Posts Tagged ‘Mandulkan Kucing’

Kakak, My Strong Kitty

Hai.. mula-mula sekali kena minta maaf sebab lama tak update blog, hehehe.. Hey bukan lupa tau. Tidak sama sekali. Cuma masa sangat mencemburui aku. Kalau ada masa nak update blog pun, lepas jam 12 tengah malam. Tapi kalau tak busy lepas jam 12 tengah malam tu, aku lebih memilih untuk tidur dari update blog hahahaha..

Sorry dong!

Anyway, macam-macam perkara berlaku dalam masa dua bulan selepas last entry aku hari tu. Tapi kita cuba cerita one by one ok. Harap bersabar :)

29 March 2014, hari Sabtu. Masa tu jam lebih kurang pukul 5.30 petang kalau tak salah aku. Aku baru lepas babai customer yang datang beli barang. Lepas tu aku dengar dia panggil “Izzzz.. ni ada kucing kena langgar ni haaa..”

Berlari aku pegi tengok. Ya Allah betapa aku terperanjat bila nampak KAKAK!! Kakak mengesot bebetul depan kedai aku, tapi kat atas jalan raya :(

Kakak ialah stray cat yang aku selalu feed. Macam Alice jugak, tapi Alice lain. Alice setia, takde merayap. Semua orang kenal dia. Kakak pulak datang dan pergi. Pernah aku suarakan pada suami, nak spay Kakak. Tapi tak kesampaian, sebab setiap kali jumpa kakak, mesti dia tengah bunting, ataupun perut menggeleber dan ada susu. Risau dia baru beranak dan masih menyusukan bayi, tu yang buat aku asyik bertangguh.

IMG-20140329-WA0004

 Keadaan kakak dalam carrier, sebelum dibawa ke vet

Tengoklah betapa sedih keadaan dia. Dalam hati rasa betapa kesalnya aku tak sempat bawak dia pegi spay. Kalau dia dah dimandulkan, mungkin dia takkan merayap jauh, jadi kuranglah kemungkinan nak kena langgar kan.

Aku bagi kakak makan. Kebulur yang teramat sangat. Nak menitik air mata aku. Entah berapa lama dia tak makan entah. Kakak mesti dibawa ke vet. Nasib baik masa tu baru pukul 6 jadi vet yang biasa aku pegi tu, belum tutup. So aku mintak kawan aku merangkap groomer di Sookie’s Store tolong hantarkan kakak ke vet.

Esoknya hari Ahad, vet pun keje half day. Aku cuba call tapi dia busy. So takpelah kan. Isnin tu, kebetulan nak hantar Muez, Omot dan Diamond pegi spay, jadi aku terus melawat kakak.

 Kakak di vet

Doktor cakap kena xray untuk tahu bahagian mana yang terjejas. Tak apalah, aku cakap kat Dr Lean, buatlah apa yang patut. Dalam hati risau, mampukah aku nak jaga kakak nanti? Bukan apa, takut tak dapat beri perhatian je. Apa pun, aku minta Dr Lean terus spay kakak. Dengan harapan dia tak bunting la kan. Kalau dah bunting pun aku rasa vet akan buat abortion kot. Macam mana nak beranak kalau dalam keadaan macam tuh?

IMG-20140403-WA0003

IMG-20140403-WA0004

 Hasil xray kakak

Kata Dr Lean, kaki kakak langsung tak patah. Yang patah ialah spinal cord. Tapi bahagian patah tu dah membentuk tulang baru. Malangnya tulang baru tu membentuk waktu kakak di posisi yang senget. Jadi badan dia pun sengetlah. So tulang baru tu cuma menyambung tulang yang patah tu. Tapi jadi macam simen je. Macam useless sebab senget kan.

Saraf kakak pun semua dah mati. Maka kaki dia jadi keding dan keras. Aduhai sedihnya aku masa tu. Tapi kakak bernasib baik sebab dia boleh kencing dan berak sendiri. Which is a good thing, dan kuih muih dia kemain lawa boleh dikutip je hahaha… Sebab some cats, ada yang lepas eksiden, boleh berjalan semula, tapi tak boleh berak dan kencing sendiri. Kena dipicit pundi kencingnya baru boleh kencing. Picit ususnya, baru keluar najis.

Bad thing is, Kakak tak boleh hold bladder (pundi kencing) dia. So ada kalanya, air kencing dia akan mengalir tanpa dia sedari. Contohnya kalau time dia eksaited kita memain dengan dia. Waktu dia marah, atau waktu kita angkat dia. Pastu dalam keadaan dia macam tu, Kakak akan mudah kena UTD (Urinary Tract Disease). Even masa dia dalam wad pun Dr Lean cakap kencing dia ada nanah dan darah. Tapi dia tak rasa sakit la masa kencing. Tak macam kencing kena batu karang tu.

Kakak suka makan, setiap kali dia makan, memang macam kebulur sangat. Dr Lean pun cakap macam tu. Jadi bila aku datang melawat dia, aku pass kat Dr Lean wet food. Bagi dia happy :) Takde la stress kena duk dalam wad kan.

IMG_20140407_134835

 Kakak sudah di-spay! Pakai kon Queen Elizabeth hahaha..

Nasib baik beliau ni tak bunting. 10 hari Kakak dalam wad. Akhirnya Kakak boleh dibawa pulang. Dr Lean cuma bekalkan antiseptic powder untuk disapu pada luka melecet kat pinggul dia (kesan mengheret badan ke hulu ke hilir). Kakak disyaki dilanggar lebih kurang 2 minggu sebelum dia sampai ke Sookie’s Store!

Bayangkan kesengsaraan dia?

Tak terkata :(

IMG-20140407-WA0025

 kakak di Wad Kurang Upaya kat Sookie’s Store pulak, hehehe..

Maafkanlah Kakak yang comot dan compang camping tu. Aku nak sental memang tak sampai hati langsung. Takut dia sakit. Aku cuma lap badan dia dengan wet tissue, dan spray dengan Supercat Bath Spray je setiap kali bersihkan dia. Nampak tak kaki kiri dia yang straight tu? Kaki tu memang tak boleh bengkok langsung!

IMG-20140407-WA0023

 Selamat datang ke Teratak Kakak! Sila bayar tol sebelum sentuh kita :D

Mangkuk makanan tu boleh adjust ketinggian dia, which is good for Kakak. Sebab bila dia makan, boleh la kaki yang straight takleh bengkok tu parking bawah mangkuk tu hehehe. Maka mudah la dia nak makan kan.

20140407_213956

 Gambar dari sudut lain

Kakak makan Nature’s Protection Indoor. Yang baiknye Nature’s Protection Indoor ni ialah kibbles dia kecik, kakak ni kan makan pelahap. Kalau besar kang tercekik pulak. Kandungan protein tak tinggi, cuma 29%. Kakak tak boleh terlalu gemuk. Pastu good for skin & coat dan ada hairball control. Elok la untuk kakak kan sebab dia nak grooming diri sendiri pun terkial-kial. Paling elok sebab makanan ni control pH kencing. Kakak kan mudah dapat UTD. Jadi kenalah berjaga-jaga :)

20140407_214329

 Syok sangat tido haa.. Ko mampu tido cenggini gaya? Gimnastik sangat. Hahaha..

C360_2014-04-09-15-22-32-159

 Lagi satu aksi tidur luar biasa, kahkahkah..

Kat dalam cage tu, bawah sekali aku alas getah yang macam kat tandas awam tu. Lepas tu alas dengan kain alas kaki yang lembut. Lepas tu alas dengan 4-5 keping napkin. Napkin tu aku letak banyak sebab bila dah basah kena kencing, aku tarik keluar je. So tak perlu alihkan kakak banyak kali.

Rupanya menjaga kakak, tidak sesukar yang aku sangkakan! Syukur alhamdulillah, kakak sangat baik. Tak banyak kerenah. Makan minum semua okey. Berak pun lawas :)

C360_2014-04-12-18-49-54-974

 Hoiii!! Mengumpat kita ke?

C360_2014-04-12-19-46-13-865

 Bye, nak sambung tido.. ZzzZzz…

C360_2014-04-13-17-39-13-521
Nampak tak luka kat pinggul dia dah sembuh? Gembira sangat aku masa ni.. Sebab itu tandanya kakak sudah boleh dimandikan!!

C360_2014-04-16-12-19-34-034

 Apaa? Nak mandikan kita? Tapi kita seumur hidup tak pernah mandiiii :(

C360_2014-04-19-19-01-24-954

 Muka budak lepas mandi. Tensen benor muka beliau. hahaha..

Tak dapat nak mandi sampai putih sebab kotoran degil tu wohh.. Buat permulaan, biarlah sikit-sikit kan. Lama-lama nanti putihlah kan. Yang penting wangiiii.. nyum nyummm..

Sebenarnya aku ada kejutan untuk Kakak selepas dia dimandikan.. Iaitu… jeng jeng jengggg…

C360_2014-04-19-19-06-03-699

 Diaper untuk Kakak!!!

Yippieee!! Nasib baik Kakak muat. Size XS tu. Tapi lubang untuk ekor tu aku tak berkenan sebab beso nau lubangnya punn.. Kalau tak kena gaya, berak pun boleh keluar ikut celah lubang tu ahahaha..

Kakak okey je pakai diaper, takde masalah. Dia suka je.. Kemain laju mengesot. Dah macam Suster Ngesot dah, hahaha..

C360_2014-04-19-19-07-48-105
Bestnya boleh jalan-jalan :)

C360_2014-04-19-19-08-46-181 
Kita posing cenggini comey tak?

C360_2014-04-19-19-23-16-539

Ini ialah tempat bertenggek fevret Kakak – CatIt Comfort Zone

C360_2014-04-19-19-26-13-940

 Tiang tu kakak gunakan utk garu muka dia hahahahha..

C360_2014-04-19-19-35-00-067

Dia boleh lepak atas tu dari pukul 7 malam sampai 10 malam okey!! Jadi penyambut tetamu, hehhe..

C360_2014-04-20-19-40-31-768

Kita nak request spender boleh?

Aku yakin dalam kekurangan Kakak, dia membawa seribu kelebihan lain. Kakak jangan risau, insya Allah kami akan jaga Kakak dengan sebaik mungkin, seumur hidup Kakak. Tolong doakan semoga kakak happy tinggal dengan kami :)

Aku akhiri entry kali ini dengan video kakak menggaru muka dengan CatIt Comfort Zone, featuring Omey. Hahaha..

Kempen Pemandulan

**Sticky post. Latest entry, baca dekat bawah, tu pun kalau ada lah hahahahah**

Untuk orang-orang sekitar Kuantan yang ada kucing dan nak spay atau neuter kucing tu, sepanjang bulan March ni, Jawhari Cat Medical Centre sediakan harga promosi untuk pemandulan.

Neuter (untuk kucing jantan) : bermula dari RM100
Spay (untuk kucing betina)   : bermula dari RM150

Tertakluk kepada terma dan syarat la tapinya. Contohnya kalau kucing tu belum vaccine ke, atau sedang on heat ke, maka ada charge tambahan ye. Yang tu kena dapat kepastian dari doktor la. Pakej dia 3 hari 2 malam.

Klinik Jawhari ni terletak dekat Kuantan Avenue. Sebelah Tutti Frutti. Kucing aku semua dah spay dan neuter. Senang betul hati.

Kenapa nak kena bagi mandul kucing pulak? Haaa baca kat sini.

Kalau sayang kucing, pergilah spay atau neuter kucing anda secepat mungkin! Jangan tahu biarkan kucing bunting dan beranak, lepas tu tak mahu jaga dan buang merata-rata. Ini lebih kejam dari binatang ye. Atau bila kucing jantan kau mula kencing merata, ha mulalah nak buang sebab tak sanggup. Eee jahat gila.

Bye!

Sookie Stackhouse

Hai.. nama saya Sookie Stackhouse. Saya ialah kucing milik Kak Iz. Umur saya 6 bulan. Kak Iz cakap, dah masuk kategori anak dara dah, hehe. Malu pulak saya bila dia cakap camtu, hehe. Selepas A-oi, Ichii dan Lilo.. sekarang tibalah giliran saya pulak untuk di-spay.

Saya tak kisah pun. Sebab Kak Iz cakap itu untuk kebaikan saya. Apa yang dia cakap baik tu, means baik la kan. Sedangkan taik saya pun dia yang buangkan, takkan lah saya nak melawan cakap dia kan. Mana berani. Nanti kalau dia tak bagi saya masuk bilik dia lagi, ha macam mana? Hehe.

DSCN6772 [800x600]Hai.. ini ialah saya sedang mengeliat selepas bangun dari tidur

DSCN6774 [800x600]Ini ialah saya cuba mendapatkan perhatian. Muka saya ni nampak je garang, padahal takde la garang sangat pun. Kadang-kadang je garang sikit.

DSCN6981 [800x600]Ini ialah saya selepas kena spay

Muka saya tiada perasaan. Sebab masih dalam pengaruh ubat tahan sakit. Misi tu baru lepas cuci luka jahitan tu. Kena 3 jahitan je. Kak A-oi haritu 5 jahitan sebab tengah miang. Nasib baik saya tak semiang dia. Kak Iz kata, A-oi tu muka innocent je, rupanya miang juga. Amboi amboi. Tak sangka kan?

DSCN6984 [800x600]Qacha dan Kak Iz datang melawat semalam.

Nenek dan abang Haridz pun ada. Qacha tu rindu saya kot. Dia usap-usap kepala saya. Lepas tu bila Kak Iz suruh senyum, dia buat muka cenggitu. Nape eh? Oh lupa pula. Qacha panggil saya Dudi. Hahaha saya rasa kelakar. Tapi bila dia panggil Dudi, saya pandang la jugak. Sebab kalau tak pandang, nanti takut pula dia kejar saya. Takut sangat bila dikejar Qacha ok. Dia lari laju.

DSCN6985 [800x600]

Masa ni misi tu cakap-cakap dengan saya. Biasalah, cakap saya baik la, manja la, pandai la. Hmmpphh.. Dah biasa dengar dah semua tu.

Kak Iz kata, masa tengok gambar saya ni kat kamira, abang long tu ingat kat perut saya tu selimut, hahaha. Hoi, itu perut saya yang berlemaklah! Selimut dengan lemak pun tak tahu bezakan, hihih.

 

DSCN6986 [800x600]Hmmm… mengantuk ah

Ni Qacha la punya kerja, dia usap-usap kepala saya sampai saya rasa mengantuk. Eh sekali lagi perut saya kelihatan seperti selimut hahahahaha.

Best jugak saya duduk kat hospital ni. Boleh berkenalan dengan kucing lain. Kucing gemuk ada, kucing kurus ada, kucing kecik ada, kucing sakit ada, eh macam-macam la.

Bye. Nanti bila dah sihat, saya blog lagi ya. Sekarang ni perut saya botak. Malu nak tunjuk-tunjuk sangat Nyah-Nyah