Gong Xi Fa Cai

Setelah sekian lama blog ni terabai kan.. Syukurlah kita masih belum lupa username dan password blog. Kakakakaka..Gigih sangat mencari masa untuk update blog. Akhirnya masa itu muncul jua. Berjaya jugak kita siapkan sebuah drama ringkas sempena Tahun Baru Cina. Walaupun dah ketinggalan zaman kan. Orang dah nak masuk Chap Goh Meh dah pun :p

01

02

03

04

05

06

07

08

09

010

011

011-1

012

013

014

015

016

017

018

019

020

021

022

023

024

025

026

Sebenarnya pakai cantik-cantik, nak pergi beraya kat mana pun tak tahu, LoL. Omey sampai ke sudah tunggu geng dia bersiap. Kahkahkah..

Sekian sahaja drama ringkas kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang. Woi, aku nak siapkan drama ringkas ni pun makan 1 hari tau. Hahahaha..

Selamat Tahun Baru Cina dan Gong Xi Fa Cai 🙂

 

Comments

comments

Nestum Untuk Kekenit

Sekarang ni musim hujan dan panas tak menentu di Kuantan. Tempat lain aku tak pasti. Tapi dengarnya KL pun macam selalu hujan jugak. Bila hujan panas tak menentu ni yang kita kena jaga kucing lebih sikit. Seeloknya biar dia dalam rumah je, tak keluar.

Dalam pada tak keluar tu pun, kekenit yang aku foster dilanda selsema bulan lepas. Macam biasa, cerita zaman purba yang aku sajikan. HAHAHAHAHA… Kesian betul. Kesian pada korang sebab baca cerita basi. Tapi kesian jugak pada kucing aku yang selsema masa tu. Paling kesian ialah sebab diorang masih belum divaksin, jadi bila selsema tu, immune system tak cukup gagah nak lawan. Yang kena virus ni semua rescued cats, tak sempat vaksin lagi. Nasib baik Muez tak kena. Mungkin sebab masa tu dia baru bebas dari virus tu, so dah tak kena lagi.

20131016_210844

Ini ialah Bella yang demam

Kesian sangat. Masa Bella demam dan selsema, anak dia baru nak masuk usia 4 minggu (sekarang dah masuk 3 bulan, kan dah cakap ni cerita basi?) kakaka.. masa tu diorang memang masih menyusu, makan belum pandai lagi. Gigi pun halus sangat. Tahu melalak je pun mintak susu. Bella sangat stress waktu tu. Dia nak susukan anak, tapi bila dia baring, hidung dia tersumbat. Akhirnya dia selalu menjerit meroyan minta keluar dari cage sebab dia perlukan ketenangan hihi..

Macam tulah gaya Bella tidur waktu selsema. Padahal selama ni tidur terlentang, tekangkang. Waktu Bella mula bersin, aku dah start bagi dia ubat selsema. Tapi tak bagi antibiotik sebab Dr Lean cakap tak elok untuk ibu yang sedang menyusukan anak. Boleh membantutkan pertumbuhan anak tu.

Tapi bila dia tak makan antibiotik, selsema dia lambat betul baik, sebaliknya makin teruk pulak. Sampaikan anak-anak dia pun naik kurus sebab kurang menyusu. Aku pulak yang kena susukan pakai syringe every few hours.

20131017_211056

Bella pakai baju sebab sejuk, ni konon nak bagi demam kebah la ni hehe

Kesian betul Bella dan anak-anak dia. Aku puas tanya ramai orang, macam mana nak ubati diorang ni. Pegi klinik pun dah banyak kali dok amik ubat. Sebab bukan Bella je yang selsema, tapi ada juga my other fostered kittens yang jangkit selsema. Sorry belum berkesempatan cerita pasal kitten lain yang aku foster. Banyaknya cerita zaman purba hahaha..

Last-last Doc Lean cakap, ish tak boleh jadi ni. Kena jugak bagi emaknya makan antibiotic sebelum selsema berjangkit pada anak-anak. Pada masa ni, dua ekor anak Bella pun dah start sakit mata dan bersin. Doc Lean kata, kita mesti ajar anak dia makan. Kena wean off. Stop menyusu supaya maknya boleh makan antibiotik. Bella tak selera makan, minum pun taknak. Kalau tak makan dan minum, bila nak sembuh kan. Even wet food yang sebelum ni jadi kegilaan dia pun, tetap taknak. Dia tahu nak tidur je release tension.

So hari ni aku nak kongsi resepi mudah untuk ajar anak kucing (yang tak berapa sihat) makan, at the same time maknye yang tak sihat pun makan jugak, tak payah susah payah masak segala bagai. Maklumlah tak cukup kelengkapan kat kedai ni haa.. yang ada sudu, garpu, megi, biskut. Hehehe.. Resepi ni ialah untuk 7 ekor kucing (2 ekor dewasa, 5 ekor kittens). Anak-anak Bella aku kira 1 portion sebab share dengan maknye. Nampak macam sikit, tapi bila dah siap, banyak.. memang kenyang perut masing-masing.

20131024_182720

1 bekas Royal Canin Kitten 36 – ni bekas jelly atau cupcake yang selalu dapat kat kenduri kawin

20131024_182806

Rendamkan kibbles tu dalam mangkuk dengan air panas sampai tenggelam. Selalunya aku tutup mangkuk tu supaya cepat kembang. Biarkan dalam 15 minit

20131024_182912

Ini ialah A/D Hills Prescription. Boleh didapati di klinik veterinar. Some pet shops pun ada jual. Harga antara RM8-RM10 bergantung pada kedai/klinik

20131024_191743

A/D ni ialah makanan dengan protein tinggi dan high calorie dan lengkap nutrisinya untuk penyembuhan cepat pada haiwan. Sebab kucing/anjing yang tak sihat selalu takde selera. A/D ni baunya kuat.

20131024_191754

ini ialah RC Kitten yang sudah dipenyekkan. Bukan setakat dibiar kembang ye, tapi kena penyekkan jugak biar jadi macam nestum

20131024_192057

 letakkan 50% “nestum” RC dan 50% lagi A/D ke dalam pinggan atau mangkuk, ikut suka hati. Kemudian gaul rata

20131024_192701

 Tada… dah siap

20131024_193155

Bella akhirnya makan! Penuh berselera pulak tu walau hidung masih tersumbat sikit. Anak-anak bergantungan di bawah perut, masih sibuk mencari susu.

Tapi bila tengok mak dia makan, anak-anak dia slowly pandai makan. Aku layankan diorang dengan nestum ni, sehari dua kali. 1 tin sekali meal. Masa tu semua foster kittens and cats diserang selsema. Sedih sangat aku, susah hati bila semua monyok, bersin, mata berair, hidung tersumbat. Total A/D aku beli masa diorang sakit ni, 24 tin.

vetridmg

at the same time, bagi each of them Vetri-DMG untuk boost immunity.

Yang membuatkan selsema mereka lebih mudah berjangkit dan lambat baik ialah sebab diorang ni belum divaksin. Yelah semuanya rescue cats kan. Setiap sekor yang direscue, ada masalah masing-masing pulak tu. Kenalah rawat yang penting dulu sebelum divaksin. Tak sempat nak vaksin, selsema pulak 🙁

Kalau dah vaksin pun tak bermaksud kucing kita tu immortal ye. Tidak juga kebal dari penyakit merbahaya. Cuma kalau macam dijangkiti selsema atau demam, lebih cepat sembuh berbanding yang tak divaksin. Risiko nak mudah berjangkit pun kuranglah sikit.

20131113_173001

 Untuk Bella, selain bagi Vetri-DMG, aku bagi juga dia makan Petdiatric CordyPlus

Cordy Plus ni salah satu function dia ialah untuk melegakan saluran pernafasan. Bella bernafas cukup teruk masa dia selsema tu. Menganga je. Dia tidur pun duduk. Langsung tak boleh terlentang. Seminggu bagi CordyPlus dan Vetri-DMG di samping ubat-ubatan dari klinik, mereka semua beransur pulih. Tapi CordyPlus bukan ubat ye. Dia ialah supplement. Kalau kucing selsema dan kita cuma bagi CordyPlus je, tak cukup. Mesti nak kena pegi vet jugak untuk rawatan. CordyPlus bantu melegakan saluran pernafasan.

Kalau kucing mata dah berair dan mula bersin berkali-kali, haa tu tandanya nak selsema la tu. Sebelum melarat, elok benar la ke vet untuk rawatan. Sebab nanti sekelip mata je kucing lain semuaaaaa berjangkit. Terutama yang masih belum divaksin tu. Selsema kronik yang tidak dirawat boleh menyebabkan buta. Jangan amik ringan ye. Boleh baca cerita pasal Muez, yang buta akibat selsema yang kronik.

Aku memang tak boleh tahan kalau kucing tak sihat. Susah macam mana pun, takde masa macam mana pun, carik jugak masa bawak diorang pegi vet. Sebab kalau dah parah baru nak pegi vet, memang sempat la kucing tu kurus kering. Poket pun sedia ajelah.

Dalam pada aku cepat bertindak ni pun, anak Bella sekor tu sempat la kurus. First sebab dia tak dapat nenen. Lepas tu sebab dia pun selsema. Sedihhhhhh..

Tapi alhamdulillah, semuanya beransur pulih lepas makan ubat dan supplements ni. Lega lah. So lepas ni sape-sape yang nak cuba resepi simple ni, boleh la cuba hahaha..

Oh ya, aku tahu kalau aku tak masukkan perenggan ini dalam entry, mesti ada yang akan tanya “A/D tu kan ada unsur babi di dalamnya, boleh ke bagi kucing makan?” Aku sendiri pernah dengar orang cakap “Kucing saya sakit, takde selera makan tapi saya tak mahu bagi makan A/D sebab ada babi di dalamnya” – pesen sanggup biar kucing kurus keding 🙁 So saddddd…

Ustaz Azhar Idrus cakap,

“Sekiranya makanan kucing yang ada kandungan daging / gelatin / lendir babi yang dicampur adukkan di dalam mesin, kemudian kita bubuh di atas lantai rumah kita nak bagi kucing makan….Kemudian kucing itu pula makan tidak habis…Kalau dibubuh makanan tersebut di dalam pinggan kita, adakah kita wajib basuh dengan air tanah..???

Jawapannya adalah :

 “TIDAK WAJIB”

Yang wajib kita basuh dengan air tanah 7 kali adalah babi, lemak babi, tulang babi, daging babi, kulit babi yang masih berjisim. Yang masih ada bentuk. Kalau takde bentuk, basuh dengan air biasa.

Tu ye jawapannya. Boleh tengok video Ustaz Azhar Idrus dan penerangan beliau tentang isu ini. Siap tepek ni ha, cuma tekan butang “Play” je, kikiki..

Sekian, terima kasih 🙂

Comments

comments

Muez Sayang

7 Oktober 2013, hari itu hari Isnin.. Kami tak buka kedai sebab hari Isnin memang hari cuti rehat kami. Hari itu lah nak kena pegi buat apa-apa urusan rasmi atau tak rasmi hehe.

Jadi hari tu aku dan suami pergi ke Giant beli barang-barang nak stock kat “dapur” Sookie’s Store hahaha.. balik tu terus singgah ke kedai, niatnya nak hantar terus barang dan mengemas sikit.

Aku nampak Alice tidur di kaki lima. Selalunya dia tidur kat dalam kotak atau atas kotak dia. So aku pun cakap dengan dia, “Hai Aliceeeeee.. kenapa Alice tidur kat luar ni? Kan selalu tidur kat kotak awak?”

Rupanya dalam kotak dia ada makhluk asing..

20131007_192041

tadaaaaaaaaa…

Hmmpphh.. aku mengeluh dalam hati.. monyet manalah pulak yang membuang kucing ni. Moew ni bukan yang pertama orang dumped kat kedai aku yek. Ada lagi sebelum si kenit ni. Cuma aku takde kesempatan nak cerita je. Hati aku memang mendidih dah ni. Depa ni dah takde keje lain ke hape keje membuang kucing dan menyusahkan orang ni? Hati aku dah mula menyumpah. Bengang. Ingat ni shelter home ke apa? Mulut membebel, tapi at the same time aku bawak jugak masuk anak kucing tu. Kucing tu tak salah.

20131007_192636

kecik.. kurus.. bila pegang terasa tulangnya..

Tapi bila tengok muka dia, lagi kesian.. sebab apa?

20131007_192628

sebab ini keadaan dia masa tu

Aku terkejut, sebak sangat rasa. Kesian sangat dekat si kenit ni. Aku bawak dia ke dapur, basahkan kapas dan lap kedua belah mata dia dengan harapan terbuka la mata yang melekat tu. Tapi hampa ye. Aku basahkan lagi kapas, lap lagi.. pastu hampa lagi huk huk..

Cepat-cepat aku bancuh susu, letak dalam mangkuk dan cuba bagi dia minum tapi dia tak pandai. Mungkin sebab mata tak nampak? Hidung tak boleh bau? Atau sebab dia kecik sangat? Takde energy? Ah tukar lah, tak payah letak dalam mangkuk. Aku capai syringe dan suapkan dengan syringe. Nasib baik dia telan. Banyak juga lah aku bagi dia susu. Mesti dia lapar. Entah dah berapa lama tak makan kot?

Settle bagi susu, aku sediakan 1 kotak, alas dengan kain tebal-tebal dan masukkan dia. Mesti dia sejuk. Nak bagi tumpang kat Bella macam tak sesuai sebab dia sakit mata kan.. Pastu masukkan pulak kotak tu dalam cage. Bukan apa, takut nanti tetibe dia keluar kang aku tak jumpa nak carik pulak, dah la beliau tu mata tak nampak kan.

20131008_010005

sedapnya tidoq..

Kesian sangat bila tengok dia tidur. Yelah, sebesar ni patut tidur bawah ketiak mak lagi, tapi dia dah terpaksa cuba survive sendirian. Tiap kali uruskan dia, mesti hati aku sebak sangat. Takde perasaan ke apa orang yang buang kucing yek? Takde hati perut ke cemana? Malam tu aku asyik menjenguk dia. lap mata dia, akhirnya kerak keras tu lembut juga dan mengeluarkan nanah!

Nanah woi! Macam air mata nanah 🙁

Sedih gila. Mesti dia sangat sakit. Kita kalau kena ketumbit pun sikit punya suffer. Aku cepat-cepat bersihkan. Suapkan dia susu lagi, dan dia sambung tidur. Dah janji dengan dia yang pagi keesokannya aku akan bawa dia jumpa Dr Lean.

Pagi tu aku bawa dia ke klinik. Terkejut Dr Lean tengok. Kata dia mata sebelah kiri tu nampaknya macam dah total damage. Tapi mata sebelah kanan dia nak cuba selamatkan. Punca jadi macam ni ialah selsema yang teruk.

So please ya, kalau kucing selsema, tolong lah cepat-cepat bawak ke vet untuk diberi ubat dan rawatan. Sebab kalau selsema, memang akan sakit mata. Lepas tu takde selera makan sebab hidung tak boleh bau, dan cepat je susut berat badan. Kucing amat bergantung pada deria bau dia. That’s why kucing suka makanan yang berbau kuat, sebab dapat attract dan membuka selera dia. Kalau kucing dah vaksin, at least kalau demam pun masih kuat. Kalau kucing tak vaksin, memang teruk sangat bila diorang selsema.

Dr Lean bagi si kenit ni ubat cacing dan spray Frontline pada seluruh badan dia, untuk nyah-kutu. Ubat mata dan ubat selsema pun dapat juga.

20131009_010128

Kesian tak?

Balik tu, aku alaskan kain dia dengan pet sheet, sebab takut dia berak atau muntah cacing lepas diberi ubat cacing tu. Memang betul pun jangkaan aku.. si kenit ni muntah cacing banyak 🙁 Kesian aku tengok dia. Dah la kurus keding macam tu. Muntah cacing pulak. Masa timbang waktu di klinik, dia cuma 350 gram je, huk huk

Aku cerita pasal si kenit yang malang ni kat geng kucing aku kat Whatsapp. Diorang suggest letak nama Kassim Selamat la, Acim Amat la, sabo je aku hahaha.. Last last Linda proposed letak nama Muezza, nama kucing kesayangan Nabi Muhammad S,A,W. Aku setuju. But since si kenit ni boboi kan, kami panggil dia Muez je.

Mungkin berkat letak nama kucing Nabi, keesokan harinya masa aku sampai ke kedai, tengok Muez dah ada di luar kotak. Walhal hari sebelumnya, dia nak angkat kepala pun tak larat. Aku punya la eksaited bila nampak dia macam dah kuat. So aku bancuhkan dia A/D campur air masak, biar dia makan dan tambah water intake dalam badan.

20131010_092404

. Alhamdulillah dia dah pandai menjilat untuk kenyangkan perut!

20131012_003747

Tidur penuh gaya selepas makan.

Sejak itu, setiap kali aku masukkan dia dalam kotak, bila aku check, tengok dia kat luar kotak. Hehe.. pandainya budak ni. So aku keluarkan terus kotak tu. Mungkin dia dah rasa kuat sikit badan tu. Muka dia masih ada kerak-kerak sikit waktu tu, tak boleh nak tenyeh sangat sebab mata dia bengkak teruk, macam nak terjojol.

Bila aku tengok dia dah pandai makan A/D, aku rendamkan dia kibbles dengan susu. Pandai dia makan. Bila letak susu pun selalu habis. Syukur sangat.

20131012_005343

Lama-kelamaan dah tak perlu rendam dah. Pandai kunyah 🙂

20131018_000754

Macam ni lah keadaan dia pada 18 Oktober, lebih kurang 10 hari lepas aku jumpa dia di luar Sookie’s Store.

Waktu tu berat badan dia meningkat dari 350 gram ke 500 gram. Selera makan meningkat. No more berak or muntah cacing. Kuih cantik, solidddd.. Diet dia ialah Royal Canin Babycat, Corbell Goat Milk dan wet food kadang-kadang aku bagi Fussie Cat, kadang-kadang bagi Schesir Chicken Natural. Bergantung pada tahap kerajinan kakak, keh keh keh..

Doktor cakap Muez mungkin buta seumur hidup dia. Aku bincang dengan suami. Sedangkan yang celik pun aku susah betul nak lepas bagi orang adopt, inikan pulak yang buta. So kami amik keputusan untuk adopt Muez dan jadikan dia ahli keluarga kami. Takpe Muez, biar kakak jaga Muez ya. Kakak pasti Muez bawak rezeki yang kami tak nampak, sama macam Muez tak boleh nampak dunia ni. Kakak tak sedih Muez tak boleh nampak. Mesti ada hikmahnya. Kakak happy Muez hadir dalam hidup kami 🙂

20131031_131258

cakkk!!

20131031_131457

Ini ialah Muez pada 31 Oktober 2013

Berat badan sekarang ialah 900 gram. Mata dah tak bengkak macam dulu. Tapi anak mata memang langsung tak nampak. Muez sangat aktif. Muez kenal suara kakak. Setiap hari bila kakak datang ke kedai, Muez lompat lompat dalam cage bila kakak cakap “Hai Muezzzzzz…”

Muez budak cerdik. Dalam cage Muez, kakak tak letak litter box pun. One of the reason ialah kakak tak mahu litter sand termasuk mata, maklum lah Muez tak nampak kan. lagipun kakak memang tak suka cage kecik penuh dengan litter box la, food bowl la. Susah Muez nak bergerak nanti.

Walaupun takde litter box, Muez takde pun berak kencing merata. Selalunya Muez tunggu kakak hantar Muez ke litter box, baru Muez kencing atau berak 🙂

20131103_175121

 Muez minum macam rabbit hihihi

Sebelum ni, kakak letak air minuman Muez dalam bracket bowl yang separa bulat tu. Tapi Muez selalu termasuk kaki dalam tu bila terlalu eksaited main. Maklumlah mata tak nampak. Kadang-kadang tumpah air. Kesian kat Muez, macam mana kalau air tumpah waktu malam, masa kakak takde kat kedai kan. Kang kesian pulak kena tahan dahaga sampai kakak datang ke kedai.

So kakak bagi Muez pakai bekas minuman macam arnab ni. Memula risau juga kalau Muez tak reti. Tapi kakak yakin Muez mesti boleh punya. Masa mula-mula ajar tu, kakak cuma halakan mulut Muez ke bebola untuk jilat tu je, dan tekan sikit bebola tu dengan mulut Muez. Bila keluar air, terus Muez chupchupchup minum. Then sekali sekala, kakak hantarkan Muez minum kat situ. Satu hari je, Muez dah pandai guna. Lega kakak. Takdelah air minuman Muez tumpah atau kotor lagi kepas ni 🙂

20131031_131359
si cerdik

Masa nak ambik gambar, Muez tak macam kucing-kucing lain yang kami kena agah dengan teaser berwarna warni, sebab Muez tak nampak. Kesian sayang kakak ni. Jadi kami gunakan loceng. Muez pandang kamera ikut arah bunyi loceng.

Aku memang tak berkenan langsung dengan perangai membuang kucing ni. Lagi-lagi bila orang tu kita dah nasihatkan suruh mandulkan kucing, tapi taknak, padahal bukan semata taknak bg dia membiak je. Tapi demi kesihatan dan kebaikan kucing tu sendiri. Kita asik tak sampai hati la, kesian la, berdosa la, tapi bila kucing itu beranak pinak, yang cantik kita simpan, yang tak cantik, yang bulu pendek, yang sakit, yang kita gelar kucing kampung tu kita buang kat pasar, buang kat kedai, buang kat masjid, buang kat surau, buang kat PETSHOP!

Grrrr.. cerdik sangat!

Padahal JAKIM dah tetapkan;

Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.

Paling penting, jangannnnnnn lah.. tolonggglahhh jangan buang kucing. Tak kisah la kucing tu cantik ke, tak cantik ke, kurang upaya ke, kalau dah namanya kucing kita, jaga lah ia. Anggaplah itu ujian kecil yang Allah bagi pada kita untuk uji kesabaran kita.

Ini bila kucing buta, kucing lumpuh, kucing sakit, tak mahu jaga. Terus kita kelam kabut telefon dan tanya sana sini, carik shelter home. Jalan paling mudah, pegi buang kat pasar, buang sana, buang sini. Langsung tak fikir hidup mati kucing tu. Langsung tak peduli! Yang penting, “Fuhhh.. lega dah buang kucing. Selamat dah kat rumah aku takde kucing banyak-banyak, takde kucing yang tak cantik. Jimat duit aku tak payah beli makanan kucing. Maklumlah kucing aku semua kucing lawa jer. Kucing kampung atau kurang upaya tak layak jadi kucing aku”

Kemainnnnn…!!

20131031_131431

Apa salah kita?

Kalau waktu awal Muez ni sakit, dia dah dibawa ke vet untuk rawatan, mungkin mata dia takkan buta. Kesian Muez jadi mangsa kebodohan orang lain.

Banyakkan membaca, Dengar pendapat orang lain. Kalau tak percaya, buatlah research sendiri di Internet, tanya pada veterinar. Kucing membiak bukan kerana nafsu. Kucing membiak sebab kitaran hidupnya. Kucing yang sakit kronik, yang lumpuh, yang kena penyakit sporo, tetap sibuk bising nak mengawan jika tidak dimandulkan. Sebab itu memang kitaran hidup dia.

Aku respect pada orang yang walaupun dia tak sokong pemandulan, tapi dia jaga setiap ekor kucingnya. Semua dapat jagaan sempurna. Takde sekor pun dibuang, tak kira cantik ke cacat semua dia jaga dengan baik. Tapi pada mereka yang menjaga dan memelihara kucing jalanan atau yang jadi mangsa buang dengan baik dan penuh keikhlasan, respect aku padanya, LEBIH lagi 🙂

20131031_131433

Gapai semua jemariku, rangkul aku dalam bahagiamu.. ku ingin bersama berdua, selamanya.. Jika ku buka mata ini ku ingin selalu ada dirimu..” ecewahhhh.. sedapnya suara Muez nyanyi, keh keh keh

Maka dengan ini sekianlah nasihat kakak untuk hari ni. Heheh..

Comments

comments

Calendar Girls

Assalamualaikum!

Haritu aku suka suka je hantar gambar kekenit ni untuk pemilihan Kalendar Dunia Kucing 2014. Tak disangka-sangka la pulak, Sookie, Hime dan Aoi shortlisted untuk pemilihan ke Top 24. Hehehe..

Maka dengan itu, Sookie, Hime dan Aoi nak meminta jasa baik kakak kakak, auntie, uncle, abang semua yang masih belum vote untuk diorang ni supaya klik LIKE pada gambar mereka kui kui.. Bukan apa, depa ni semangat nak merasa jadik calendar girl. HAHAHAHA…

Anyway, kalau pun terpilih dalam Top 24, nanti para admin Dunia Kucing akan tapis lagi sampai la dapat 12 finalis je. Tapi tulah, kakak cuba tunaikan impian mereka ni untuk jadi calendar girl. Hehehe.. So bagi mereka yang masih belum vote, hopefully dapat lah bantu dengan mengklik LIKE pada setiap gambar mereka bertiga yang terpilih ni hihi..

 

 

 

 

Dah klik LIKE? Klik terus je kat gambar atas ni. hehe.. okey Ini ialah Sookie. Pada mereka yang baru lagi baca blog ni, kalau nak tahu, Sookie ni suka mandi dan kini sedang dalam projek diet yang dah bertahun tak pernah berjaya.

sookie mandi 1

Ni cerita Sookie yang suka mandi. Seronok kalau mandikan dia ni sebab tak payah struggle hahahaha..

Sookie ni tak banyak ragam. Mudah sangat menjaga dia. Baik budaknya. Yang penting makan cukup, tidur cukup. Hehe.. Sookie ni dah lama bercita-cita nak diet. Sampai sekarang masih berusaha. Kalau dia diet sikit pun masa bulan puasa. Ni cerita Diari Ramadhan Sookie. Diari tahun lepas punya. Sebab tahun ni dia puasa tak habis. LoLoLoL… Betul. Tahun ni dia dengan Jerry dedua puasa yang yok.

 

 

 

 

Ini pulak Aoi. Dah click LIKE kat gambar Aoi? hik hik.. Aoi ni Diva of the House. Bukan dibuat-buat, tapi memang perangai semulajadi dia macam tu. Memang dari kecik. Tak suka berkongsi kasih sayang. Dia feeling cantik sengsorang. Hehe..

Pada yang masih ingat, Aoi tak suka ada meow lain kat rumah. Tapi dia cuma boleh terima Kiko. Kiko yang paling dia sayang, dan dia mesra dengan Kiko walaupun dalam jangkamasa pendek. Teringat kisah Aoi mencari harta karun dengan Kiko.

Haa.. Ni pulak ialah kisah Aoi menyambut besday party dengan kehadiran boyfriend beliau, Kiko tu lah. Tapi Kiko dah pergi tinggalkan kami buat selama-lamanya pada 9 February 2013. Isk sedih pulak 🙁  Tetiap kali baca entry tu mesti menangis. Padahal dah beratus kali kot baca 🙁

bday aoi

 

 

 

 

Haa.. Budak omey ni namanya Hime. Hehehehhe… Haa dah click LIKE dah? Hime ni paling manja tapi panas baran boleh tahan la jugak, hahaha.. Ni ialah sejarah hidup Hime dari zaman dia dijumpai kat dalam longkang sampai la jadi princess macam sekarang Smile

IMG_20120616_183933

Cleopatra sangat bila dah besar, hik hik

hime

Hime ni nampak je suci bersih tapi nakal boleh tahan. Dia ni ada history dua kali panjat pokok, lepas tu tak reti turun. First time dia panjat pokok, sampai ke malam tak reti reti jugak nak turun.

Second time panjat pokok, ha, ni cerita dia.. eh chop, tapi dah click LIKE ke belum? Wahahaha.. saiko giler. Ha ni cerita Hime panjat pokok.

hime2

naughty!!

Okeylah, Sookie, Aoi dan Hime mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu memberi semangat dan galakan kepada mereka bertiga ni dalam cita-cita mengejar impian untuk menjadi calendar girl heheheh. Okey sekarang masa untuk klik LIKE pada setiap satu gambar mereka ni (kalau anda masih belum vote!, haha)

Selamat berhujung minggu!!

Ehhh chop lagi sekali. Kalau la kan, kalau korang tak dapat klik LIKE direct pada gambar-gambar 3 calendar girls ni, korang boleh la click link ni, kemudian klik LIKE pada gambar tu.

Untuk gambar Sookie:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=621527074556079&set=a.621512394557547.1073741857.150240361684755&type=1&theater&notif_t=photo_reply

Untuk gambar Hime:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=621527041222749&set=a.621512394557547.1073741857.150240361684755&type=1&theater&notif_t=photo_reply

Gambar Hime ni special tau sebab awan atas kepala dia tu bentuk LOVE 🙂 Tengok bebetul, hehehe..

Untuk gambar Aoi:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=621527001222753&set=a.621512394557547.1073741857.150240361684755&type=1&theater

Wokeh, kali ni baru bebetul ucapan selamat berhujung minggu, hehe..

Comments

comments