Archive of ‘Review’ category

Furminator Review

Pada suatu hari, aku tiba-tiba rasa nak beli Furminator untuk kucing aku lepas tengok kat Facebook, Cats Garden promote Furminator. So aku pun pegilah website dia untuk tengok apa kejadahnya Furminator ni. Aku tahu la dia macam brush untuk kucing, tapi apalah yang best sangat tu kan.

Apakah Furminator tu? Macam Terminator je bunyiknya. Mula-mula aku ingat mesin ke apa.. Haha..

(more…)

Homestay Di Melaka

Last Friday, saya dan dua orang kawan pergi ke Melaka untuk menghadiri majlis perkahwinan bekas rakan serumah, Anis Hartini.

Anis dengan baik hatinya telah menyediakan sebuah homestay untuk kitorang duduk. So tak payah la susah-susah nak carik hotel kan.

So malam tu, lepas rehearsal kat rumah Anis (siap ada rehearsal tau, jangan main-main hehe), kitorang pun bertolak ke Taman Cheng Setia. Mari tengok gambar dulu ok.

Ini master bedroom, merangkap bilik kitorang untuk dua malam. Percaya tak kitorang bertiga tidur kat atas katil tu? hehehe..

Bilik ni sangat besar gila. Walaupun dah lengkap dengan perabot, pun masih besar lagi. Kitorang punya la excited masa masuk bilik ni. Yelah, tak sangka dapat β€˜hotel’ enam bintang. Bilik hotel pun tak selesa macam ni.

 

Siap ada almari. Almari tu tiga pintu, so kitorang amik sorang satu. Lengkap dengan hanger sekali πŸ™‚

 

Ini bilik ayor kat master bedroom.

Ada water heater yo! Masing-masing mandi dengan riang gembira, maklum la sekarang kan musim sejuk (wah feeling winter, haha). Kalau takde water heater, konfem sorang mandi 5 minit je. Shampoo dengan shower gel pun ada πŸ™‚

 

Ini bilik kedua. Selesa kan? Tapi takde orang tidur kat bilik ni.. sebab semua nak menyempit tidur bersama, hehe.

 

Ini bilik ke tiga. Ala sebenarnya bilik kedua dan ketiga sama besar je, tapi bilik ni dia letak single bed. Bilik ni diduduki Aziel, photographer Anis from Cherita Pictures.

Baik tau Azeil ni, dia tolong buatkan milo untuk kitorang hehe. By the way, bilik kedua dan ketiga share bathroom. Tapi aku pun taktau kenapa Azeil tak duduk bilik kedua tu. Syok sikit katil besar leh golek-golek kan, hehe.

 

Ini bilik ke empat, yakni di tingkat bawah. Selesa gila kan?

Err.. bilik ni macam tak berapa kemas sebab gambar diambil lepas team Cherita Pictures check-out. Ini bilik sorang lagi photographer πŸ™‚

Kalau la rumah ni didiami sebuah keluarga yang ada maid, bilik ni kiranya bilik maid la. Selesa gila ok. If maid dapat bilik camni punya besar, confirm tak ingat nak balik kampung dah, hehehe.

 

Ini ialah ruang tamu. Lihatlah betapa besar dan selesa..

 

TV dan hi-fi pun ada.

Menurut tuan rumah, tak lama lagi dia plan nak pasang Astro pulak πŸ™‚ Hari tu kitorang plan nak beli dvd, konon nak tengok. Tapi taktau pulak mana nak carik. Nak cari Jonker Street pun berpusing-pusing, inikan pulak nak carik dvd. Last-last tengok tv aje lahhh.

 

Itu ialah Aidura yang feeling macam kat tepi swimming pool sebab lepak kat kerusi malas itu, haha. Gambar diambil selepas pulang dari majlis Anis, maka semua tengah kepenatan.

 

Ini pula sebuah dapur yang complete. Lebih complete dari rumah bujang saya di KL ni.

Periuk nasik, thermos, kettle, pinggan mangkuk, periuk belanga, kuali semua cukup. Paling best, siap ada beras, maggie, telur, perencah nasik goreng segera, kunyit, garam, gula, minyak, kicap.. ehhh semua ada lah. Mengalahkan rumah mak kau. Tengok tu, tudung saji pun ada.

Biskut tiger pun ada. Ini kitorang buat breakfast, cicah ngan milo. Besttt.. Makanan, dan segala benda dalam rumah ni, korang boleh guna without additional charges.

Pendek kata kalau duduk rumah ni, bawak baju ngan spender je.

Lagi gambar dapur dari angle yang berbeza.

 

Tengok, kalau nak cuci kain pun boleh. Dengan washing machine sekali ada. Tu barang-barang mencuci kalau-kalau korang terlebih rajin nak tolong mop segala, hehe

Kalau kat hotel, kan ada orang housekeeping datang bersihkan bilik, tapi homestay takde la. Lepas kau check-out baru dia datang bersihkan rumah. So kalau kau duduk seminggu, janganlah nak buat perangai pemalas kau tak kemas bilik or tak cuci pinggan. Takde orang kenit yang nak datang tolong kemaskan ok.

Aku suka sangat rumah ni sebab tuan rumah dia pemurah gila. Barang semua lengkap. Kau tengok la barang-barang dalam rumah semuanya baru (kecuali dapur). Tengok washing machine pun ada plastik lagi.

Okay, sekarang waktu untuk maklumat yang lebih detail.

Homestay ni terletak di Taman Cheng Setia. Dekat dengan Tesco Cheng. Bila dah jumpa Tesco Cheng sebelah kanan kau, so kat traffic light simpang empat tu, masuk kiri. Lepas tu kat traffic light pertama, masuk kiri lagi, terus nampak signboard Taman Cheng Setia. Jarak dari bandar Melaka ke rumah ni ialah dalam 20 minit rasanya, sebab banyak traffic light. Ala normal la tu kan, takde la jauh sangat.

Rumah ni kat Jalan CS 6, Taman Cheng Setia. Balcony size resakse. Besar gila. Nak buat bbq party kat balcony pun boleh, hehe.

Rate satu malam untuk satu rumah bagi tahun 2011 ialah RM200. Imagine la RM200 kau dapat satu rumah yang sangatlah selesa! Kalau hotel, dapat satu Deluxe Room je. Jadi sangat la berbaloi kan, terutama untuk orang yang nak ke Melaka dengan ahli keluarga. Mak, abah, kakak, abang, adik, tok, nenek, semua boleh muat dalam satu rumah dengan hanya RM200. Kan ke berbaloi-baloi tu? Lagi berbaloi dari pakej Celcom, haha.

Tuan rumah bernama Encik Halim. Boleh contact beliau di talian 019-650 6191. Baik orangnya. Kalau contact dia, jangan lupa bagitau kau tahu pasal homestay ni dari blog izyahya πŸ™‚

Okay bye-bye.