Archive of ‘Majlis Ilmu’ category

Getting Your First Cat

Amboi tajuk tak menahannn. Nak jugak tajuk ala-ala Wikipedia kahkahkah.. Actually husband dah mula tanya, bila nak buat entry ilmiah sikit? Lalu tertunduk pilu je akak.. sebab nampak nau la entry selama ni tak ilmiah hahahaha..

Selepas di pikir pikir, nak buat tajuk apa lah yang ilmiah.. siap tanya kawan-kawan kat twitter lagi, apa tajuk menarik nak tulis.. lalu aku amik keputusan untuk bagi sedikit guidance kepada mereka yang baru first time nak pelihara kucing, yay! Satu je kalau aku tulis entry ‘ilmiah’, mesti panjang berjela siap membebel bebel lengkap. So pasrah je la yek. Awal-awal warning hahaha..

Sebelum adopt kucing part 1:

(more…)

Kuantan Animal Rescue & Education (KARE)

Hai kengkawan.. Hari ni takde update pasal kekanak riang enam bersaudara tu, mahupun Mak Jemah sekeluarga. Sebab diorang komplen penat sangat dengan kamera ni. Asik-asik bergambar, sampaikan tengah berak pun nak amik gambar, apa kakak ni dah hilang akal ke apa? – Komplen si Aoi, hehe.

So hari ni aku nak cerita pasal persatuan yang aku join, Kuantan Animal Rescue & Education (KARE). Aku pun baru lagi la join. Saja je, demi mengisi masa yang terluang dan untuk bantu haiwan-hawan terbiar setakat yang aku mampu. Persatuan ni berdaftar secara rasmi dengan Registrar of Society (ROS).

Pernah dengar KTAJ? Kucing Terbiar & Anjing Jalanan yang famous dekat Facebook tu? KARE pun lebih kurang sama misinya dengan KTAJ. Tapi memang respect la pada KTAJ yang ada banyakkkk volunteers. Macam kat setiap negeri ada kot volunteers KTAJ. Best kan?

(more…)

Makanan Kegemaran Si Kenit

Sebenarnya aku nak buat entry lain. Tapi tiba aku termasukkan gambar lain. So layan ajelah ye. Malas pula rasanya nak tukar gambar. Haha. Sebab WordPress ni macam payah sikit bab upload gambar ni. Ke aku yang tak reti entah. So gambar-gambar memang aku upload pakai Windows Live Writer je. Lepas tu entry baru buat kat WordPress sebab WLW aku tu pun bengong boleh tahan. Tak boleh detect theme.

Bulan ni, aku top up lagi bekalan makanan para kekenit ni. Seperti yang aku katakan, makanan kegemaran diorang, kat KL je murah. Kat Kuantan ni mahal. So everytime pegi KL, memang la memborong makanan bagai tiada hari esok.

(more…)