Archive of ‘Tips’ category

Macamana Nak Pelihara Kucing Sewaktu Kita Hamil?

Artikel ini dibawakan khas oleh Sookie’s Store, Kuantan
 

Artikel di bawah ialah berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Pendapat dan pengalaman orang lain sewaktu hamil, mungkin berbeza-beza, jadi berlapang dada lah
 

Hai semua, entry ini kakak update lagi sebab dulu ada satu baby, sekarang dah ada dua baby hehe.. Syazriq dah jadi abang sejak 28 Februari 2017 yang lalu, jam 12:10pm

Ni la Syazran, waktu umur dia 24jam.. baru lahir je dah double chin hahaha

Ramai pencinta kucing yang mungkin tertanya-tanya adakah selamat untuk kita bela kucing sepanjang pregnancy, dan selepas bayi dilahirkan. Jom kakak nak kongsi pengalaman mengandung dan menjaga baby dan para meow yang penyibuk :p

Kadang-kadang sebak bila tengok kat group group kucing, ada yang bila disahkan mengandung je, terus letak kucing for adoption. Dengan alasan, “Orang cakap tak boleh bela kucing masa mengandung, nanti keguguran,”

Padahal sebelum mengandung, kucing tulah yang kita belai, yang kita sayang, yang tidur sekatil sebantal dengan kita, yang kita minta doakan sekali supaya kita murah rezeki dan dikurniakan zuriat..

Pada bulan March 2015, kakak disahkan pregnant 6 minggu. Gembiranya hati bukan kepalang. Sebab menunggu si kecil hadir dalam hidup kami hampir 5 tahun. Bila dah menunggu lama, pastilah nak jaga kandungan sebaik mungkin, betul tak?

Click here to Read More

Macamana Nak Bagi Bilik Kucing Tak Berbau?

Artikel ini dibawakan khas untuk anda oleh Sookie’s Store, Kuantan
 
Artikel di bawah ialah berdasarkan pengalaman kami sendiri. Pendapat dan pengalaman orang lain sekiranya mengamalkan teknik yang sama, mungkin berbeza-beza, jadi berlapang dada lah
 

Semua yang pelihara kucing pasti hadapi masalah macam mana nak make sure rumah kita takde bau yang kurang menyenangkan, betul tak? Bela seekor pun kalau salah tekniknya, boleh menyebabkan satu rumah berbau, apatah lagi kalau bela berpuluh ekor kan?

Kita rasa malu bila tetamu datang rumah dan buat muka berkerut-kerut macam tahan napas. Takpun kalau dia ada anak kecik, tetibe anak dia sound, “Eh, rumah auntie/uncle ni bau busuk la macam taik kucing,” pastu satgi mak dia cuit cuit dia bagi sign jangan cakap bukan-bukan, hahaha..

Kat dalam Facebook ke Twitter ke boleh la kita merempan cakap “Ini rumah aku, suka hati akulah nak bau kucing ke apa,”.. tapi jauh di sudut hati, kita sebenarnya rasa malu bila ditegur macam tu, betul tak?

Hari ni kakak nak share cara-cara untuk pastikan rumah kita sentiasa berbau segar walaupun kita ada ramai kucing. Paling tidak pun, takde la sampai orang kena tutup hidung bila masuk rumah kita.. hehe..

Click here to Read More

Tips Membawa Kucing Naik Kereta

Hahaha tajuk tak boleh blah. Tips la sangat kan.. Hari ni aku nak sambung cerita pasal pengalaman Lilo dan Ichii waktu nak pergi KL untuk shooting tu. Apa pun, korang kena baca dulu entry aku sebelum ni.. baru la boleh faham sambungan dia ni. Hehe.

After second casting, production house call aku untuk bagitahu yang diorang dah choose Lilo dan Ichii untuk watak Ninja. Tapi sekor akan jadi main actor, sekor lagi akan jadi back-up. Tapi both akan shoot scene yang sama. Actually semua kucing pun ada back-up masing-masing. Cuma untuk watak Ninja ni, both main and back-up guna kucing aku.

(more…)

Potong Kuku!

Baiklah. Nak tanya ni..

Korang yang membela kucing ni, rajin tak potong kuku kucing? Aku, rajin la jugak. Kalau bila dukung tu kuku asik tersangkat dekat baju, bila peluk sikit dah terasa cakaran, ha tu tandanya kuku dah panjang la tu. Bukan kuku aku la, kuku kucing hahaha.

Seeloknya potong kuku kucing setiap 10 hari, atau 2 minggu sekali. Kebaikan potong kuku ni ialah ko takde la kena cakar. Bukan ko je, family, tetamu. Dan juga perabot dalam rumah terselamat dari cakaran, hahaha.

(more…)