Archive of ‘Review’ category

Kenapa Kucing Makan Rumput?

Artikel repost ini dibawakan khas untuk anda oleh Sookie’s Store, Kuantan
 

fc9ccabd-f203-4348-9347-cd1640ebc829

Hai, nama kita Hime. Ala, panggil Memey je, barulah manja hehehe.. Kakak kita cakap dia sibuk. Dia suruh kita tolong update blog. Sebab dia cakap kalau kita tak tolong update blog, nanti labah-labah masuk blog ni pun boleh sesat sebab sarang tebal sangat, kih kih kih. Eh lupa pulak, kita ialah yang kaler putih yang macam pakai wedding gown tu tau. Bukannya yang dalam lubang tu. Itu Hachiko nama dia. Dia memang suka menyibuk time kita bergambar, dia pun nak masuk sekali.

Untuk pengetahuan semua, sekarang musim hujan di Kuantan. Cuaca melampau sejuk sampai kipas pun tak payah on. Kerja kami cuma tidur terkangkang seharian. Syok wohh.. Kita harap semua meow takyah la ngengada main kat luar ye musim ujan macam ni, kang demam atau selsema kang lagi susah.

Pada suatu hari…

Click here to Read More

Macamana Nak Bagi Bilik Kucing Tak Berbau?

Artikel ini dibawakan khas untuk anda oleh Sookie’s Store, Kuantan
 
Artikel di bawah ialah berdasarkan pengalaman kami sendiri. Pendapat dan pengalaman orang lain sekiranya mengamalkan teknik yang sama, mungkin berbeza-beza, jadi berlapang dada lah
 

Semua yang pelihara kucing pasti hadapi masalah macam mana nak make sure rumah kita takde bau yang kurang menyenangkan, betul tak? Bela seekor pun kalau salah tekniknya, boleh menyebabkan satu rumah berbau, apatah lagi kalau bela berpuluh ekor kan?

Kita rasa malu bila tetamu datang rumah dan buat muka berkerut-kerut macam tahan napas. Takpun kalau dia ada anak kecik, tetibe anak dia sound, “Eh, rumah auntie/uncle ni bau busuk la macam taik kucing,” pastu satgi mak dia cuit cuit dia bagi sign jangan cakap bukan-bukan, hahaha..

Kat dalam Facebook ke Twitter ke boleh la kita merempan cakap “Ini rumah aku, suka hati akulah nak bau kucing ke apa,”.. tapi jauh di sudut hati, kita sebenarnya rasa malu bila ditegur macam tu, betul tak?

Hari ni kakak nak share cara-cara untuk pastikan rumah kita sentiasa berbau segar walaupun kita ada ramai kucing. Paling tidak pun, takde la sampai orang kena tutup hidung bila masuk rumah kita.. hehe..

Click here to Read More

Table For Two

Product review: Cat It Elevated Glass Diner

Hari itu hari Ahad. Hachiko cakap dia nak ajak Hime pegi dinner. Memula dia ajak Sookie pergi sekali. Tapi Sookie cakap dia malas, sebab dia letih baru balik dari kelas yoga Lady Jemah. So Sookie cakap “Korang berdua jelah pegi dinner. Kita nak tido je, letih sangat la hari ni..”

Hachiko cakap “Okeylah, kitorang pegi dulu. Kalau lapar nanti pandai-pandai lah Kakak Sookie cari makan sendiri ye. Kitorang takdenye nak tapau-tapau ni. Sebab lepas dinner nanti nak terus pegi tengok wayang” – gituuuu.. by the time Hachiko menghabiskan ayat dia tu, Sookie didapati sudah pun terlentang tidur. Letih sungguh beliau.

20130117_000226

Hachiko dan Hime menunggu teksi

(more…)

Pet Playground

Haritu kan aku cerita sampai dua budak hitam ni habis shooting malam tu kan? The next day, kami pun check-out. Aku kena hantar dua kesayangan ni ke Pet Playground. Aku syukur sebab dibenarkan pilih sendiri tempat untuk boarding bebudak dua ekor ni.

Lepas buat research kat Internet dan check review, aku pun email production house and bagi diorang contact number so that diorang boleh uruskan booking untuk Lilo dan Ichii. Untuk aku pulak, depa bagi Royale Bintang, kat The Curve tu.

(more…)