Macamana Nak Bagi Bilik Kucing Tak Berbau?

Artikel ini dibawakan khas untuk anda oleh Sookie’s Store, Kuantan
 
Artikel di bawah ialah berdasarkan pengalaman kami sendiri. Pendapat dan pengalaman orang lain sekiranya mengamalkan teknik yang sama, mungkin berbeza-beza, jadi berlapang dada lah
 

Semua yang pelihara kucing pasti hadapi masalah macam mana nak make sure rumah kita takde bau yang kurang menyenangkan, betul tak? Bela seekor pun kalau salah tekniknya, boleh menyebabkan satu rumah berbau, apatah lagi kalau bela berpuluh ekor kan?

Kita rasa malu bila tetamu datang rumah dan buat muka berkerut-kerut macam tahan napas. Takpun kalau dia ada anak kecik, tetibe anak dia sound, “Eh, rumah auntie/uncle ni bau busuk la macam taik kucing,” pastu satgi mak dia cuit cuit dia bagi sign jangan cakap bukan-bukan, hahaha..

Kat dalam Facebook ke Twitter ke boleh la kita merempan cakap “Ini rumah aku, suka hati akulah nak bau kucing ke apa,”.. tapi jauh di sudut hati, kita sebenarnya rasa malu bila ditegur macam tu, betul tak?

Hari ni kakak nak share cara-cara untuk pastikan rumah kita sentiasa berbau segar walaupun kita ada ramai kucing. Paling tidak pun, takde la sampai orang kena tutup hidung bila masuk rumah kita.. hehe..

Click here to Read More

Comments

comments

Maharani Seira

Hai, nama kita Seira.

Tapi tu nama glamer la. Nama asal sebenarnya Serabut. Nama sekarang, Maharani Balu Seirabut Al Kucar Kacir hahahaha.. dapat gelaran maharani balu sebab kita takde suami, tapi bunting sewaktu direscue kikiki.. Emm.. kakak cakap, kawan dia yang bagi idea suruh letak nama Seirabut. Sebab masa mula-mula tinggal dengan kakak, kita memang serabut pun serupa hantu.

Tak percaya? Nah bukti ?

Click here to Read More

Comments

comments

Edisi Puyuh

Artikel ini dibawakan oleh Sookie’s Store, Kuantan
 

Hai.. gigih kakak edit gambar ni sebelum watak watak dalam gambar ni menjadi dewasa hahahaha.. kang edit gambonya masa kecik, by the time entry siap, dah beso dah pun meownya hahaha..

001

Perkenalkan.. Puyuh namanya.. kenapa letak nama dia Puyuh? Sebab dia takde ekor ahaha.. ada bulu je sejemput. Tulang ekor pun takde. Lucu betul bila dia jalan, direct nampak bontot je.

Puyuh ni kami rescue dari engine kereta customer. Kecik betul dia masa tu. Jenuh nak keluarkan. Dah la bajet garang. Ingatkan betul lah garang. Rupanya drama semata-mata. Bila dah tinggal dengan kami, rupanya Puyuh ni terlajak manja. Pandai amik hati meow lain. Kena la amik hati kan sebab nak share body heat. Sejuk woo tido dalam aircond hahahha.. Oleh sebab manja, maka kami panggil dia Dik Yuh.

003

Size badan auntie Bella, 4 kilometer dah boleh nampak dah. Kalau tengok dari dekat, lagi la nampak macam pakai kanta pembesar, kih kih kih.. auntie Bella ni tengah buat kerja opis ni.. Tu yang busy sangat menaip kononnya. Ingat Bella salesgirl je ke? Hishh.. dia serba boleh sebenarnya.. Jadi kerani perakaunan boleh, jadi pengurus sumber manusia pun boleh. Jadi cashier apatah lagi, sambil pejam mata je, tadek hal punya lah, hahahaha..

004

Tak padan kecik, mulut Puyuh laser ye, mesti abang Zorro yang ajar yek?

005

006

Beriya Bella bahasakan diri “auntie”, tapi Puyuh panggil Mak Bell je, kahkahkah

007

008

Tulah Puyuh.. laser lagi kau kan.. Mendapat la semula dengan auntie Bella tu yang lagi berganda lasernya.. Baju sekolah ko dikutuknya size spender dia je hahahahahaha..

By the way, Puyuh ni sebenarnya boboi.. Tapi kitorang saja je pelbagaikan fesyen dia, biar serba boleh. Hahaha..

009

Puyuh merajuk ngadu kat Zorro.. Manja la konon ye? Tapi memang camnilah dia.. manja dengan semua meow, dapat tidur berpelukan hahaha..

Nanti ada chance, kakak update lagi ye.. Entah-entah masa tu Puyuh dah masuk sekolah menengah dah KAHKAHKAH!!

Updated 24 October 2017 (setahun kemudian)

Ini ialah gambar latest Dik Yuh.. Dah besar dah beliau. Manja tetap sama, dan sangat hebat berfesyen, berkat latih dari kecil, hehehe..

Sookie’s Store terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan, buka Selasa-Ahad, jam 12pm-11pm
 

Comments

comments

Selamat Tinggal, Kakak Manja..

Dah lama tak update blog.. cerita terakhir ialah pasal Kakak Manja.. yakni cerita dua tahun lepas.. dah lama kan?

Hari ni pun nak cerita pasal Kakak Manja..

Kakak Manja dah tiada lagi di dunia ni.. Dia dah tinggalkan kita semua untuk bersama dengan kawan-kawannya yang lain kat sana.

wp-1473920421451.jpg

Kakak Manja dah pergi 2 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri baru-baru ni..

Kakak hadapi masalah sembelit dan didapati kurang makan dan kurang minum air. Jadi dia dibawa ke vet. Doktor berjaya keluarkan najis yang sembelit tu..

Blood test juga dibuat sebab doktor cakap kakak nampak lemah sangat. Hasilnya, doktor mendapati buah pinggang kakak tidak berfungsi dengan baik dan dia dehydrated.

Dulu lagi doktor ada cakap, condition kakak yang lumpuh mungkin akan merosakkan buah pinggangnya satu hari nanti.

Kakak tak sakit lama.. beberapa hari je. Tak sempat nak bawak balik, Kakak dah pergi dulu. Masa tu ngam-ngam je sampai klinik untuk bawak balik Kakak agar dia dapat habiskan sisa hidupnya dengan kami.. apakan daya Kakak dah tak tertanggung lagi sakitnya dan tinggalkan kami tanpa kita sempat ucapkan selamat tinggal.

Maafkan kami, Kakak Manja.. maafkan kami..

Kami doakan Kakak berbahagia di sana. Kakak dah boleh lari laju kat sana. Kakak tak lumpuh lagi.. Kakak dah boleh main kejar-kejar dengan kawan-kawan..

wp-1473921269520.jpg

Semoga suatu hari nanti kita berjumpa lagi. Jangan lupakan kami ye.. sebab kami tak akan lupakan Kakak. Pengalaman menjaga Kakak, kami akan kenang selama-lamanya..

 

Comments

comments