Macamana Nak Bagi Bilik Kucing Tak Berbau?

Artikel ini dibawakan khas untuk anda oleh Sookie’s Store, Kuantan
 
Artikel di bawah ialah berdasarkan pengalaman kami sendiri. Pendapat dan pengalaman orang lain sekiranya mengamalkan teknik yang sama, mungkin berbeza-beza, jadi berlapang dada lah
 

Semua yang pelihara kucing pasti hadapi masalah macam mana nak make sure rumah kita takde bau yang kurang menyenangkan, betul tak? Bela seekor pun kalau salah tekniknya, boleh menyebabkan satu rumah berbau, apatah lagi kalau bela berpuluh ekor kan?

Kita rasa malu bila tetamu datang rumah dan buat muka berkerut-kerut macam tahan napas. Takpun kalau dia ada anak kecik, tetibe anak dia sound, “Eh, rumah auntie/uncle ni bau busuk la macam taik kucing,” pastu satgi mak dia cuit cuit dia bagi sign jangan cakap bukan-bukan, hahaha..

Kat dalam Facebook ke Twitter ke boleh la kita merempan cakap “Ini rumah aku, suka hati akulah nak bau kucing ke apa,”.. tapi jauh di sudut hati, kita sebenarnya rasa malu bila ditegur macam tu, betul tak?

Hari ni kakak nak share cara-cara untuk pastikan rumah kita sentiasa berbau segar walaupun kita ada ramai kucing. Paling tidak pun, takde la sampai orang kena tutup hidung bila masuk rumah kita.. hehe..

1) Gunakan litter box

Kucing kami ada lebih kurang 60 ekor. Semuanya indoor dan telah dimandulkan. Diorang semua kencing dan berak guna litter box. Kami tak pernah bersusah payah train kucing guna litter box walaupun kucing tu kucing dewasa yang dikutip dari jalanan yang mungkin tak pernah guna litter box sepanjang hidupnya. Nak tahu kenapa?

Kucing ni nature dia memang nak berak or kencing, dia akan cuba carik pasir. Cuba tengok kat tepi tepi jalan.. ada je najis kucing terkambus dengan pasir walaupun pasir tu seciput je. Memang lumrah yang kucing akan kambus najis dia untuk mengaburi mata pihak lawan, kengkonon nak tunjuk kat musuh macam takde kucing la kat situ.. cewah..

Tetapi! Di zaman serba moden ni.. adalah tidak mustahil jika kucing kucing yang manja dan spoiled, tahu berak je tapi tak mahu kambus. Mungkin sepanjang hidup dia pikir dia tak ada musuh kot. Diva sentiasa. Hahahaha..

Ok, so bila kucing berak dan kencing menggunakan litter box, maka tidak adalah kencingan atau pemberakan di merata tempat dan boleh menaikkan darah.

Size litter box juga memainkan peranan ye. Kenalah sesuai dengan size badan kucing ye. Kalau nak adjust bontot pun susah sebab kecik sangat litter box, macam mana nak aim betul betul time berak? Kang habis semua taik terkeluar dari litter box hahaha.. kami suka gunakan Jumbo Hooded Litter Pan by CatIt. Kucing besar dijamin muat masuk. Jangan risau, meow kecil pun boleh panjat masuk punya. Si Puyuh selamba rock je berak kencing guna litter box tu sejak kecik hehehe..

catit-50695-jumbocatpanwarmgrey-5a-internatinal

Inilah Jumbo Hooded Litter Pan

img-20161013-wa0027_wm

Puyuh: Apa? Jumbo litter box? Takde hal, kita boleh berdirilah! Hahaha

Nak pakai litter box yang empat segi biasa pun takde hal, terpulang pada masing-masing.. cuma pastikan sizenya sesuai. Tapi bila pakai litter box yang terdedah ni, segan sikit lah kalau orang datang buat surprise ke rumah, tengok nahhh ada kuih muih tak sempat skop dalam litter box haha.. If pakai yang bertutup ni, cover la sikit rupa dan baunya kan, hik hik..

20161005_181240

Ni dalam bilik kucing.. letak sederet.. diorang jarang sangat guna litter box tu waktu siang. Kalau guna pun untuk kencing je. Memasing buat kuih waktu malam biasanya

catlove-36622-rimmedopencatpanmed-redcharcoal-5p-int

Litter box ni besar, ada rim yang tinggi untuk kucing buat bertenggek masa melabur. Kaler pun smart hehe..

2) Bilangan litter box

Kalau ikut rule, 1 kucing bersamaan dengan 1+1 litter box. Maknanya kalau ada 3 kucing, maka kita perlu ada 4 litter box. Tapi zaman sekarang, kebanyakan orang ada berpuluh kucing. Katakan ada 20 kucing. Maka perlu ada 21 litter box? Mengamuk la mak kau tengok keliling rumah dia penuh dengan litter box je hahahhaa..

Tetapi.. tahukah anda, kenapa kita perlu banyak litter box?

Kucing ni sebenarnya haiwan yang pembersih. Kalau diikutkan, dia tak suka dan akan elakkan berak kencing di tempat yang dah ada kucing lain berak.

Lagipun, kalau ada 1  je litter box dan 4 ekor kucing berak kencing di tempat yang sama, memang akan menaikkan aroma busuk la. Kenapa?

Kucing A berak, dia dah kambus comey comey dah. Satgi datang kucing B plak nak berak, dia kais kais kambus taik dia pulak. Pastu datang si kucing C nak berak, “Alamak tak cukup pasir nak kambus ni.. jamban pun penuh taik dah.. ahh lantak la, perut memulas ni.. berak jelah,” Lepas berak, kais pasir dari kambusan si A dan B tadi untuk tutup taik dia. “Lantak la taik lain terdedah, janji taik aku tutup molek”, kata si kucing C di dalam hati.. kemudian akhir sekali datang si diva D yang nak memerut jugak. Terbeliak bijik mata beliau tengok taik dalam jamban. Tapi sebab dah tak tahan sangat, pejam mata dan tahan napas je la. Lepas berak, terus cabut lari keluar, langsung tak kambus pun.

Cuba bayangkan jika kita ada kuantiti litter box yang berpadanan dengan bilangan kucing kita, tidaklah semua kucing kita tertumpu berak setempat je kat satu litter box kan. Setiap taik juga dapat dikambus dengan molek dan comel juga. Bukankah ianya dapat mengurangkan aroma busuk? Pasir pun lebih tahan lama. Sebab setiap litter box tidak heavy duty.

Bilik kucing kakak

Dalam bilik ni ada lebih kurang 25 ekor kucing. Di bilik berasingan ada dalam 5 ekor kucing yang under treatment. Kat tingkat bawah ada lagi dalam 25 ekor. Kat rumah ada 5 ekor. Total semua kucing kakak lebih kurang 60 la..

Setiap kucing kami duduk dalam cage pada waktu malam. Waktu siang je free roaming. Jadi setiap cage memang ada litter box, bekas makanan dan bekas air masing-masing.

Kenapa malam masuk cage?

Sebab senang kakak nak pantau kucing mana yang berak cirit, kucing mana yang kencing tak lawas atau tak kencing langsung. Kucing mana yang makan. Kucing mana yang muntah. Kucing mana yang takde selera makan. Nak asingkan makanan ikut diet dan keperluan masing-masing pun senang. Diorang ni memasing makan makanan tak sama tau.

Ini semua penting ye bila kita ada banyak kucing. Kalau tidak nanti taktau siapa yang tak sihat atau ada masalah.

3) Jenis litter (pasir kumbahan) yang digunakan

Zaman sekarang ni dah ada banyak pilihan pasir kumbahan ni. Macam skema betul panggil pasir kumbahan hahaha.. antaranya

a) pasir clumping
b) wood litter atau bamboo litter
c) crystal

Apa pun yang kita gunakan, jika salah tekniknya, maka tetaplah tidak berkesan walau macam mana power pun pasir kumbahan tersebut.

catlove-36901-odordefenselitter-2f-international

Ini antara pasir clumping yang kami suka.. beratnya 12kg

Bila kita letak pasir dalam litter box, pastikan pasir itu cukup banyak supaya dapat memudahkan kucing kita kambus taik dia memolek. Ni kalo pasir pun ala kadar je, macam manalah nak kambus cun cun. Jika kita ada banyak litter box, sebenarnya jangka hayat pasir lebih tahan lama tau. Sebab banyak litter box kan, jadi pasir di setiap litter box tu tak heavy duty.

product_box_multicat

Tetapi, Ever Clean ialah antara clumping cat litter terbaik yang pernah kami pakai

Kami pernah buat eksperimen, letak few types of cat litter dalam litter box berasingan.. pastu kucing kami semua prefer guna litter box yang diisi dengan Ever Clean. Apa yang bagus sangat pasir ni? Ever Clean ni ada activated carbon yang menyerap bau busuk dengan sangat baik. Pasir yang digunakan juga ialah yang paling premium dan paling bagus clumpingnya. Kucing kencing je, serta merta keras pasir tu. Nah boleh tengok video ni 🙂

Yang lagi best, lepas kucing kencing sekali, kalau kita tak sempat skop, if kucing kencing lagi atas kesan kencing yang sama, pasir tu akan kekal mengeras, dia tak akan pecah. Pasir pun lembut sangat, jadi kaki kucing tak sakit bila dia pijak.

Kami pakai Ever Clean Multiple Cat Scented. Bau dia sedap macam bau sabun basuh baju hihi.. Yang Multiple Cat ni sesuai untuk mereka yang ada lebih dari 4 ekor kucing. Harga dia memang agak tebabom tapi tahan lama dan bagi kami memang berbaloi baloi.

Pine wood atau bamboo litter pulak sesuai untuk mereka yang ada banyak kucing. Sebabnya pine wood ni mengembang. Pellet tu akan kembang dan jadi habuk. Maka litter box kita makin lama makin penuh dgn habuk tu. Kalau pasir, bila kita buang ketul clumping tu, pasir tu makin lama makin kurang kan? Yang pine wood atau bamboo ni pulak tak clumping.. so kita kutip taik je. Kesan kencing tu kita gaul rata pun dah ok.

catlove-36906-greenearthbamboo-8lb-canada

Ini bamboo litter.. yang ni wangi tauu..

Tapi tengok pada owner jugak. Ada yang suka buang habuk yang dah kembang tu. So dia kena guna litter box yang 2 lapis dan berjaring macam ni. Supaya boleh la nak ayak-ayak tapis habuk tu keluar untuk dibuang. So litter box sentiasa segar macam pakai litter baru setiap hari – ini yang terbaik.

Litter yang biodegradable atau pine wood atau bamboo pellet ni, boleh jadi baja jugak. Maknanya habuk-habuk tu kita boleh je tabur kat pasu ke, kat kebun kita. Kemain kan siap berangan nak kebun, hahaha..

felinepineselfcleaninglitterbox

cenggini la caranya

Crystal pulak, dia macam garam kasar. Tapi lagi kasar. Kakak pernah buat entry pasal crystal litter ni. Boleh baca kat sini ye. Ada yang kata crystal ni boleh dicuci. Terpulang pada anda nak cuci ke tidak. Tapi kami tak pernah cuci dan ianya tidak digalakkan. Sebab crystal ni bila dah kena air (termasuk air kencing), dia jadi makin kecik sizenya.

catit-50084-silicapowermix15lbscatlitter-2a-na

ini crystal favorite kami, Silica Power Mix, bau lavender.

So kalau dibasuh, lagilah makin mengecil. Risikonya ialah, bila crystal ni semakin halus, dia boleh terselit celah kuku dan paw kucing dan boleh menjadi bahaya pada kucing la takut luka, berdarah lalu kena jangkitan kuman. Jemur kat panas pun dah memadai supaya sentiasa kering, yang penting kena rajin gaul kesan kencing tu.. jangan dibiar termendap ke dasar litter box tu supaya tak busuk.

Ada macam-macam jenis lagi cat litter ni sebenarnya. Tapi ni kakak ceritakan yang biasa orang guna la yek.. Kang kalo nak cerita semua jenis kang meleret-leret jadinya hihi..

Ok lepas kita dah sediakan litter box, pasir kumbahan yang bersesuaian, maka yang seterusnya ialah aksesori tambahan yang kita boleh gunakan untuk memastikan pasir dan kawasan persekitaran bilik kucing atau rumah kita tidak mengeluarkan aroma yang kurang enak.

Litter box deodorizer. Yang lavender tu wangi woh

Cara gunanya, sebelum letak litter (apa apa jenis litter), taburkan dulu bedak ni dalam litter box. Lepas tu baru letak pasir ke, crystal ke, pine wood ke.. fungsi dia supaya kencing yang meresap ke dasar litter box tu tidaklah busuk sangat.

Pastu setiap kali lepas skop harian tu, taburkan atas litter. Siap!

125760_1_n_hartz-nodor-cat-litter-spray-scented-500ml

Nodor ni bagus

Setiap kali lepas kita skop, boleh juga spray Nodor kat atas litter tu.. baunya wangi macam Febreze hehehe.. kalau crystal pun boleh spray.. Lepas spray, jemur bawah matahari nak lagi elok.

Selain spray pada litter, boleh spray pada rim litter box tu.. kadang-kadang kan kesan kotor ada taik tercalit la, kencing merecik la.. so kita lap rim tu bersih-bersih setiap hari. Barulah kemas.

Fungsi Nodor dan Litter box deodorizer tu sama. Jadi kita boleh pilih untuk guna salah satu.

12439264_412092088999855_977335979175931379_n

ini Magical Odor Absorber namanya

Bantal ni kita boleh gantung dan ia boleh menyerap bau busuk. Adalah dicadangkan menggantung 4 hingga 6 bijik bantal ni bagi ruang setiap 100 kaki persegi untuk lebih berkesan.

Don’t worry, bantal ni boleh tahan up to 2 years. Maintenance pun senang.. sebulan sekali, jemur kat matahari. Pastu boleh pakai semula. Senang kan?

Selain dari cage atau bilik kucing, bantal ni boleh gak kita letak kat rak kasut, dalam kereta, dalam peti sejuk pun boleh. Pendek kata, mana-mana tempat yang menghasilkan bau kurang enak.

Jika ada kemampuan, pasang ekzos fan dalam bilik kucing untuk melancarkan peredaran udara dan membuang bau yang tidak enak. Jangan lupa pastikan bilik kucing ada kipas angin jika bilik jenis tertutup. Bilik yang takde tingkap dan takde kipas pulak tu memang akan berkuap, maka muncullah bau busuk dan rasa tidak selesa.

Penapis udara pun membantu dalam menghasilkan persekitaran yang selesa. Macam kami guna Coway. Penapis udara akan menyedut habuk atau bulu kucing dan mengeluarkan udara segar. Memang elok benar la. Setiap kali servis, tengok penapis udara tu kemain tebal dengan bulu kucing, macam boleh dibuat karpet dah. Cuba bayangkan macam mana keadaannya kalau takde penapis udara? Mesti bulu kucing dan habuk berterbangan sana sini kan? Tu yang tak bagus untuk mereka yang ada resdung atau allergies.

4) Kebersihan

Yang ni faktor paling penting. Kebersihan kena jaga. Litter box mesti kita clearkan segala najis dan kesan kencing setiap hari, sekurang-kurangnya satu kali. Mesti, wajib, jika kita nak persekitaran yang tak berbau. Pastu, setiap dua minggu atau tiga minggu sekali, buang semua pasir kumbahan tu, cuci dan sental dulu dengan cecair disinfectant, jemur. Kemudian bila litter box dah kering baru isi pasir baru. Adalah tidak bermakna jika kita rajin tukar pasir baru, tapi litter box tu tak pernah dicuci. Bau busuk tetap akan naik.

Satu lagi yang kena pastikan bersih dan dicuci selalu ialah tray pada sangkar kucing, kalau kucing yang duk dalam sangkar la. Sebab kadang kita tak perasan ada air kencing terkeluar, atau taik seketol tejatuh dalam tray tu. Cuci beriya litter box tapi bau tetap tak hilang. Rupanya tray yang ada memacam harta karun kat situ hehehe..

Ada banyak jenis disinfectant yang dijual di pasaran. Kami suka pakai Petdiatric Pine Disinfectant.

Kami guna disinfectant ni untuk mop lantai dan segala bentuk pencucian. Cuci litter box, cuci sangkar, tray sangkar, cuci bilik air, lap meja, lap serba serbi lah. Semua pakai disinfectant yang sama.

Apa yang kami suka tentang disinfectant ni ialah selain ianya bunuh kuman, virus dan bakteria, ia juga tidak buat lantai melekit. Pastu selamat untuk kucing atau baby. Maknanya kalau lepas mop tu baby merangkak ke, kucing berjalan ke, memang takde masalah. Lantai pun tak melekit.

Ini Pets Guard

Pets Guard ni pun bagus jugak. Kalau dah namanya disinfectant, fungsinya memang semua untuk bunuh bakteria dan virus. Yang ni cara campurannya, setiap 25ml, campur dengan 10 litre air. Kemudian baru mop lantai kita sebersihnya.

5. Pemandulan

Bau kencing adalah benda yang paling sukar nak diperangi terutamanya jika kita ada kucing yang tidak dimandulkan. Sebab kucing yang tidak dimandulkan ni especially jantan la, bau kencing dia fuhhhhh memang menusuk kalbu. Baunya hancing pering pedih hidung lah. Tu bau litter box. Belum lagi bau dinding, bau perabot, langsir kena pancut dek mereka ni.

Kucing jantan yang tidak dimandulkan memang dia akan pancut merata untuk tanda kawasan. Memang tak boleh elak ni. Nak marah pun tak boleh buat apa la, dah memang nature dia macam tu kan. Tapi ada cara untuk elakkan, yakni melalui pemandulan. Sewaktu pemandulan ni, vet akan keluarkan testis kucing jantan tu. Jangan risau, pastilah mereka ni diberikan ubat bius dulu sebelum sebarang prosedur dlakukan.

Paling molek sekali pemandulan dilakukan pada usia 4 atau 5 bulan bagi kucing betina, dan 6 bulan ke atas untuk kucing jantan. Yakni sebelum diorang ni mencapai usia matang. Kucing jantan kalau dah start mancut baru kita nak mandulkan, dikhuatiri habit memancut tu lambat nak pulih.

Satu lagi kan, kucing jantan yang tak dimandulkan ni ada keluarkan sejenis bau badan yang tidak boleh dihilangkan walau dengan deodoran. Hahaha.. part deodoran tu tipu je la, mana ada orang letak deodoran kat ketiak kucing hihi. Haa, sape ada kucing jantan yang dah start mancut merata tu, cuba pegi cium badan dia terutamanya bahagian pangkal ekor tu. Bau badan kucing tu sendiri boleh menyebabkan rumah atau bilik tu berbau.

Bila waktu siang

Waktu siang ialah playtime untuk diorang ni. Semua akan dikeluarkan dari cage dan dilepaskan main kat luar. Cage akan dibersihkan, makanan dalam cage pun akan disimpan. Bila malam nak tidur, baru simpan semua ni dan letakkan makanan.

Diorang ni kakak campur je jantan betina dalam bilik yang sama. Takde sebarang keraguan atau kerisauan sebab diorang ni semua dah dimandulkan. Takde perang dunia berlaku. Setakat gusti gusti ringan dan pertandingan lumba lari tu biasalah kan..

Budak-budak ni waktu siang tak berak banyak pun. Diorang banyak main-main. Normally diorang berak waktu malam.

Jangan ditangisi tengok cat tree yang anda beli mahal mahal, jahanam di tangan dan kaki kucing anda. Memang sepatutnya begitu hahaha.. dah memang tujuan cat tree untuk kucing cakar pun kan. Cat tree kami siap patah lagi. Dari tinggi sampai jadi pendek. Selagi boleh guna dan tidak membahayakan, gunalah ye hihi.

Achoi dan Omey

Kakak syak Achoi tengah sedih tentang sesuatu lalu dia share luahan hati pada Omey. Omey ni memang mesra budaknya. Tengok la tu entah apa yang sedih sangat sampai tersorok muka tu ha, ngade betul.

Cak!! Cuba teka siapa saya

Datin Aoi, betol!! Duk tepi rumah tu dah kenapa? Dulu kami letak rumah ni kat luar kedai supaya kucing jalanan boleh tumpang berehat atau berteduh waktu hujan ke panas ke.. lelama jadi port kucing jantan memancut. Sambil depa lalu, sambil pancut. Cisss.. last last bawak naik atas. Jadi la tempat bebudak ni main sorok-sorok pulak hihi

Omey tengah nak minum air, kakak suruh pandang kamera senyum dulu

Ada beberapa water fountain dalam bilik ni. Water fountain boleh menggalakkan kucing minum air. Penting ye kena minum air supaya dapat elakkan batu karang. Lagipun water fountain ada filter.. jadi air minuman sentiasa bersih takde habuk.

Dah malam.. semua kena masuk rumah masing masing. Cuba carik Jeyiboy hihi..

Setiap malam lepas diorang masuk cage masing-masing, litter box kat luar pulak yang akan dibersihkan untuk kegunaan esok hari. Lantai di vakum dan di mop, bilik yang disepahkan jebon jebon ni dikemas semula. lampu ditutup dan kemudian lampu tidur pun dipasang.. romantik tau hihihi..

Kat gambar atas tu, nampak tak Jeyiboy tengah pandang camera dari dalam cage depan sekali sebelah kiri?

Apa? Berani kata tak nampak?

Hahahahah.. kan Jeyi dah marah. Kepada yang merindui Jeyi, beliau masih lagi debab dan comel. Badan sado keras. Muka handsome. Kaki pendek. Ekor simpul. Manja macam baby. Naughty seperti munyit, hihi..

Ok lah, tu saja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua.

Comments

comments

Comments are closed.