Archive of ‘Petgrass’ category

Bebola Bulu Kucing

Artikel ini dibawakan khas untuk anda oleh Sookie’s Store, Kuantan
 

Hai semua, nama saya ialah Nur Cacing Aurora atau nama manja panggil Aching je. Hari ni Aching nak bercerita pasal tajuk Hairball

Hairball ialah bulu-bulu mati yang meow jilat dari badan sewaktu mereka self-grooming tu. Bila dah terkumpul dalam usus tulah yang dipanggil hairball. Hairball yang dimuntahkan kucing kadang-kadang menjijikkan, yelah sebab diorang muntah kat atas karpet lah, atas katil la, atas lantai la. Ikut dan je kan. Dah tu pulak, masa tu karpet baru pas vacum, lantai baru lepas mop, cadar baru berganti haha.. sabar jelah ye. Tapi bersyukurlah bila hairball tu keluar dan bukannya tersekat dalam usus kucing. Sebab kalau dah tersangkut melekat dalam usus kucing, macam-macam masalah boleh berlaku.

Click here to Read More

Kenapa Kucing Makan Rumput?

Artikel repost ini dibawakan khas untuk anda oleh Sookie’s Store, Kuantan
 

fc9ccabd-f203-4348-9347-cd1640ebc829

Hai, nama kita Hime. Ala, panggil Memey je, barulah manja hehehe.. Kakak kita cakap dia sibuk. Dia suruh kita tolong update blog. Sebab dia cakap kalau kita tak tolong update blog, nanti labah-labah masuk blog ni pun boleh sesat sebab sarang tebal sangat, kih kih kih. Eh lupa pulak, kita ialah yang kaler putih yang macam pakai wedding gown tu tau. Bukannya yang dalam lubang tu. Itu Hachiko nama dia. Dia memang suka menyibuk time kita bergambar, dia pun nak masuk sekali.

Untuk pengetahuan semua, sekarang musim hujan di Kuantan. Cuaca melampau sejuk sampai kipas pun tak payah on. Kerja kami cuma tidur terkangkang seharian. Syok wohh.. Kita harap semua meow takyah la ngengada main kat luar ye musim ujan macam ni, kang demam atau selsema kang lagi susah.

Pada suatu hari…

Click here to Read More