Penganiayaan Kejam Zaman Persekolahan

Tadi baca kat blog Chics, dia ckp orang yg pernah membuat onar pasal dirinya sms sempena hari raya ni memintak maap. Cakap pasal membuat onar, terus aku teringat ade budak kat skolah aku dulu, perangai cam harammm..

Aku igt lagi, dulu masa zaman sekolah menengah, antara form 1 sampai form 3, aku rapat dengan Ira, Fadzlin & Watty. Eh Fadzlin skang dah jadik Inspector sahab skang okeh. Haritu dia masuk tv, hahah. Semenjak dari form 1 lagi, ade sorang manusia ni, nama dia S, dia mcm saket hati je dgn kitorang. Tatau apesal. Ko tak puas hati, ko cakap ahh.. ni ko pegi buat cite buruk pasal kitorang pulak kat masyarakat setempat. Tak ke keje hina namanya tuh?

Masa form 3, tetibe aku dapat surat yang ohhh sungguh wangiiii wa cakap luuuu.. so aku pun pegi la toilet dengan Watty. Bukak surat tu kat toilet. Sebab aku takmau la satu kelas bau wangi surat tu kan, hoh. Bile bukak je surat tu, betaburrr bedakkk okehhhhh.. Aku tatau la dia upah sape tulis surat tuh, hampagas tol.

Macam mana aku tau dia yg menganiaya aku? :ha?:

Tak payah siasat pun takpe. Sebab mmg dah boleh agak dah. Dia mmg jenis keji & aku pernah dgr cerita, dia pernah buat camni dah dulu. Sape cerita kat aku, aku dah tak igt la weh. Nama budak kelas aku pun aku dah tak hingat dah skang ni.

Konon-konon ade secret admirer la yg bagi surat tu kat aku, citttt podahhhh. Ingat aku terpedaya ke? Naik geli geleman jugak la aku baca surat yang berwarna ungu violet tu. Dah la taruk bedakkkkk. Eeee kunonye la cara nak mengorat kalau iye pun. Watty pun bace gak surat tu. Si S ni kengkonon nak buat aku perasanlah tu.. wahahahahah.. malangnye gagal :44: Sebab aku buang je surat tu. Eeee rugilah aku tak simpan surat tu. Mane la aku tau aku nak ade blog kan. Kalau still ade, bolehla dibuat bukti.

Selain diri sendiri, S turut dibantu oleh seorang minah bernama SZ. Dua-dua pun samalah, berniat jahat terhadap kitorang. Padahal bukannye kitorang ni menjadik kegilaan para lelaki pun, Kitorang buat hal sendirik je.

Kalau setakat dia mengutuk aku & kawan-kawan aku tu, memang dah lali la. Rasa mcm artis plak sebab banyak nau gosip dan cerita buruk tersebar. Tapi mampus kaulah kan, aku tak kesah pun. Kire bykkk la pahala kitorang masa tu sebab biorr je dia ngutuk-ngutuk kitorang kan.

Bila dah naik form 4 & 5, Ira & Fadzlin amik Science Stream. So tukar kelas la. Tinggal lah aku & Watty.. and kitorang rapat pulak dengan Nad, Aaja, Niza & Didi. Cik S masih satu kelas dengan kitorang.. still tak puas hati kat kitorang, malah tindakan dia semakin keji. Untuk pengetahuan orang ramai, si S ni seorang yang tomboy. Malah cara berjalan pun serupa lelaki. Suka memakai t-shirt besar bersama overall (mcm mat Rock dalam Spanar Jaya) dan memakai topi merah jenama ape aku tak sure lah pulak. Dah la keding. Ohhh dan juga suka memakai bedak Dashing. cacat betul. Kan tu bedak lelaki? Akan tetapi, dia suka membaca novel cinta dan majalah remaja.. boooooooo panjang kat dia. Hahahah jiwang karatttt. Dah la suka kumpulan Spoon :mCry: gelak guling-guling.

So masa form 4 tu, aku dengar cerita, dia mencuba nasib, hantar cerpen dia kat Remaja. Dan cerpen dia disiarkan okehhhhh. Tapi aku tak baca pun cerpen tu. Orang la yg cerita kat aku. Kengkawan aku pun tak baca jugak. Aku pun taktau la cerpen kat keluaran mana. Yang aku tau, orang cerita kat aku, watak-watak dalam cerpen tu adalan nama kitorang ye. Dah la guna nama sebenar, memegang watak sebagai GRO pulak tu. Biadappppp betol

Kalau korang, naik hangen tak? Nama ko kuar kat dalam cerpen, diberikan watak GRO pulak. Bukan kebetulan nama sama tau, sebab nama kawan-kawan aku pun ada.

Memang dasar kodok berkaki lapan betul lah!

Kuang hajo tak orang cenggini? Layak dilempang tak? Tapi kitorang tak buat apepe pun ye. Buat biasa je. Aku tatau la kitorang dah kene mandrem agaknye masa tu. Dia buat jahat camne pun, kitorang buat tatau je. Siap melupakan lagi tragedi tu. Aku teringat balik pun sebab kemarin masa reramai pegi beraya rumah Watty, diorang bukak cerita pasal S ni.

Lagi satu kes, masa tu kat Kuantan mane dapat Hitz FM ni semua. Takdooo. So hiburan pada masa tu ialah Radio Muzik saje. Diorang ada satu program bernama Pilihan Bersama yang sampai sekarang wujud lagi. Si S ni, sekali lagi membuat dajal dengan menghantar nama kitorang. Dah la tu, ade ke lagu pilihan dia ialah dendangan Cici Faramida??? Sapekah itu Cici Faramida???

Ni lah Cici Faramida. Aku tatau sape wehhhh

Satu lagi dia mintak lagu Dangdut. Aku tak ingat la lagu sape. Tapi memang cam sial tak perangai dia? hahahahah. Masa cerita-ceriti dengan kengkawan aku haritu, siap gelak tak hengat punye. Memang rasa lawaknye la tektik dia nak menjatuhkan kitorang. ahahahah

Bebudak kelas aku la yg tanye “Eh korang mintak lagu dangdut kat Pilihan Bersama?” Wahhhh sangat kaget ok kitorang masa tu. Tatau ke masa tu artis pojaan kami ialah BSB, N Sync, Britney Spears? Amboi sesedap rasaaaa je, kau yang nak dengar lagu dangdut, guna nama kitorang yek? Dasar pompuan kabaret!!!

Sebelum puasa haritu, aku ade terserempak dengan S ni, masa lunch kat Centre Point. S, kau tetappp seperti dulu. Still boyish. Pakai baju kurung cotton berbunga kecik, tetapi melipat lengan baju hingga ke paras lengan.

Pastu dia tegur la aku.. aku pun ok la, borak gitu-gitu je. Seriousss, masa tu aku langsung tak teringat pasal perbuatan jahat dia.

Kau memang hebat la S, sampai sekarang pun ko tak mintak maap kat kitorang atas perbuatan keji ko kan?

Sebenarnye memang aku dah tak igt dah cite ni, camne tah kawan-kawan aku bleh pulak cerita. Terus la aku pun teringat jugak. Maybe mandrem dia tak tak berkesan kot, hahahah

Ok lah, itu aje. Kalau aku ade cerita zaman sekolah yang aku igt, aku cite lagi.

Cerita raya masih ada, tapi gambar sume kat dalam laptop kat umah. Jadi kat umah la baru update cite raya ye.

Comments

comments