Tips Memilih Makanan Kucing

** Entry ini di-edit semula pada 28 March 2013 sebab ada maklumat tambahan **

Makanan kucing ialah benda paling penting perlu ada bila kita bela kucing. Tapi berapa ramai yang consult dengan veterinarian atau baca dengan teliti dekat packet makanan tu sebelum membeli makanan kucing? Lilo, Ichii dan A-oi ialah kucing pertama yang kami pelihara. Sebelum tu tak pernah ada experience dengan kucing. Dan sebelum ini aku cukup takut dengan kucing. Bukannya apa, takut kena cakar. Hahaha.

First time pelihara kucing, memang aku tak tahu apa makanan yang patut aku bagi kucing ni. Whiskas? Friskies? Iams? Nasi? Ikan kering? Semua diorang pernah try, kecuali nasi dengan ikan kering la, haha. Dan kucing aku yang bertiga ini, memang tak pernah cerewet. Bagilah jenama apa pun, diorang tak pernah menolak. Tak pernah bad mood bila tengok makanan.

Lawatan pertama ke klinik veterinar untuk vaksin mereka, doktor tanya bagi makanan apa. Lepas tu doktor letakkan sikit Royal Canin Babycat kat dalam mangkuk. Menyerbu diorang makan. Alah apa nak heran, memang pun diorang tu bagi apa pun makan. Haha. Doktor pun suggest, apa kata cuba bagi Royal Canin. Tapi aku tengok mahal harganya. Sob sob. Sedih.

Dan berkat kemanjaan tiga ekor itu, suami pun jadi cair dan mula memberikan dana untuk kucing-kucing ni. Haha. Mulai saat itulah, sampai ke hari ini, kami bagi keenam-enam kucing tu makan Royal Canin. Tiba-tiba aku dan suami rajin nak membaca pasal kucing di Internet. Suamilah lebih rajin. Selalunya dia bagi aku link, dan aku baca.

Ada 3 kategori pet food. Paling bagus ialah jenis super premium atau holistic, premium, dan komersial. Dari segi harga pun tentulah super premium / holistic ni yang paling mahal dan paling susah nak dapat. Dan komersial paling murah dan mudah didapati. Kat pasaraya mana-mana pun ada jual. Kedai runcit dan 7-eleven pun ada.

Steroids, hormones, by-products, bahan pewarna atau perasa tambahan, jagung, gandum, soy, tak baik untuk kucing. Dalam holistic pet food, memang tak ada benda-benda ni. Sebab itu holistic paling mahal dan dikatakan super premium. Jadi kalau beli makanan kucing, kalau boleh cuba elakkan benda-benda ni, terutamanya yang by-product itu. Perasa tambahan (especially garam) tak baik untuk kucing, nanti boleh kena batu karang.

By-product ialah bahagian haiwan yang manusia tak makan. Ok, kalau beli pet food perasa chicken katanya. Cuba tengok kat bahagian ingredients dia. Dia akan tulis chicken by-product ataupun poultry by-product. Wah ada chicken. Kita pun terus beli. Padahal chicken by-product tu cuma bahagian terbuang dari ayam tu. Macam paruh, kaki, kepala, tulang dan sebagainya. Sama la kalau beef ataupun lamb by-product. Cuma bahagian buangan yang tak digunakan yang diorang process untuk buat makanan kucing ni. Tak ke kesian? Dapat makan sisa-sisa ayam je yang belum tentu ada khasiat. Sebabkan by-product ni la makanan tu jadi murah. Makanan yang ada pakai by-product biasanya macam kering, tak berapa moist dan tak berminyak compared to premium or super premium.

Alah.. kucing aku kenyang jugakkkk.. memanglah kenyang, sebab ada corn, wheat, soy dalam makanan tu. Benda ini bertindak sebagai filler yang buatkan kucing kau kenyang, tapi tak dapat nutrisi.

Selain dari tu, kena jugak tengok kandungan nutrisi. Kibbles yang elok perlu ada at least 33% protein. Kucing perlu banyak protein. Lagi tinggi kandungan protein dalam makanan tu, lagi bagus.

Makanan yang kita mudah dapat di pasaraya itu dikategorikan sebagai commercial food. Blackwood dan Royal Canin ialah contoh premium food, tak ada by-product. Tapi Blackwood lebih murah dari Royal Canin. Sebab tu ramai orang beli Blackwood. Lebih murah dan ada breeder pack 24kg pulak tu. Sesuai untuk orang yang ada banyak kucing, beli 24kg terus. Contoh super premium food pulak ialah macam Orijen dan Evo. Ini setakat yang aku tahu la. Tapi Orijen tu mahal. 2.5kg dah RM80. Pitam. Kucing aku yang 4 ekor dewasa tu, dah makan adult kibbles. Kami beli 15kg terus. Hachiko dan Hime still makan yang kitten formula punya. Koyak rabak la purse suami kalau nak bagi Orijen. Bukan purse aku la sebab purse aku banyak resit je, dan membership card. Hahahahaha.

kucing saya makan ini waktu usia 4 – 12 bulan

Ok, kalau diikutkan, kucing memang carnivore. Dia makan daging. Home-cooked meal is the best. Tapi kalau ikut peredaran masa, tak ramai dah orang yang ada masa untuk layan bagi makan ayam, daging, ikan dan sebagainya. Sebab semua orang sibuk bekerja sekarang. Nanti kot kot kau sangkut kat traffic jem ke, atau pergi shopping terlebih masa ke, kucing kat rumah kelaparan pulak. Kalau aku ada pembantu rumah yang khas untuk jaga kucing-kucing aku, maybe aku akan bagi home-cooked meal jugak, selain kibbles.

Kucing perlu makan kibbles. Kalau kau cakap kucing kau tak suka kibbles, dia suka wet food.. so kau pun layan bagi dia makan wet food je. Tak berapa bagus sebenarnya. Sebab wet food pun takde la murah pun.. Mahal sebab harga tin kot. Lepas tu wet food takkan menggemukkan. Setahun pertama sangat penting untuk pembesaran kucing kau. Dalam masa setahun tu, elok bagi free flow food. Biar dia makan bila dia lapar, ikut suka hati dia. Maka kibbles la paling sesuai kan. Macam mana kau nak bagi free flow wet food? Wet food tak boleh dibiarkan lama terdedah kalau tak habis. Kang semut dan bakteria yang membiak.

Dan kebanyakan wet food ada jelly atau nama saintifik dia polysaccharide.  Jelly ni gunanya untuk bagi makanan tu melekat. Tapi terlalu banyak jelly pun tak bagus. Ada sejenis canned food ni, dia punya jelly pun dekat setengah tin. Macam mana kucing nak dapat khasiat kalau makan jelly je?

Memang kebanyakan makanan tin ni, ada jelly tu. Tapi kalau premium punya, kuantiti jelly dia sikit je. Dan kalau dia cakap perasa ayam, ha memang ayamlah. Kalau salmon, memang salmon.. tu yang bagusnya premium canned food.

Kucing-kucing aku kadang-kadang diberi makan makanan basah jugak. Sekali sekala je.. masa hari raya atau birthday atau bila rasa nak bagi, haha. Dah banyak jenis makanan yang kami cuba.. Tapi setakat ini kami paling suka Qiut & Fussie Cat. Qiut takde jelly. Makanan tu nampak sangat moist dan nampak macam rendang, hehe. Perhatian: Ini bukan advertorial untuk Qiut.

Qiut makes kitty happy

Yang dalam gambar ni Tuna Fish with Vegetable Topping. Memang bebetul topping je yer.. sikit je carrot dia.. macam tabur bawang goreng je, haha. Tapi tak kisah la, janji takde jelly. Puas la sikit diorang makan kalau takde jelly.

nampak macam rendang kan?

serbuuuuuuuu

Tengok Sookie tu. Kena apit dek dua budak kecik, nampak dia bukan main besauuu.. Sebelum ni kami ada bagi diorang makan ayam rebus jugak. Iaitu rebus chicken breast tanpa garam, lepas tu chop pakai food processor. Tapi memandangkan haritu shopping canned food banyak kan, so stop dulu lah chicken breast, hehe.

edited: Oleh kerana ramai yang asik cakap Royal Canin ada kandungan pork, lalu aku tanya sendiri pada pihak Royal Canin Malaysia pada 25 March 2013. Lalu mereka email pada aku, surat dari Royal Canin yang menyatakan bahawa:

Antara syarat penting untuk mengimport makanan kucing dari luar negara ialah “The pet food intended for cat food must not contain pork or swine origin.” atau dalam Bahasa Melayu yang aku alih bahasa sendiri; “Makanan haiwan untuk makanan kucing mestilah tidak mengandungi babi ataupun mengandungi unsur babi”

RC Letter

Dan pihak Royal Canin juga ada email sekali surat kelulusan dari DVS bertarikh 24 May 2012 yang memberi kelulusan untuk mengimport makanan dari RC France, senarai makanan seperti dalam surat yang aku letak dalam entry ni.

So lepas ni janganlah ragu-ragu lagi ya. Aku sendiri pernah ragu-ragu dengan RC Sensible. Tapi lepas dapat clarification dari RC sendiri (aku contact sendiri tau, bukan khabar angin atau forwarded email ke, FB photo sharing ke apa), lega lah hati ini, hehe..

 

Nota kaki: Credit to Scratch dan Meow Diaries for the info :)

Comments

comments

103 comments on Tips Memilih Makanan Kucing

  1. lindaNo Gravatar
    December 22, 2011 at 5:21 pm

    Salam,

    Proformance kategori ape ye? Saya selalu beli repack je…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      December 30, 2011 at 10:52 am

      Based on their website, katanya Proformance ni super premium :) cubalah tengok ingredients. Kalau premium or super premium, takde by-product tu

      Reply
  2. MyOllyNo Gravatar
    February 9, 2012 at 4:50 pm

    tumpang lalu..nak tanya ni..ada salah satu kucing saya baru-baru ni tak nak makan..dah diberi kibble taknak, diberi makan dalam tin pun taknak..so last2 saya try je ikan rebus..pastu my mom kata cuba campur nasi…alih2 licin di sebatnya… saya tau campur nasi tak baik utk kucing but what to do kan.. so ada tak apa2 cara nak bg dia gila balik kat makanan yang moden2 sikit ni ( ika rebus + nasi, tu makanan orang dulu2 je bagi kan)..ada cadangan?

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 10, 2012 at 10:17 am

      Dia taknak makan tu sbb tak sihat ke? Sebab tukar food ke? Berak dia okey? Biasanya kalau pegi klinik, doktor suggest bagi makan A/D Hills Prescription kalau takde selera or if tak sihat. Sbb food tu bau kuat. Dulu masa Hachiko mula-mula tukar kibbles pun dia mogok taknak makan. Tapi masa tu dia berselera bila makan ayam rebus dalam tin (brand Royal Feast atau Burp Premium), so few days tu kitorang layankan je selera dia. Bila mcm dah okey sikit, slowly bagi makan kibbles semula. Sbb masa tu dia kecik lagi, kalau tak makan kibbles, camne nak besar ye dak? Tapi kena makan berteman, kena tunggu dia makan or sometimes letak food tu atas tapak tangan, bagi dia makan.

      Macam kucing you, if dia selera makan ikan rebus, apa kata instead of gaul dengan nasi, you gaul dengan dia punya kibbles? Then slowly kurangkan ikan and lebihkan kibbles. Hope it works :)

      Reply
      • atiqah nurNo Gravatar
        November 22, 2012 at 9:43 am

        salam,kak.
        saya tengah panik ni. saye tgk kat website kalau A/D Hills tu ada kandungan babi . saye takot ni . betol ke?

        Reply
        • Iz YahyaNo Gravatar
          November 22, 2012 at 12:41 pm

          Memang a/d ada kandungan babi. Tapi a/d perlu diberi pada kucing yang sakit supaya dia ada tenaga untuk terus hidup, bukannya sebagai makanan rasmi. a/d itu ubat. Berhati-hatilah ketika uruskan kucing dgn a/d. Tak payahlah takut sangat, hehe..

          Reply
  3. rose shimaNo Gravatar
    June 13, 2012 at 9:29 pm

    salam.. kucing saya makan jenama machiko,hachiko tu same jenama ke?lagi satu cam ner yer nk kurang kan bulu gugur.coz my cat bulu banyak sangat gugur

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      June 14, 2012 at 11:44 am

      Tak pernah dengar cat food nama Machiko. Ada jugak google tadi, tapi tak pernah tengok cat food tu. Maybe sebab kat Kuantan ni kurang variety in cat food, hehe. Hachiko tu nama kucing saya :)

      ADa few factors yang buat bulu kucing gugur. Normally bila umur dia 7-8 bulan, bulu dia akan banyak gugur. Ini normal. Then masa musim panas pun, selalunya bulu banyak gugur. Sebab tu mat salleh kat oversea akan cukur bulu kucing diorang during summer. Pastu kalau masalah hormon pun, bulu akan gugur. Tanda masalah hormon, bulu gugur sebelah kiri sama banyak dengan sebelah kanan. Kalau telinga kiri dia botak, kanan pun botak jugak, ha itu masalah hormon. My cats pun pernah jugak hadapi masalah hormon ni, vet bagi vitamin, Nutri Stat nama dia. Akan neutralkan balik hormon dan serves as vitamin for the kitty. Kucing akan bertambah selera makan jugak.

      Kalau kibbles yang kurangkan masalah bulu gugur, dengarnya Blackwood. Tapi belum pernah cuba coz my cats makan Royal Canin since baby. Bulu memang gugur, tapi kitorang anggap normal je. As long as tak botak, hehehe.

      Reply
      • hazlyNo Gravatar
        March 23, 2013 at 7:39 pm

        salam..

        my cats mkn RC juger…….adakah sampai melebihi umur satu tahun akan ada masalah gugur bulu..atau kerap mandikan kucing 2 minggu sekali…

        Reply
        • Iz YahyaNo Gravatar
          March 26, 2013 at 2:01 pm

          w’salam. selalunya kucing akan gugur banyak bulu bila 6-10 months sebab dia tukar bulu. Cuaca panas, stress, imbalance hormones, kutu, kurang nutrisi atau makanan yang tak sesuai boleh gugurkan bulu juga. Boleh tahu kenapa u kerap mandikan kucing? Kucing normally sangat pembersih dan grooming sendiri. Tak elok mandikan selalu. Kucing saya mandi bila terlalu kotor atau busuk je. Selalunya 2 bulan sekali. Kadang 3 bulan sekali.

          Reply
  4. RemyNo Gravatar
    August 4, 2012 at 12:32 pm

    Hi.. Sebelum ni saya pun kasi makan RC. Tp baru2 ni masa nak beli makanana dia org kedai pet cakap dah tak de. Sbb ada isu RC ada kandungan babi. So tak halal. So saya tukar dengan Blackwood. Any comment?

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      August 4, 2012 at 2:04 pm

      Haritu RC takde kat pasaran sebab dia ada issue dengan distributor. Bkn sbb dia ada pork. And now dah tukar distributor baru. Rc pun dah ada semula sekarang kat petshop.

      Pasal kandungan babi tu, setahu saya, RC Sensible memang ada ‘dehydrated pork protein’. Yg jenis lain saya tak pasti. Tahu ni pun sbb haritu plan nak tukar ke Sensible. Tp lepas tgk ingredients, tak jadi. Apa2 pun sebelum beli any cat food, tengok ingredients dia dulu ok :)

      Reply
      • Iz YahyaNo Gravatar
        March 28, 2013 at 11:59 am

        Edited: RC Sensible tidak mengandungi sebarang unsur babi. Entry ini telah di-edit semula dengan maklumat tambahan

        Reply
        • FARHANANo Gravatar
          October 23, 2013 at 1:42 pm

          gugur jantung bila baca rc ada babi

          Reply
          • Iz YahyaNo Gravatar
            October 27, 2013 at 2:58 pm

            kalau tak berpuas hati atau tak berapa faham tentang isu babi ni, boleh call sendiri Royal Canin 03-23023388. Maybe mereka boleh terangkan lebih lanjut dan beri kafahaman pada pelanggan mereka :)

    • fara hanimNo Gravatar
      November 3, 2012 at 3:22 pm

      kat mana awk beli makanan tu

      Reply
  5. RemyNo Gravatar
    August 4, 2012 at 3:23 pm

    Tq for the info. Boleh lah continue guna RC… I love RC..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      April 9, 2013 at 2:23 pm

      Most cats memang suka RC :)

      Reply
  6. Muhammad FadilNo Gravatar
    September 2, 2012 at 10:02 am

    saya ade jumpa kucing kecil,lepas tu saya bawak balik..kesian punya pasal..nak kasi makan tak tahu..
    kasi ikan yg dah di potong…tapi,tetap tak mkn..mcm mana erk ?..boleh tolong

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      September 2, 2012 at 2:53 pm

      Boleh tahu, kucing tu besar mana? Kalau kecik sgt, kena susukan dia. Kena bg kucing susu kambing sebab diorg tak boleh minum susu lembu nanti cirit. Feed pakai syringe. If dia dah besar, cuba bagi makanan kucing yg basah tu mcm whiskas ke friskies ke. Ataupun boleh juga cuba bagi ayam rebus yg diracik2.

      Reply
    • fara hanimNo Gravatar
      November 3, 2012 at 3:20 pm

      boleh …rasanyer awk beli kat kedai runcit ,awk tanya kat org tu tanya yg mana makanan kucing….emmm saya pon sama mcm awk juga ….sbb kesian …..

      Reply
    • Muhd AliNo Gravatar
      November 11, 2013 at 11:44 am

      Kucing saya dlu makan EVO dan tiada masalah bulu gugur dan badan capat membesar.Tapi sekarang dah tak beli lagi coz stok susah mahu cari..n skrang guna RC tp badan kucing nampak susut n bulu banyak gugur..

      Reply
      • Iz YahyaNo Gravatar
        November 15, 2013 at 9:26 pm

        EVO memang satu Malaysia takde stock sekarang. But tak lama lagi akan ada semula. Kalau tak sesuai RC boleh cuba makanan lain yang grain free macam Taste of the Wild, Tuscan atau Orijen. Mungkin kucing awak dah biasa makan grain free food kot :D

        Reply
  7. fara hanimNo Gravatar
    November 3, 2012 at 3:15 pm

    ahhh frust nyerr sbb semua makanan kucing semua mahal ….walaupon saya ada 1 saje kucing tapi tetap pening ……kesian kookie (kucing) asyik makan ikan jer….kat kedai runcit ada tapi rm5.50 ……

    Reply
  8. fara hanimNo Gravatar
    November 3, 2012 at 3:16 pm

    emmmm rasa nyerr kat mana ekk jual makanan kucing yg murah

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      March 28, 2013 at 11:53 am

      Makan ikan elok juga kalau rasa makanan kucing yang biskut tu mahal. tapi jangan bagi ikan yang dah tak elok. Seeloknya bagi ikan rebus

      Reply
  9. sorfinaNo Gravatar
    December 8, 2012 at 8:58 pm

    hye :) nak tanya. Kalau jenama Smart Heart okay tak? Saya tak tahu jenama apa yang sesuai untuk kucing saya yang berumur 2 bulan.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      December 10, 2012 at 12:07 pm

      Okay je. Tapi belilah yang kitten punya tau. Tapi kalau umur 2 bulan, paling elok makan Royal Canin Babycat. Sebab kibbles dia sangat kecik, sesuai la dengan mulut kucing yang usia 2 bulan :) Saya tak pasti kibbles Smart Heart besar mana, tapi kalau rasa2 macam besar, pecah pecahkan dulu ya. Takut tercekik nanti, ehehe

      Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      December 27, 2012 at 3:36 pm

      Thank you so much for dropping by :)

      Reply
  10. roziahNo Gravatar
    December 26, 2012 at 12:01 pm

    saya ada terbaca di internet yang royal canin ni mengandungi bahan dari khinzir…tu sebab la cat suka mkn rc…betul ker?klu kita ni yg tak mkn tapi memegang rc pun haram gak kan?

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      December 27, 2012 at 3:35 pm

      RC Sensible memang terang terangan ada pork protein tertulis di ingredients. Tapi yang lain, takde tulis dalam ingredients. Bagi saya, selagi takde terang terangan tulis pork atau yang sewaktu dengannya, saya bagi kucing saya makan. Yang penting cara kita handle food tu. Jangan dengar khabar angin atau percaya semata-mata pada forum. Kalau tak puas hati, better tanya sendiri dengan company yang keluarkan food tu :) Kalau nak cari cat food yang ada cop HALAL dari Jakim, memang cat food made in Malaysia je la :)

      Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      March 28, 2013 at 12:01 pm

      Entry ini telah diedit semula pada 28 March 2013 dengan maklumat tambahan. Makanan Royal Canin tidak mengandungi babi atau unsur babi

      Reply
  11. daisyroseNo Gravatar
    January 8, 2013 at 12:41 pm

    salam,

    macamana kita cara paling praktikal keluarkan hairball tu? sbb skrg kucing sy mcm kerap batu / bersin, n org kata ni sbb hariball tu, btl ke?

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 8, 2013 at 12:47 pm

      W’salam. Kalau hairball, paling praktikal bagi dia makan pet grass. Nanti dia akan muntah dan bulu akan keluar sekali. Ataupun kalau bawa pegi kat vet, doctor akan bagi Vetri HBR utk cuci perut dia. Hairball akan keluar melalui najis. Kucing saya pernah dpt Vetri HBR tu. Tapi tak sembuh so saya bawak ke vet lain, rupanya tekak dia bengkak. Sbb tu dia batuk. Lepas diberi ubat yang betul, kejap je baik. So kalau batuk dia berpanjangan dan dia takde muntahkan apa-apa, better bawak ke vet.

      Reply
  12. daisyroseNo Gravatar
    January 8, 2013 at 4:35 pm

    mcm mana kita nak tau yg HBR tu berkesan ye? bulu tu mmg akn nampak jelas ke bila keluar dengan najis nnt ke?

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 8, 2013 at 4:43 pm

      Bila batuk dia makin berkurang. Tak nampak pun dalam najis. Tp HBR tu quite expensive la. Kalau bebetul sbb hairball, takpe. Takut salah diagnos je, rugi duit. Tu better gi vet. Sbb kalau hairball biasa, makan rumput pun dah boleh muntah. Your cat indoor ke outdoor?

      Reply
  13. lilyNo Gravatar
    February 1, 2013 at 8:53 am

    Hallo,
    saya mau tanya beberapa hal:
    1. Kenapa makanan kering lebih baik daripada basah?
    2. Kenapa tidak boleh campur nasi? Saya suka campur nasi dengan makanan basah, berharap kucing kenyang lebih lama.
    3. Berapa jam sekali sebaiknya kucing diberi makan? Kucing saya tiap 3 atau 4 jam pasti sudah ramai mengeong minta makan.
    Terima kasih atas bantuannya ^_^

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      February 4, 2013 at 10:47 am

      1. Sebenarnya makanan kering itu memudahkan. Terutamanya bagi mereka yang bekerja dan ada kucing di rumah. Kalau diberi makanan basah je, nanti susah kalau balik kerja lewat ataupun jika terpaksa outstation. Makanan basah tak boleh simpan lama. perlu dihabiskan segera, kalau tidak nanti bakteria membiak dan buat kucing sakit perut. Makanan kering boleh dibiarkan dalam mangkuk dan kucing akan makan bila dia lapar (self-service). Makanan kering sudah diformulakan balance untuk diet kucing itu. Tapi depends juga jenama apa. Ada makanan kering yang sangat bagus kandungannya dan boleh buat kucing sihat dan gemuk. Ada juga makanan kering yang murah tapi tidak mengenyangkan kucing sebab kandungannya tak berapa bagus.

      2. Nasi itu dikira sebagai grain. Grain tak bagus untuk kucing, susah nak digest. Ada kucing yang cirit birit atau najisnya tidak solid kerana makan nasi, apa lagi kalau nasi yang dah lama. Boleh juka dicampur makanannya dengan nasi yang baru jika kucing itu tiada masalah cirit birit dan penghadaman.

      3. Makanan kucing seharusnya tersedia 24jam, bersama air yang bersih. Sebab tu makanan kering lebih elok. Sebab ia tidak basi. Kucing pun tak perlu menanggung kelaparan dan perlu meminta-minta pada tuannya untuk diberi makan. Kucing yang kenyang tidak akan mengganggu orang di meja makan ataupun meow tak berhenti minta makanan :)

      Terima kasih

      Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      March 26, 2013 at 2:12 pm

      hehehe.. tq.. sama-sama :) share experience je :)

      Reply
  14. sitiNo Gravatar
    March 12, 2013 at 5:38 pm

    Kucing sya baru kena kencing tak lawas.Pergi vet dia kata 50/50.Kucing sya terpaksa ditahan wad selama 20 hari.Kat sini dr bg Royal Canin utk melawaskan kencing memang ada babi tp kena jaga2.Allahamuduiillah sekrg ni beransur sembuh.Saya harap jgn bg makanan di iklan tu.Dr cadangkan beli jenama Kis Kis,Go dn Eureka.Saya beli Eureka holistic cat food.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      March 28, 2013 at 11:55 am

      RC Urinary S/O untuk kucing yang ada masalah kencing tak lawas (FLUTD – Feline Lower Urinary Tract Desease) tak ada kandungan babi. Saya baru edit entry ni dengan surat pengesahan dari Royal Canin yang mengatakan produk mereka tiada kandungan babi.

      Reply
  15. PCNo Gravatar
    March 27, 2013 at 1:57 am

    akk, kalau bagi frieskies / whiskas okey ke ?
    kucing sye baru 4 bulan kot. tapi sye bagi makanan kucing yang untuk kucing yang besar whiskas.
    takpe ke ?

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      March 28, 2013 at 11:57 am

      Kalau dia belum umur setahun, elok bagi kitten food. Adult food kurang protein dan anak kucing perlu protein tinggi untuk proses pembesaran mereka

      Reply
  16. fairusNo Gravatar
    April 7, 2013 at 12:25 pm

    sblm nie sy ada bg mkn blackwood,dan xlama kemudian sy brtukar pada royal canin(hair n skin)+royal canin(kitten)tp selepas bertukar mknan rc kucing ni bnyk bulu gugur.sblm dia mkn rc,bulu dia xdelh bnyk gugur.knp leh jd mcm 2?dah 1bln sy bg mkn rc pn same jgk.@ sy kne bg mkn lama dia semula (blackwood)?bila org kt rc bagus sy pn bli untuk bulu.tp jd mcm ni plk.dh jmp Doc tp kate dia ,kucing sihat dan xde kutu…hlp me..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      April 9, 2013 at 2:28 pm

      Kucing awak umur berapa? Kalau antara 7-10 bulan atau setahun tu memang tempoh dia shedding untuk tumbuh bulu baru. Kalau kucing awak takde masalah skin atau kutu, mungkin cuaca yang terlalu panas buat bulu dia gugur. Sebab tu mat saleh suka cukur bulu kucing bila summer. Bulu gugur perkara normal utk kucing unless gugur bulu sampai botak, yang tu merbahaya. Sama la macam manusia pun rambut gugur juga :)

      Reply
  17. mmNo Gravatar
    April 8, 2013 at 7:07 pm

    Salam..sy nk tnya rc mane ssuai utk bulu ggur eh?? Sblom nih sy bg leo tu mkn blackwood+ikan rebus sbb dia ssah nk makan kalau xde ikan rebus..huhu

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      April 9, 2013 at 2:03 pm

      Kucing bulu gugur ada banyak sebab, kurang nutrisi, kulit sensitif, pemakanan yang tak sesuai, banyak kutu, musim panas dan bila umur dia dalam 6-10 bulan. Lagipun kucing memang gugur bulunya, sama macam manusia pun gugur rambut juga. Kalau tak banyak gugur, jangan risau. Tapi RC Hair & Skin sesuai untuk kucing yang kulit sensitif dan boleh control keguguran bulu. Boleh juga bagi makan supplement macam Brewers Yeast, Nutri Coat, Salmon Oil atau apa2 supplement lain yang untuk skin & coat :)

      Reply
  18. SURIANo Gravatar
    April 10, 2013 at 10:04 pm

    salam Iz….sy baru je adopt 2 kitten ..skang umo dah masuk 2.5 bulan…

    skarang ni bagi derang mkn ayam rebus+cod liver oil 2 kali sehari (pg dan malam)….tghari ptg plak bg kibbles friskies…baru2 ni terbaca pasal kibbles friskies ni byk garam n slalu bg masalah batu karang….sbb tu everytime meal….sy masukkan air rebusan ayam…

    soklan sy….diet plan diaorg ok tak? ke perlu tambah baik? adakah dgn masukkan air dlm makann dlm setiap meal kitten dpt elakkan batu karang? tengs.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      April 12, 2013 at 1:21 pm

      W’salam.. ni yang sama tulis kat wall fb haritu kan? Saya dah reply kat situ :) Diet plan diorang yang ayam rebus + cod liver oil dua kali sehari tu dah okey dah. Cuma kibbles perlu bagi free flow sebab diorang kecik lagi, perlu makan tanpa dicatu. Biar dia makan bila-bila masa dia rasa nak makan. Bila kenyang, dia akan stop sendiri. Kalau berkemampuan, elakkan bagi makan commercial food. Bagi premium atau super premium food. Itu pun kalau mudah nak dapatkan makanan premium ni la. Kalau susah (contohnya tempat tinggal terlalu jauh dari pet shop atau vet yang menjual makanan premium), tak salah pun bagi commercial food. Tapi memang pun ia akan memberi risiko batu karang sebab banyak kandungan garam dalam tu.

      Reply
  19. JueNo Gravatar
    April 13, 2013 at 11:03 pm

    Salaam
    Nak minta pndangan..my kitten umr nk msk 3 bln..sblm ni I bg blackwood+rc repack..beli repack coz rs mcm byk sgt kalu 2kg tu..pastu da abis blackwood..I bg rc tu je la..dpt tahu repack x elok..so I tkr ke equilibrio..dia cirit sikit..skrg ni ngh surveu kibble yg bgs utk dia..utk cntkkan bulu n debabkn dia..mcm2 ada..taste of the wild u pnh try x..I konpis la..evo la anf la..rc la..aduhhh..help me

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      April 16, 2013 at 10:33 am

      Wsalam…

      Emm.. kenapa repack tak elok ye? Setahu saya bendanya sama je. Cuma cara packing je, kalau plastik nipis, mungkin mudah masuk angin. Taste of the wild 100% grain free dengan protein tinggi. Ianya dirumus khas untuk mencantikkan bulu juga. Harga pun berpatutan. Mungkin awak boleh cuba :)

      Reply
  20. dzulNo Gravatar
    July 12, 2013 at 3:30 am

    Makanan kucing pro diet nieh termasuk dlm kelompok commercial food jgk ke? SKrg tgh cari info2 membela kucing, sbb baru 1st time nak bela. Mohon sedikit penjelasan. Tq ;)

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 14, 2013 at 10:22 pm

      Most cat food yang mudah didapati di pasaraya ialah dalam kelompok commercial food :) Cuba ke petshop. Makanan premium sekarang pun ada yang harganya sangat berpatutan :)

      Reply
      • faizNo Gravatar
        September 17, 2013 at 5:53 pm

        salam..kak kucing sy bru lhir…dh dkt 1bln lbh…knpe kucing 2 xpndai jlan…seko lg ok je…
        ade mbr ckp..ptah tulng blkng..kt mne klink haiwan yg blh mrwat

        Reply
        • Iz YahyaNo Gravatar
          September 20, 2013 at 10:34 am

          cuba bawak pegi klinik. Awak kat Kuantan ke? Boleh cuba ke Klinik Haiwan Kuantan kat Jalan Hj Ahmad 2. No telefon 095172233

          Reply
  21. azNo Gravatar
    July 13, 2013 at 9:01 pm

    iz, ada tak review pasal taste of the wild atau equilibrio? currently bagi budak2 ni makan orijen. almost setahun dah, lepas tukar dari evo. tapi susah betul nak dpt stok orijen ni kat melaka. asyik nak kena beli online je. pastu bukan selalu ada stok. sakit kepala dibuatnye. pet shop nearby ada jual TOTW & equilibrio. kalau ada apa2 review, hopefully boleh share ye. tq!

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 14, 2013 at 10:26 pm

      Taste of the Wild okey.. Equilibrio pun okey juga. Tapi TOTW ialah grain free, suitable for all life stages dan kalau yang Rocky Mountain (bag hijau) tu, kandungan protein dia 42%. EQ pulak bukan grain free dan kandungan protein dia kalau tak salah saya 35% kot. Harga TOTW pun tidak semahal makanan grain free yang lain :) Tapi apa pun terpulang pada penerimaan kucing masing-masing. Kalau bagi TOTW, kena pastikan kucing banyak minum air sebab kandungan protein yang tinggi boleh buat badan mereka panas.

      Reply
  22. ezuanNo Gravatar
    July 16, 2013 at 12:14 am

    assalam sis…
    actually,i baru beli kitten..umor kitten i arround 3month…
    mase mula2 bela dulu,i bg makan rc…
    skrg i bg makan orijen…
    tp masalahnye,dah 2 minggu i bg makan orijen,poo dia solid jeh,x da masalah poo pn…
    tp skrg,poo dia cair..kdg2 solid..i ada bace review mengatakan kalau poo dia cair,ada something wrong pada kitten…tp kitten i still active and ceria mcm selalu…
    knp ye sis??

    Reply
  23. ezuanNo Gravatar
    July 16, 2013 at 12:17 am

    assalam sis…
    actually,i baru beli kitten..umor kitten i arround 3month…
    mase mula2 bela dulu,i bg makan rc…
    skrg i bg makan orijen…
    tp masalahnye,dah 2 minggu i bg makan orijen,poo dia solid jeh,x da masalah poo pn…
    tp skrg,poo dia cair..kdg2 solid..i ada bace review mengatakan kalau poo dia cair,ada something wrong pada kitten…tp kitten i still active and ceria mcm selalu…
    knp ye sis?? hope dpt membantu…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 17, 2013 at 2:49 pm

      Hai.. haritu u ada email juga kan? I dah reply dekat email tu :) If tak dapat, cuba check kat folder spam, hehehe

      Reply
  24. ainNo Gravatar
    July 17, 2013 at 1:53 pm

    Assalam..nk tanya ada terbaca proformance pun ada pork, betul ke? Plan nk bg proformance sbb rasa tu premium plg murah..boleh cadangkan premium yg lain yg agak murah berbanding RC..tq.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 17, 2013 at 2:45 pm

      Wsalam.. Semua makanan kucing yang nak masuk Malaysia, syarat utama dia mesti tidak mengandungi babi atau sebarang unsur babi. Jadi sepatutnya semua makanan kucing di Malaysia ni adalah bebas dari pork (sebab itu memang syarat utama yang dikenakan oleh DVS)

      Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      July 17, 2013 at 2:46 pm

      Premium food lain yang murah berbanding RC ialah Blackwood, Matisse, Natural Balance. Taste of the Wild pun okey, yang ini grain free, so lagilah bagus untuk kucing :)

      Reply
  25. IeyraNo Gravatar
    July 19, 2013 at 11:46 pm

    Hi.. Nak tanya.i ada kitten around less than 1 month. Ibu dia tinggalkan dia. Dia x suka minum air & i pki shringe tu nak bg susu.tp dia x suka.Makanan i bg adult punya whiskas coz yg kitten punya dia kurang layan.
    Cuma i nak tanya, if i letak food basah tu from moring pegi keje sampai balik keje ok ke? Takde sape nak feed dia masa kerja..
    I simpan makanan dia dlm peti sejuk. Sebab i takut letak luar makanan tu rosak.ok ke mcm tu? I belum try bg makanan kering tu sebab rasanya dia kecik lg nak kunyah benda tu…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      August 1, 2013 at 3:44 pm

      Kalau nak ikutkan, memang tak elok biarkan lama2 kat luar sampai ke petang. Cuba ajar dia makan dry food yang kitten punya sebab kibbles dia lebih kecik. Tapi campurkan dengan wet food. Bila dah campur dengan wet food, nanti makanan tu akan lembik sendiri & dia mudah nak kunyah. Then U boleh letak wet food bila pegi keje, tapi at the same time, letak jugak dry food. Bila lapar nanti dia makan. Kalau diikutkan, umur 1 bulan dah boleh belajar makan kibbles dah :)

      Reply
  26. boni kacakNo Gravatar
    August 21, 2013 at 1:55 am

    royal canin ni product yang bagus ke? ada lagi tak product yang bagus selain daripada royal canin? dan dalam kategori premium atau super premium? apa beza super premium dengan premium? dan apa product yang bagus untuk mencantik dan mengembangkan bulu kucing ye?
    boni kacak recently posted..Sedondon Kat Bawah

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      August 21, 2013 at 5:15 pm

      Bagus.. ada banyak product premium dan super premium. Beza premium dan super premium selalunya dari segi daging yang digunakan. Contohnya kalau premium food guna ikan (tak mention ikan apa) but super premium guna ikan salmon. Selalunya makanan main peranan kalau nak cantikkan & kembangkan bulu kucing selain bagi makan supplements. Kalau awak ada di Kuantan, boleh la singgah Sookie’s Store. Boleh cerita ceriti lagi :)

      Reply
  27. samlockNo Gravatar
    August 24, 2013 at 10:57 am

    blh sy tanye skit..nk tahu apa makanan super premium yg bagus?sbb sy ada kitten 2 ekor dn adult 2ekor..klu blh nk skali kn makanan dorang..mana lagi baik? orijen,evoderm or innova evo? klu blh bg details ttg food nie kebaikan dn keburukan…

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      August 26, 2013 at 10:24 pm

      Ada banyak jenis makanan super premium macam Orijen, Evo, Natural Balance, Feline Caviar, Wellness, taste of the Wild dan sebagainya. Sesetengahnya suitable for all life stages. Setiap jenis makanan ada pro & cons dan kalau kucing saya sesuai dengan makanan tu (contohnya), tak semestinya kucing awak pun sesuai dengan makanan yang sama. Boleh google di Internet review tentang makanan tersebut :)

      Reply
  28. EkynsNo Gravatar
    October 26, 2013 at 10:56 pm

    Salam.

    Sis, saya nak tanya umur berapa kita dah boleh start bg kucing makan adult food ? TQ :)

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      October 27, 2013 at 2:44 pm

      Wsalam.. 1 tahun ke atas dah boleh makan adult food

      Reply
  29. NorlieNo Gravatar
    November 12, 2013 at 3:53 pm

    Hi sis,

    I baru bela kitten..skang usia da dkt 3 bln…br 3 ari bela..tak tau nk bg mkn ape. search kt blog…ramai suggest RC..tp xtau la lau RC tu ada byk jenis ke x for kitten kan.Boleh tlg suggestkan,.kitten sy tu jantan and mix persian..so bulu2 dia panjang2 sket..Makanan apa yang sesuai supaya bulu2 dia xgugur n sentiasa panjang dan lebat. Pastu dia jarang minum air.Macam mana nk galak kan dia minum air ye?

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 15, 2013 at 9:22 pm

      Kalau umur 3 bulan dan if nak bagi Royal Canin, boleh bagi RC Babycat. Yang ni utk kucing 1-4 bulan. lepas tu boleh sambung RC Kitten 36 ataupun RC Kitten Persian 32 sampai umur 1 tahun :) Bulu kucing sama macam rambut manusia, ada kalanya gugur jugak. Seeloknya bagi makanan yang grain free macam Orijen, taste of the wild atau yang sikit kandungan grainnya macam Iskhan Cat. Jangan bagi makanan manusia especially yang bergoreng mcm ayam goreng atau ikan goreng. Nak bagi ayam atau ikan boleh tapi rebus tanpa garam dan buangkan tulang. Nak galakkan dia minum air, boleh beli water fountain :)

      Reply
  30. syahNo Gravatar
    November 20, 2013 at 12:10 am

    Salam..nk tny…boleh x kalo sy campurkan rc persian kitten 32 and rc 36 kitten? Sbbnya my mum tersalah beli yg 36…die xtau plak ada yg khas for persian..so nk elakkan membazir…blh cmpurkan x?

    Reply
  31. NizaNo Gravatar
    November 24, 2013 at 9:34 pm

    Salam sis ,nk tanya starpro premium bagus ke ? B4 this bg prodiet je . Tp kenal One of Online saler ckp prodiet x bagus bleh Dpt batu karang??? Adooi so dia ckp batter tukar pd rc or blackwood or paling cikai star pro ,bleh bg review skit pasai starpro tq

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      November 26, 2013 at 12:56 am

      Wsalam.. Star Pro is better dari commercial food sebab dia takde bahan pewarna dan kandungan garam tak sebanyak commercial food :)

      Reply
  32. CaramelNo Gravatar
    November 29, 2013 at 1:56 pm

    As salam sis…

    saya nak tanya 3 soalan.. kucing saya umur dia 4-5 bulan :-
    1. boleh ke tukar dry food macam tu je ?? atau kena tukar step by step ?? sebab sy bagi diorang friskies tp bila dah tau friskies tak elok nak tukar pd RC or Blackwood
    2. kalau kucing saya bagi dryfood je elok tak??? kene bagi makanan lain tak ?? takut tak cukup protein… :)
    3. boleh tak bg list premium kitten dryfood yang murah ???

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 17, 2014 at 2:04 am

      W’salam..

      1. Selalunya tukar makanan kucing secara berperingkat untuk elakkan dia dari cirit birit.
      2. Boleh je bagi dry food. Kalau bagi makanan yang super premium, nutritionnya memang dah seimbang. Kalau nak bagi wet food pun boleh, sekali sekala je. Kalau rajin, boleh bagi ayam rebus :)
      3. Equilibrio, Matisse, Cat’s Eye, Iskhan, Blackwood, Nature’s Protection, Pronature Original

      Reply
  33. nadieyatul akmalNo Gravatar
    December 6, 2013 at 10:41 am

    Salam akak, nak tanya , Pro plan ada lemak khinzir ke? Pening dah ni

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 17, 2014 at 2:01 am

      W’salam.. Tak sure la awak, cuba tengok dalam ingredients kat pek dia. Kadang2 yang overseas punya maybe ada, tapi selalunya untuk pasaran Asia, memang takde sebab DVS tak benarkan makanan kucing yang berunsur babi masuk malaysia. Even kilang yang buat untuk pasaran setiap region pun selalunya lain-lain. Kalau masih ragu-rahu, cuba call Purina PetCare :)

      Reply
  34. farahazurinNo Gravatar
    December 14, 2013 at 12:53 am

    Salam..saya nak Tanya ya..antara EQ dengan blackwood mana yg Lebih baik ya..EQ ni tergolong dalam kemersial atau apa ya..

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 17, 2014 at 1:54 am

      W’salam. EQ kategori super premium dari Brazil. Nak buat perbandingan, sila tengok 5 ingredients pertama pada pek makanan tu. Yang mana paling kurang kandungan gandum pada susunan 5 ingredients pertama (contoh keluarga gandum: soy, wheat, corn, rice, starch) ialah yang lebih elok.

      Reply
  35. iffahNo Gravatar
    December 19, 2013 at 6:43 pm

    salam kak. kalau makanan kucing smart heart tu kategori apa yea ? agak agak bagus x untuk kucing and anak anak kucing 3 bulan ke atas ? thanks :)

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 17, 2014 at 1:52 am

      Wsalam.. cuba elakkan makanan yang berwarna dan mengandungi “by-product” dalam ingredients ya. Premium food seeloknya untuk pembesaran kucing. Cuba survey di petshop. Harga pun tak mahal sangat sebenarnya. Even mahal sikit pun, kucing makan cepat kenyang dan lagi cepat membesar :) balik modal tuh. Hehehe

      Reply
  36. jeetgotenhNo Gravatar
    December 23, 2013 at 3:18 pm

    Assalam kak
    Sy ada seekor kucing berusia 5 bulan
    Skg ni sy bg makan blackwood kitten
    Adakah makanan ni dapat mencantikan bulu n serta baik untuk pembasaran?tq

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 17, 2014 at 1:49 am

      W’salam.. makanan kucing ni penerimaannya pada setiap kucing adalah berbeza. Ada orang bagi makanan paling mahal dan paling baik pada kucingnya, tapi kucing dia tak bagi respon positif. Mungkin bulu gugur teruk, atau berak cirit dan sebagainya. Blackwood tu okay. Tak ada by-product. As long as kucing awak tunjuk kesan positif, makanan tu sesuai untuk dia :)

      Reply
  37. RajeNo Gravatar
    January 6, 2014 at 9:32 pm

    Salam. Nk tanya. Saya selalu bg kucing saya makan wet food pro diet. Okay x brand ni? Sbb tgk dia kalau ktorg bg dia wet food ni mmg laju je dia makan. Kadang x nyempat2 ktorg nak letak dlm beks dia. Utk masa sekarang ni, since dia bf kittens dia, everyday saya bg dia wet food pro diet ni sebab dia nak menyusu. Lagi satu, bila kita boleh bg kitten makan kibbles and wet food?
    Minta pandangan utk 2 situasi ni. Terima kasih.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      January 17, 2014 at 1:46 am

      kucing yang menyusu elok diberi makan kitten food (kibbles) macam RC Babycat, contohnya. Atau apa-apa kibbles yang berprotein tinggi supaya dapat cover balik nutrisi yang hilang melalui susu. Kalau nak bagi makan wet food, elakkan dari bagi jelly tu. Isi sahaja takpe. boleh je bagi makan kibbles dan wetfood, especially kalau baru nak ajar dia makan kibbles. Tapi selalunya if maknya makan kibbles, anak tak ada masalah nak makan kibbles. Kitten tiru perangai emaknya :)

      Reply
  38. sandraNo Gravatar
    January 19, 2014 at 4:04 am

    assalamualaikum..sis..apa pendapat sis tentang baja haiwan. saya seorang penternak kucing dan buat mating secara kecil2an tapi sangsi tentang keberkesanannya. tq ye

    Reply
  39. catloversNo Gravatar
    January 25, 2014 at 9:19 pm

    Memang betul surat yang di keluarkan tu dia orang cakap tak ada mengandungi babi, tetapi yang mnegesahsahkan bukannya badan professional spt JAKIM. Kalau pengeluar sendiri yang keluarkan kenyataan macam tu memang masih rasa was-was apatah lagi kandungan lemak RC tu sendiri menggunakan istilah”Animal Fat” . Apa itu animal fat? @ Lemak Haiwan. Tak di beritahu khusus boleh jadi lemak ayam, lembu atau Babi. Jikalau Blackwood lebih terperinci terang-terang dalam kandungan mengatakan menggunakan Chicken Fat. Ini lebih jelas daripada Royal Canin. Walau apa2 pun pilihan adalah terletak di tangan anda.

    Reply
  40. shahNo Gravatar
    January 30, 2014 at 1:48 pm

    salam.. nak tanya makanan kucing jenama Fancy Feast elok tak?

    Reply
  41. masNo Gravatar
    February 11, 2014 at 10:49 pm

    Sy bg mkn pro diet ok x?

    Reply
  42. Wan PerlisNo Gravatar
    March 1, 2014 at 8:51 pm

    kenapa kucing sy x suka makan frikies?dia makan skit ja

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      March 27, 2014 at 4:26 pm

      cuba bagi dia makanan lain selain Friskies :)

      Reply
  43. NynaNo Gravatar
    March 17, 2014 at 12:42 am

    Kucing saya dah umur lebih dari 10 tahun. And lately kitorang notice dia macam lemah and tak boleh jalan elok2 (Especially dengan 2 kaki belakang dia). Kitorang bawak pergi vet, doc kata dia most likely ada masalah buah pinggang. So doc bagi makanan Hills Pedestrian Diet (tak silap) and kucing saya suka sangat makan tu. Akak tau tak any cat food yang sesuai untuk kucing sakit buah pinggang? Thank you.

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      March 27, 2014 at 4:25 pm

      Royal Canin ada makanan kucing yang sesuai utk pesakit buah pinggang. RC Renal kalau tak silap. Tapi Hills pun ada jugak rasanya. Apa pun better awak ikut nasihat doktor supaya tak tersilap bagi makanan :)

      Reply
  44. norNo Gravatar
    April 22, 2014 at 7:44 pm

    Sis nk tanya..kot ade pengalaman bg kucing mkn evo.sy bru trai bg evo..masuk hari ke 4 dia org cirit birit.tanya petshop tu dia kt tu normal?btul ke? Ada pengalaman x rs2 nk teruskn x or tukar blk yg asal star pro

    Reply
    • Iz YahyaNo Gravatar
      April 22, 2014 at 9:23 pm

      cirit birit bila tukar makanan ada 2 faktor. Sama ada awak tukar makanan secara mengejut (sepatutnya bila tukar makanan, kena campur sedikit demi sedikit) , ataupun kucing awak tak tahan dengan kandungan protein yang tinggi pada Evo. Protein Evo 50%. Kalau kucing tak tahan, memang akan cirit.

      Reply
  45. Cik SaraNo Gravatar
    April 23, 2014 at 1:45 am

    thankz for d information..lpas baca blog ni baru tau jenis makanan kucing..

    Reply
  46. zatyNo Gravatar
    June 2, 2014 at 12:53 pm

    Sis,brand pylkron okay ke?coz brand ni xpna dgr la..tpi ade jual kt spermarket.

    Reply

Leave a reply

CommentLuv badge