Takpun kalau dia ada anak kecik, tetibe anak dia sound, “Eh, rumah auntie/uncle ni bau busuk la macam taik kucing,” pastu satgi mak dia cuit cuit dia bagi sign jangan cakap bukan-bukan, hahaha..

Kat dalam Facebook ke Twitter ke boleh la kita merempan cakap “Ini rumah aku, suka hati akulah nak bau kucing ke apa,”.. tapi jauh di sudut hati, kita sebenarnya rasa malu bila ditegur macam tu, betul tak?

Hari ni kakak nak share cara-cara untuk pastikan rumah kita sentiasa berbau segar walaupun kita ada ramai kucing. Paling tidak pun, takde la sampai orang kena tutup hidung bila masuk rumah kita.. hehe..

Click here to Read More

Maharani Seira

Hai, nama kita Seira.

Tapi tu nama glamer la. Nama asal sebenarnya Serabut. Nama sekarang, Maharani Balu Seirabut Al Kucar Kacir hahahaha.. dapat gelaran maharani balu sebab kita takde suami, tapi bunting sewaktu direscue kikiki.. Emm.. kakak cakap, kawan dia yang bagi idea suruh letak nama Seirabut. Sebab masa mula-mula tinggal dengan kakak, kita memang serabut pun serupa hantu.

Tak percaya? Nah bukti ?

Click here to Read More

Sookie’s Store

Alhamdulillah..

Tu yang aku nak cakap mula-mula.. Alhamdulillah sebab kita semua dah selamat menjalani ibadah puasa dan meraikan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ni. Dah puas makan rendang? Raya tahun ni aku demam. Jadi tak berapa nak happening sangat. Sebab mulut ulser, tekak sakit dan sekarang tengah batuk teruk dan selsema. Kesian aku..

Ada satu lagi..

Alhamdullillah sebab Sookie’s Store, The Pet Boutique sudah pun dibuka seminggu sebelum raya haritu..

20130801_232535

Oh Tuhan.. syukur sangat..

Finally kan. Daripada sebuah kiosk kecil. Kepada sebuah kedai yang lebih selesa. Selesa untuk para pelanggan, terutamanya 🙂 Kami bermula secara susah payah dari bawah. Harungi macam-macam rintangan dan cabaran. Sesungguhnya aku sendiri tak percaya yang cita-cita aku nak buka sebuah pet shop kini dah jadi kenyataan. Hehehe..

Jom kita tengok gambar. Visual bagi mereka yang berada di luar Kuantan yang masih belum ada peluang nak ke Sookie’s Store 🙂

20130728_014959

Serba sederhana

Sookie’s Store masih baru. Barang pun nak cakap banyak tu, tidaklah. Tapi kami cuba sedaya upaya bawakan cat food dan aksesori yang berkualiti dan mampu dibeli untuk mereka yang berada di sekitar Kuantan.

20130801_122216

Hime’s Fashion Department

Memang aku namakan macam tu. Nanti nak letak signboard kecik tulis “Hime’s Fashion Department” kat area ni. Hehehe.. Butik mini yang menyediakan baju-baju comel untuk kucing kesayangan korang. Eh bukan kucing je tau, anjing pun boleh muat baju-baju ni semua. Sekarang ni pun kucing lagi besar dari anjing hehehe..

20130801_232340

 Nah! pilih lah sampai juling.. hehehe.. Tu pun aku letak serba sedikit je ni.. Sebab dah tak muat space!

20130801_122426

Kat area ni ada Blackwood dan Nature’s Protection

Haa.. sekarang tengah promosi hebat untuk barangan Nature’s Protection sempena pembukaan kedai nih. Diskaun 30% untuk Nature’s Protection Kitten 2kg, Indoor 2kg dan Sensitive Digestion 2kg. Contohnya harga asal Nature’s Protection Kitten 2kg sebelum ni ialah RM49.90, lepas diskaun cuma RM35 je. Jadi marilah datang ke Sookie’s Store. Atau kalau nak beli online pun takde masalah, boleh hubungi kami kat Facebook Sookie’s Store.

20130801_181722

Ini tak perlu diperkenalkan lagi, Royal Canin

Kami bawa masuk semua range Royal Canin yang terdapat dalam pasaran Malaysia hehehe. Jadi pelanggan lebih banyak pilihan 🙂

20130726_195738

Natural Balance dan Matisse

Matisse ni ialah makanan yang baru masuk Malaysia, tapi memang hot stuff. Most customer yang beli Matisse cakap kucing diorang suka. Harga pun berpatutan, lebih kurang Blackwood. Nutrisi pun hampir sama.

Natural Balance pulak sesuai untuk mereka yang ada kittens dan adult cats dalam rumah. Sebab dia suitable for all life stages 🙂 Ada beberapa jenis dry food lagi yang ada kat Sookie’s Store macam Pronature Original, Pronature Holistic, 1st Choice, Taste of the Wild, Cat’s Eye, Star Pro dan KisKis.

20130726_195752

Cat Litter Department

Setakat ni pasir jenis Fussie Cat je yang ada. Tapi ada semua bau. Apple, Lemon, Rose, Peach, Jasmine. Lepas tu ada yang jenis recycle paper, paper, soybean. Crystal cat litter pun ada. Slowly lah kita tambah lagi jenis-jenis lain ya. Hehe..

20130801_234058

Ini ialah staff baru di Sookie’s Store

Nama dia Bella. Nama sebenar dia Isabella Cullen. Panggil Bella je. Bella ni bunting. Maaf lah staff aku memang manjang je bunting. Dulu si Seri. Seri sekarang dah bahagia dengan keluarga baru.

Tapi Jerry tetap la pegang jawatan penting ya, iaitu Chief Cashier.

IMG-20130725-00065

Ya, ada apa-apa yang saya boleh bantu?

Jerry tengah bercuti sekarang. Kakak Sookie beliau, selaku tauke di Sookie’s Store bagi beliau bercuti dulu sementara para pencacai beliau (aku) boleh mengemas. Jadi sekarang Tuan Ahmad Jerry sedang duduk melepak di rumah, membesarkan bontot.

IMG-20130802-00073

 Salesgirl baru – Isabella

Apa nak buat, dia ni asal dapat port je nak tidur. Dulu masa mula-mula waktu perut kecik lagi, ada jugak dia berjaga. Sekarang ni bangun untuk makan je. lepas tu sambung tidur. Sampai kena kejut okey, baru dia bangun. Sabar jelah.

20130801_234358

 Pandangan hadapan

Laluan khas buat pelanggan Sookie’s Store. VIP tau. HAHAHA.. Walaupun entry ni nampak macam advertisement untuk kedai sendiri (hihihi) tapi sebenarnya niat aku nak bagitahu bahawa inilah sebabnya aku lama tak update blog. Sebab sibuk menguruskan itu ini. Letih toksah cakap la, sebab pindah masa bulan puasa kan. Fuyoh.. Kalau betul-betul all out pun, waktu malam lepas berbuka. Kadang-kadang tak tidur sampai jam 7 pagi sebab sibuk mengemas, mengemop, menyusun dan tah apa-apa lagi.

Raya hari tu pun cuma beraya kat kampung je. Sampai Kuantan je, memang takde beraya rumah sape-sape pun lagi. Jadi harap maaf la kawan-kawan, tahun ni tak dapat beraya rumah korang. Cewah macam la tahun lepas pegi beraya pun kan kih kih..

Oh ya, kepada mereka yang masih belum cekidaut FB baru Sookie’s Store, boleh la pegi LIKE sekarang hehe.. Manalah tahu kot ada benda yang berkenan kan.. Online sales? Takde masalah. Kami boleh poskan. FB Izzy Pets dulu, selepas ni takkan diupdate lagi. Bukan aku sengaja mengada-ngada nak banyak page ye, tapi Facebook ni keji sikit. Bila dah sampai 1000 likes, dia dah tak bagi tukar nama profile. So aku tak boleh nak tukar Izzy Pets tu kepada Sookie’s Store. Pening pulak orang kalau page nama lain, kedai nama lain kan. Ala sorry la.. dulu tak terfikir pun nak buka kiosk atau store :p

Anyway, kalau nak datang ke Sookie’s Store.. ni ialah alamat kami 🙂

Sookie’s Store
B10, Ground Floor
Jalan Teluk Baharu 5
Tanjung Lumpur
26060 Kuantan
Pahang

FB: http://www.facebook.com/Sookies.Store
Contact: 012-9379037 (boleh call, sms atau Whatsapp)

Raya

Haa.. budak-budak ni semua kirim salam sayang. Kalau rindu, tataplah gambar ni. HAHAHAHA..

Babai 😀

KARE’s Cat Charity Event 2013–The Event

Mari kita mulakan entry dengan ketawa sikit, hahahahaha.. sebab entry ni entry basi. Nak cerita pasal KARE’s Cat Charity Event 2013 yang diadakan di University College Shahputra pada 17 March 2013 yang lepas. Err.. lebih sebulan lepas. Hey sebenarnya cecita aku tinggi tau, nak update sehari selepas event. Tapi apakan daya, masa amat mencemburui kita. Sedangkan entry sendiri pun berbulan baru update cerita lama. Heh.

Baiklah.

(more…)