Archive of ‘Majlis Ilmu’ category

Neutering: Macamana Nak Jaga Kucing Selepas Pemandulan

Artikel ini dibawakan khas untuk anda oleh Sookie’s Store, Kuantan
 
Artikel ini dibuat berdasarkan pengalaman kami sendiri. Pendapat dan pandangan individu lain mungkin berbeza.
 

Zaman sekarang ni, sudah semakin ramai pecinta kucing yang semakin terbuka tentang betapa pentingnya pemandulan kan? Jom, hari ni kita share macam mana nak jaga kucing, terutamanya kucing betina selepas proses pemandulan. Kakak pilih topik ni sebab selalu dapat whastapp dan message tanya macam mana nak jaga kucing selepas pemandulan.

Tapi sebelum tu, bagi mereka yang masih samar-samar dan masih belum mengerti sepenuhnya kepentingan pemandulan, kakak akan cerita serba ringkas kat sini ya.

Pemandulan binatang peliharaan seperti kucing dan anjing dalam bahasa Inggerisnya digelar sebagai “neutering”. Proses pemandulan boleh dilakukan ke atas kucing jantan dan kucing betina. Masing-masing ada kepentingan tersendiri.

Click here to Read More

How To Use Crystal Cat Litter

Poyo macam biasa, tajuk haruslah ala ala WikiHow kan. Hahaha.

Rasanya mesti ramai yang pernah dengar pasal crystal cat litter kan? Nama lainnya ialah “Silica Gel” Aku sendiri pun dah berkurun dengar, tapi setakat dengar je lah. Guna tak pernah. Sebab macam kurang yakin nak guna. Saiko terlebih sebenarnya. Sebab dari mula dok pakai pasir kan.

Silica gel atau crystal litter ni konsep dia sama je macam menda gel kecik-kecik yang selalu dapat sekali dalam kotak kasut tu. Ingat tak? Ha yang tu lah. Tujuan dia ialah untuk menyerap cecair dan bau. Crystal litter ni mula-mula diinovasikan oleh Dan and Russell Schlueter pada tahun 1999.

Ada la a few kawan-kawan yang pakai crystal ni. Komen yang diterima mostly cakap okey. Jadi aku pun nak try lah jugak.

20130706_175337

Lalu untuk cubaan pertama, aku cuba Careline Silica Crystal Cat Litter, made in Japan hik hik

(more…)

Getting Your First Cat

Amboi tajuk tak menahannn. Nak jugak tajuk ala-ala Wikipedia kahkahkah.. Actually husband dah mula tanya, bila nak buat entry ilmiah sikit? Lalu tertunduk pilu je akak.. sebab nampak nau la entry selama ni tak ilmiah hahahaha..

Selepas di pikir pikir, nak buat tajuk apa lah yang ilmiah.. siap tanya kawan-kawan kat twitter lagi, apa tajuk menarik nak tulis.. lalu aku amik keputusan untuk bagi sedikit guidance kepada mereka yang baru first time nak pelihara kucing, yay! Satu je kalau aku tulis entry ‘ilmiah’, mesti panjang berjela siap membebel bebel lengkap. So pasrah je la yek. Awal-awal warning hahaha..

Sebelum adopt kucing part 1:

(more…)

Kuantan Animal Rescue & Education (KARE)

Hai kengkawan.. Hari ni takde update pasal kekanak riang enam bersaudara tu, mahupun Mak Jemah sekeluarga. Sebab diorang komplen penat sangat dengan kamera ni. Asik-asik bergambar, sampaikan tengah berak pun nak amik gambar, apa kakak ni dah hilang akal ke apa? – Komplen si Aoi, hehe.

So hari ni aku nak cerita pasal persatuan yang aku join, Kuantan Animal Rescue & Education (KARE). Aku pun baru lagi la join. Saja je, demi mengisi masa yang terluang dan untuk bantu haiwan-hawan terbiar setakat yang aku mampu. Persatuan ni berdaftar secara rasmi dengan Registrar of Society (ROS).

Pernah dengar KTAJ? Kucing Terbiar & Anjing Jalanan yang famous dekat Facebook tu? KARE pun lebih kurang sama misinya dengan KTAJ. Tapi memang respect la pada KTAJ yang ada banyakkkk volunteers. Macam kat setiap negeri ada kot volunteers KTAJ. Best kan?

(more…)